Siang tadi aku ke Book Excess MyTown. Aku tak berapa suka sangat Book Excess ini kerana dia tawarkan buku-buku yang lama dan kurang sangat buku lokal. Kalau betul nak bantu penulis dan penerbit, patut beli buku di kedai buku lokal. Kalau nak eksyen sikit, beli buku ni Kinokuniya. Adalah satu rutin, seminggu sekali berada di Kinokuniya. Sekarang ini, aku jarang beli buku, rajin sangat beli majalah. Dan majalah sedap, semua ada di Kinokuniya.
Satu yang buat aku pergi juga Book Excess ini adalah kedai buku dia memang lawa. Dia pandai jual rasa kita kool bila duduk dalam kedai buku dia. Satu lagi, buku kanak-kanak dia murah. Anggun beli 3 buah buku untuk dia dan dia pilih 3 buah buku untuk Jiwa.
Benda yang paling fak adalah, kau pergi kedau buku, aku macam bersungguh nak tunjuk kat orang, aku pergi kedai buku. Bergambar bagai nak rak, letak di FB, letak di Twitter, up story di IG. Nak dapatkan approval daripada orang ramai di media sosial tentang bestnya pergi kedai buku. Masa ambil gambar Anggun di tangga, otak dah fikir caption apa yang hendak letak di Story. Sakit macam ini. Sakit.
Beritahu semua benda, lagi-lagi hal yang patut kau enjoy sendiri untuk dapat perhatian di media sosial ini memang sakit. Selepas post gambar, setiap minit buka phone nak tengok ada orang komen atau tidak. Sebelum tidur scroll media sosial, tanpa hala tuju, buang masa tiada belajar apa-apa. Sedar sebenarnya akan hal itu, tapi bangun pagi besoknya, terus capai handphone kemudian semak media sosial, walhal aku sedar, tidak ada apa-apa.
Nak tinggal, takut aku yang ketinggalan. Nak tutup, takut diri jadi tak relevan tanpa media sosial. Bodohnya aku rasa tapi itu adalah kenyataan. Aku harap, aku akan ada kekuatan untuk fak media sosial sebelum media sosial menghancurkan lagi hidup aku.
Fak media sosial. Fak you pig.
No comments:
Post a Comment