Syarikat percetakan yang kodi, biasanya amik masa sampai 2 minggu untuk siapkan sebuah buku yang solid. Yang power sikit amik masa dalam 5 hari. Ya, 5 hari.
Untuk mencetak sesuatu perkara, mula2 kita kena ada benda yang nak dicetak. Benda ni biasanya di sediakan oleh pelanggan. Ingat, gua tukang cetak bukan designer, kerja gua hanya mencetak. Selagi designer tak bagi file yang dicetak tu, selagi tu gua takleh buat apa2. File tu pulak, biasanya diberi dalam format PDF.
Babi, malas pulak gua nak tulis panjang lebar.
Gua ringkaskan.
1 hari - untuk cek file, kot2 file yang designer bagi tu tak ngam, kena mintak file lain. Ingat, gua pencetak bukan designer. Kalau ngam, kena print semua tu dulu, tengok susunan dia macam mana, tunjuk pada pelanggan, takut2 ada salah.
1 hari - buat plate untuk cetak. mencetak secara offset memerlukan plate bukan cetak macam pakai mesin cetak deskjet lu orang tu. Plate ini pulak bergantung kepada size dan juga nak pakai berapa kaler, lagi banyak kaler, lagi banyak plate kena buat. Saiz dan kuantiti juga memainkan peranan, ini menentukan gua nak jalan cetakan ini pakai mesin apa dan berdasarkan plate ini juga, gua baru dapat tahu saiz kertas yang gua kena beli.
1 hari - jika kertas yang dibeli ada stok, kerja percetakan pun bermula. Jika takde, kena tunggu takpun cari ditempat lain. Paper dah ada, plate dah siap, bolehlah proses percetakan itu bermula. Kalau pakai mesin besar, cepatlah dia siap, kalau pakai mesin kecik, lambatlah dia siap.
1 hari - proses pengeringan. Kalau tak cukup kering, kaler tak naik. Kalau tak cukup kering, tak boleh lipat dan binding. Kalau lipat dan bind juga masa ink dia tak kering, proses binding akan menjadi tidak lancar.
1 hari - finishing. Selalu ini untuk kulit depan. Sama ada nak laminate pakai gloss laminate (berkilat) atau matt laminate (pegun).
1 hari - lipat dan binding. Ini paling setan. Tak semua kilang percetakan ada perkhdimatan ini dan gua kena hantar kat tempat lain untuk proses ini sahaja. Tokei dia macam celaka, kadangkala gua kena bayar cash, baru kerja gua dia buat dengan cepat dan boleh potong que. Kalau tak, kena ikut turn, dan turn tu bukan gua yang tentukan. Setan setan setan.
Sekarang lu orang kira, berapa hari diperlukan untuk menghasilkan satu buku. Kira elok2 dan lu orang akan dapat 6 hari. Kali ni tolak sehari sebab gua jarang buat finishing pada buku atau zine yang gua cetak, so total 5 hari.
O.k, gua harap semua dah maklum dan paham sedikit sebanyak mengenai proses percetakan.
Kita berbalik pada hal ROKES. ROKES ini ada 64 pages dan full color dan dicetak ribuan copy.
Untuk makluman semua, gua dapat file ROKES ini pada hari Khamis, 16hb Jun 2011, 2 hari sebelum pelancarannya pada Sabtu, 18hb Jun 2011.
Hari Khamis tu, file tu salah setting dan gua kena betulkan untuk kesemua 64 page design tu, dan pembetulan itu gua baru nak buat pada hari Jumaat, 19hb Jun 2011, sehari sebelum pelancaran. Ingat, gua pencetak bukan designer.
Ingat juga ya tuan-tuan, syarikat percetakan yang power sikit, memerlukan 5 hari, di ulang, 5 hari untuk menyiapkan sesebuah buku. Kalau ROKES itu dicetak di syarikat percetakan yang power sikit, 24hb Jun 2011, yakni Jumaat nanti baru lu orang boleh dapat tengok ROKES.
Tapi ini, PERCETAKAN MUTALIB UTHMAN, bukan syarikat percetakan biasa2. Gua berjaya siapkan ROKES tu dalam masa 10 jam sahaja. Gua nak ulang sini:
10 JAM!!
dan PERCETAKAN MUTALIB UTHMAN memang power power power.
So, siapa yang nak salahkan gua dalam hal ROKES lambat siap tu, sila baca entry ni, paham betul2 falsafah percetakan, dan akuilah sama ada secara lisan atau dalam hati yang,
PERCETAKAN MUTALIB UTHMAN POWER POWER POWER!
P/s: Gua harap ROKES dapat habis dengan segera sebab gua dengar PIPIYAPONG dah bertungkus lumus menyiapkan ROKES #2, kalau #1 tak abis, jangan harap gua nak bagi dia keluarkan #2.
P/s: Oleh sebab dicetak oleh syarikat percetakan yang power power power, ROKES tu pun memang power. Gua jamin lu orang akan puas hati.
Bagaimana nak beli? SILA KLIK SINI!!
P/s: Oleh sebab dicetak oleh syarikat percetakan yang power power power, ROKES tu pun memang power. Gua jamin lu orang akan puas hati.
Bagaimana nak beli? SILA KLIK SINI!!
6 comments:
selamat pagi. dah macam mlm dah bunyinya kalau dibaca kuat kuat
MUTH memang power!
x leh blah... patut la aku g KLAB semalam x kuar agi..
agak kecewa..
Memang fower! fower fower fower!
luca..check email.ada orang nak cetak buku.
Assalamualaikum...maaf tumpang iklan...
maaf tumpang iklan...
KAMI MENJUAL KELENGKAPAN DAN PERALATAN PEJABAT SEPERTI MAGNETIC WHITEBOARD, MESIN BINDING, MESIN LAMINATE, ELECTRONIC TYPEWRITER, STAPLER, MESIN SHREDDER, HAILER, TROLLEY DAN LAIN-LAIN.
TIADA CAJ GST.
PENGHANTARAN PERCUMA SEKITAR SELANGOR DAN KUALA LUMPUR.
JAMINAN 2 TAHUN KE ATAS.
UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN DI ATAS SILA HUBUNGI KAMI SEGERA.
DN GLOBAL RESOURCES
Tel: +603-6277 5571
H/P: +6019-393 5571
Email: dnglobal_eng@yahoo.com.my
Facebook: http://www.facebook.com/dnglobal
Website: www.dnglobal.weebly.com
Post a Comment