Thursday, October 11, 2012

Kisah Babi Untuk Masa Depan

Ini cerita pasal semalam.

Jam 12 malam semalam, aku keluar dengan designer aku dan makwenya. Aku dari Serdang dan dia dari Gombak. Kami berjanji untuk bertemu di Dataran Merdeka sebelum aku bawa mereka ke Selangor Mansion. Pasangan ni sampai awal di Dataran Merdeka. Aku selaku melayu, sampai lambat sedikit.

 Setibanya di Dataran Merdeka, aku terus menghampiri kereta designer aku tu, kereta Tiara. Dia parking betul2 depan menara jam tu. Sampai betul2 sebelah kereta tu, aku nampak designer aku sedang bergurau senda dengan makwenya. Aku turunkan tingkap, dah kebetulan itu, dorang pun tak tutup tingkap dan aku jerit,

 "Hoi! Romen ke?"

Betul2 jerit.

Sekali yang respon tu, bukan designer aku, rupa dah sama. Rambut dah sama panjang, kereta dah sama model, tapi itu orang lain. Kereta designer aku tu sebenarnya selang 3 kereta dari kereta mamat aku jerit Hoi! Romen ke tu tadi.

Macam mana boleh sama pulak korang ni sial? Kakakakaka. Babi betul! Aku gelak sampai athma memikirkan celaka juga aku boleh salah jerkah orang. Kakakakakaka! Babi. Babi.

8 comments:

che'pi said...

hahahah... giler lawak.... aku pun pocah peyut nie hoi..... hahahahah.... mau kecut mamat yg kena jerit kat ko tuh.... hahahah

Orang Akaun said...

dah tuh muka jadi mcm mana?

Nurul Bahari said...

nice! amar makruf nahi mungkar bak kata orang

nizamsani said...

yang mana satu?

NajwaZin said...

Wey malu gila! Hahahah

skulluv said...

memang power la kau..haha

SaddLone said...

kahkah weh, malu kat orang lah ko ni..

Borhan Laju said...

Salute kat kau.
Kesian mat Tiara tu kena sergah..