Monday, November 12, 2012

Mintak no. phone makwe

Mintak no. telefon makwe ni dulu adalah satu pekerjaan sukar.

Kini aku tak tau dari mana datangnya semangat, kalau aku nak no. phone makwe tu, aku terus pegi mintak, dia tak bagi, dia punya pasal.

Dulu, zaman aku sekolah menengah, memang betul2 payah nak mintak no. phone makwe. Tambahan pulak, time tu mana ada handphone, ada pun phone rumah je. Sebab aku dok asrama, call pun time cuti je. Itu pun kena betul2 masa dia, kena bapak dia yang angkat, cepat2 letak phone. Kakakaka. Pussy.

Otak setan aku dah berfungsi dari sekolah menengah lagi. Aku dulu minat gila babi satu makwe ni. Pakai tudung labuh sampai lutut. Gila babi lah.

Oleh sebab minat yang mendalam, aku pun berhajat nak ada no. phone dia. Mintak sure tak bagi punya. Aku dah try pun.

Tapi itulah aku kata, otak setan aku dah berfungsi sejak dulu lagi. Oleh sebab ketua kelas tu aku yang lantik, jadi aku kabor ke ketua kelas aku, Ustat, gelarannya, suruh dia mintak,

Nama penuh
Alamat rumah
No. phone

semua budak2 kelas aku, yela, kot2 ada emergency, senanglah pihak guru nak kontek.

Semua budak bagilah kan, takkan nak ingkar, dah ketua kelas yang mintak. Dari situ aku pun dapatlah no. phone makwe pakai tudung labuh sampai lutut tu. Macam tu sekali dia punya strunggle nak mintak no. phone makwe, kau nampak?

Kakakakaka. Yang paling setan kan, sekarang ni kan makwe tudung labuh sampai lutut tu kan,

dah jadi bini Ustat.

Kakakaka. Ini real punya setan. Kakakaka!

17 comments:

smbotak said...

ustaz ni dulu belajar potong line...

4feet8 said...

aku pun gamble sekarang. rasa nak minta no phone, minta je terus. takde hint-hint. buang masa je tu semua..hehe

ana said...

dalam diam ustat menyintai si gadis tudung labuh..haha..

Ku Syida said...

Hahaha...Ini kelakar...
Dah dapat no fon dia takde call2 ngorat ke? Bhahahaha....

Iman Nur Aima said...

hahaha...lawak2...

shina daniella said...

sekali dpat kt ustat pulok....
niey org cakap, diam2 ubi berisi...

ZAR said...

babi betul.

Wadi AR said...

mana tahu kau dapat bertudung labuh lagi lepas ni

mizan said...

Hahaha.sekurang-kurangnya dia dengan orang yang kau kenal dan kau percaya, ketua darjah kot bai.

yana lyana said...

kakaka..
kalau bukan jodoh memang ke mana..

kekeke.. :p

Rapunzeel Cikilolo said...

alhamdulillah untuk awek tudung labuh. hikhik

che'pi said...

OK la tew... setan tak setan sangat la.. minat pun kat awek tudung labuh... kira baek la jgk ko ni.... aku sampai la ni payah nak mintak no phone gegurl.. apehal hah? hahahahhaha

karenontheshore said...

cuba kau berkopiah mcm ustaz, sure dpt.

kau lambat...

Yaya said...

Ko fokus dekat Maksu jelah Mut. Kakaka.

Nur Lavender said...

haha..kelakar tahap setan ni..keke

john said...

Haha..terbaik

psyKick sempoi said...

hahaha camne lah aku leh tersangkut baca kat sini..apepon..lawak...dan petang2 ni aku enjoy baca blog ni.