Gua tengah setting satu majalah. Gua dah malas tulis sini. Gua target majalah gua ni keluar dalam bulan Mac. Tarikh gua tak berani kasi tau. Ko tunggu, ko tunggu... Apa-apahal gua update sini.
Untuk majalah yang gua tengah kerja keras ni, gua perlukan beberapa perkara untuk dibantu oleh lu orang semua jikalau berminat.
Perkara nombor satu:
Tema majalah gua untuk isu bulan Mac-Mei ni ialah 'Hujung Minggu Saya'. Gua lupa nak cakap, majalah gua ni keluar setahun 4 kali sahaja.
Berbalik kepada tema majalah, jadi gua harap ada yang sudi menghantar artikel yang bersangkut paut dengan 'Hujung Minggu Saya'. Tapi harus diingat, gua siarkan mana yang gua berkenan dan boleh pergi saja.
Perkara nombor dua:
Untuk menjadikan majalah gua ni serupa majalah, gua berhasrat untuk mewujudkan ruangan 'Surat Pembaca'. Andai ada rasa teringin menulis surat, tulislah. Surat terbaik akan menerima hadiah misteri.
Perkara nombor tiga:
Itu sahaja setakat ni. Apa-apahal gua cerita lagi.
Yang mana berminat untuk melakukan dua perkara di atas, sila emel sumbangan anda ke rokesmail@gmail.com selewat-lewatnya 16 Februari 2011.
Kemaskini:
Alamak gua lupa. Panjang dalam 2 kertas kajang dah la. Kalau ada gambar lagi bagus. Disebabkan ada yang tak berapa jelas dengan tema hujung minggu ni, gua kasi satu contoh,
"Gua kalau hujung minggu, gua main snuker 2 hari 2 malam..."
Lebih kurang macam tu la.
Kemaskini 2:
Dalam majalah ini juga gua sediakan ruangan 'classifieds'. Ruangan ini berharga RM2 setiap satu dengan jumlah perkataan maksimum 50 patah perkataan. Bayar cash!
Ikut suka hati lu la nak iklankan rumah sewa ke, mencari gitaris pengganti ke, atau nak tulis, 'Aku cinta padamu, Ajunski - Vovinski', dan sebagainya.
P/s I: Kalau nak join lebih lanjut, klik SINI.
P/s II: Apa? Gua ciplak Pipiyapong punya entry? Pergilah mengadu dekat dia.
3 comments:
patutlah aku rasa macam dah pernah baca. haha
gua minat... minat..
tk abes2 nk mcarut ko ni.
Post a Comment