Thursday, June 16, 2011

Cara-cara membeli Rokes

Gua rembat dari blog setan yang direjam.

Hai semua. Diharap anda sihat walafiat dan begitu bersemangat menempuh ranjau di tanahair sendiri.

Tujuan gua menulis surat ini adalah untuk memaklumkan bahawa ada beberapa cara untuk membeli Rokes iaitu sebuah majalah stailo separa underground ini.


Rokes #1
64 muka surat
RM6
RM6 + 1 (pos biasa)
RM6 + 3.50 (pos laju)
Temuramah bersama: Jamal Muhamad, Azrafe Zaky, Rahimin Idris dan Jhon Zulkifli
Artikel oleh: Pyanhabib, Sinaganaga, Din Akar, Bentara, Lucius Maximus, Alpha Kotey, Dr Ismail dan banyak lagi!



1. Jika anda seorang pengguna khidmat perbankan online, wawasan 2020 dan segalanya bermula di jari anda, anda memang power dan smart. Buat saja pembayaran melalui perkhidmatan itu dan kemudian cepat-cepat isi borang ini. Semasa melakukan urusan dengan pihak perbankan itu, jangan lupa untuk meletak e-mel penerima bayaran iaitu rokesmail@gmail.com supaya pihak Rokes mendapat e-mel pemberitahuan dari pihak bank sebagai bukti pembayaran.

2. Jika anda tak into 'scene' bank online dan main terjah bayar pakai mesin ATM/mesin deposit tunai, anda pun steady juga sebab masih memiliki akaun bank. Namun begitu selepas membuat pembayaran di mesin itu anda perlu mengirim bukti pembayaran anda iaitu resit urusan anda itu. Untuk mengirim resit pakai pos adalah iblis jadi sila tangkap gambar resit atau scan dengan jelas kemudian e-melkan kepada kami di rokesmail@gmail.com. Kemudian cepat-cepat la anda mengisi borang ini.

3. Gua tahu ada dalam kalangan anda yang anti bank. Gua hormati prinsip hidup begitu. Bagi kutu-kutu yang anti bank, cara anda lebih steady. Kirimkan kepada gua sampul surat saiz A5 beralamat sendiri yang bertampal setem RM1 bersama-sama wang tunai (kertas) RM6. Kalau anda cuma anti bank tapi tak anti kaunter Pos Malaysia, anda boleh juga menggunakan Money Order atau Postal Order bagi menggantikan duit tunai. Pastikan nama yang ditulis pada Money Order/Postal Order bukan nama tak senonoh. Tulis nama penuh gua iaitu Firdaus Abdillah B. Hamzah @ M Hashim atau kalau tak yakin nak menulis nama gua yang power ini, tinggalkan ruangan itu kosong. Alamat gua adalah berikut:

Firdaus Abdillah
9-1B Jalan Ukay Perdana 1/2
Ukay Perdana
68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan

4. Dan gua tahu ada juga yang anti serba-serbi. Jenis anti bank, anti borang, anti penswastaan pejabat pos dan anti segalanya masih boleh membeli Rokes. Gua cadangkan guna burung merpati. Kelajuan burung merpati lebih kurang 90 hingga 110 kilometer sejam mengikut jenis baka. Baka racing Belgium gua dengar cerita laju dan ramai budak budak 'scene' merpati Taiwan cari. Kalau nak tahu yang mana satu baka racing kena tengok dia punya mata, bentuk kepak, rangka dan susur galur keturunan. Ah pandai pandai lu orang la.

5. Ya, ada juga yang ingin membeli secara depan-depan kerana mungkin ingin melafazkan akad jual beli. Bagi pembeli sedemikian, anda boleh membeli dengan cara begitu di:

- KL Alternative Bookfest 2011 di Annexe, Central Market pada 18 dan 19 Jun ini.

- Stall burger Rokes bermula malam hari selasa 21 Jun ini

- Pusat jualan selebihnya akan diberitahu kelak

6. Sekian saja surat gua pada hari ini. Gua harap semua jangan malas dan jadilah orang yang sentiasa berusaha justeru berani mencuba sesuatu yang baru. Terima kasih.



Notarokes: Gua tahu akan ada juga yang tanya lagi lepas ni walaupun gua dah cerita panjang sini.

1 comment:

Latifah said...

okay. faham.
nanti gua eh silap, aku bank in dan isi borang tu.
\^^/