Monday, June 27, 2011

Rashid Maidin VS Che Guevara

Ketiga-ketiga baju kat atas ni, member gua yang cetak. Nama member gua tu Sulaiman Ibrahim, satu2nya ahli PSM negeri Kelantan.

Gua tak tau dia sama2 kena tangkap ke tak, tapi yang gua tau ini kerja bangang.

"Beliau berkata ini berdasarkan pelbagai barangan yang dirampas polis daripada aktivis berkenaan dilihat mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM).

"Antaranya risalah dan baju T yang tertulis nama Chin Peng, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah, kesemua mereka ini mempunyai kaitan dengan PKM," katanya kepada pemberita di Kepala Batas hari ini."

Itu kata mereka. Yang gua tak paham kenapa polis tak tahan langsung mana2 mamat2 dan minah yang pakai baju Che Guevara. Polis ingat Che Guevara tu ustat sekolah pondok dekat Kepala Batas ke apa?

Itulah, pakai baju Rashid Maidin, tak o.k, dia komunis. Pakai baju Che Guevara o.k, dia ustat dekat Kepala Batas.

Baguih dok ada!

3 comments:

Emira Darmia said...

hahahaha...

Besi Karat said...

Apa pun tak boleh!

Metal Sangap said...

xpa la lepaih nie xmo pakai la baju che Guevara