Tuesday, September 12, 2017

Selamatkan Thukul Cetak : Satu Penilaian



Apa yang Thukul buat ini adalah Jualan Kilat. Jual. Kami jual buku dan orang beli. Bukannya Derma Kilat. Kami tak minta Derma. Semua yang beri wang kami dapat barang belian mereka iaitu buku.

Kami buat jualan kilat ini untuk bayar hutang. Bukan untuk enjoi. Bukan untuk melanggan pelacur. Bayar hutang itu wajib. Dan kita wajib bayar hutang walaupun tidak dituntut. Kami tak mahu roh kami tergantung antara langit dan bumi dan tak masuk syurga dek kerna tak bayar hutang.

Royalti. 
Setiap penulis dapat 10% royalti dari harga jualan. Jika kami jual RM10, maka royalti penulis adalah RM1. Kita mensasarkan 10,000 buah buku. Maka royalti kesemuanya adalah RM10k. Ya. Kami ada wang untuk itu.

Kenapa RM10?

Kalau tolak kedai melalui pengedar pun, mereka minta 60% dari harga jualan. Buku kami kebanyakannya dijual pada harga RM20. 60% dari RM20 adalah RM9.  Untuk kempen ini kami jual pada harga RM10 kerana kami tak perlu bayar portion pengedar dan kedai buku. Relevanlah kan harga itu?

Tidak boleh melihat orang lain berjaya membuat wang, bukanlah masalah duit, tapi adalah masalah hati.

Aku boleh je ajar kau cara jual buku dengan betul, 

tapi fi aku mahal tau.

1 comment:

akuh dan blog said...

3 tahun sekali baru update, cilakak mut