Sunday, June 12, 2011

Tiba2 gua terasa nak pakai BMW X6

Entah mana datang, tiba2 gua rasa gua nak beli kereta ini.

Kereta ni kalau baru harga dia paling murah RM 698,800. Kalau yang 2nd hand pulak dalam RM 480,000.

Kita amik 10% la untuk bayar deposit. RM48 000.

Gua nak beli kereta ni pada 2 Januari 2013. Hari Rabu. Yelah, 1hb tu kan cuti.

Ini bermaksud gua ada 18 bulan lagi. O.k, gua nak start kumpul duit bulan Oktober, sebab bulan Ogos puasa dan bulan September raya. Maksudnya gua ada 15 bulan untuk kumpul duit RM48 000 untuk bayar downpayment kereta.

RM48 000 bahagi 15 bulan bersamaan RM3200 sebulan.
RM3200, banyak ni gua kena siap dalam tabung setiap bulan untuk membuat mimpi gua jadi realiti.

Tempat beli pun gua dah tau. Gua nak beli kereta ni dekat Ingress Auto, dekat Kg. Sg. Penchala tu sebab nak tolong melayu. Itu kalau gua beli baru la. Tapi kalau beli yang lama, gua usha2 dekat lelong.com dengan mudah.my je..

Itu untuk bayaran deposit. Sekarang ni gua masuk pulak bayaran bulan-bulan.
Gua amik kira harga kereta itu adalah RM480 000. Loan gua nak buat sampai 7 tahun. Gua letak la interest dia 4% walaupun gua tau kalau beli BMW lagi rendah.

Berdasarkan data itu, gua kira2, sebulan gua kena bayar sebanyak RM6561.03 sebulan selama 7 tahun. Peh! Ini bermaksud start bulan 10 nanti gua kena bekerja keras dan gigih. Mana ada orang senang tapi tak kerja kan? Anak Najib pun dok gigih buat Ekspo Belia.

Kesimpulan:

Tarikh Beli: 2 Januari 2013
Harga: RM480, 000
Deposit (10%): RM48, 000
Tabungan setiap bulan (selama 15 bulan) : RM 3, 200
Bayaran bulanan kereta bermula 2 Jan 2013 sampai 2 Jan 2020 (wow! wawasan 2020, patut dah ada kereta terbang tapi gua dok pakai kereta atas jalan raya lagi) : RM 6, 561.03

Moga gua dirahmati dan diberkati tuhan!

Amen!

12 comments:

Anonymous said...

aminn :)

ieda Qema said...

amenn... idam kan benda yang sama~ hahaiii

amir abdullah said...

kalu ada usaha. insyaALLAH ada hasilnya

Hayati Hamzah said...

adeh :(( 6000++ ? sebulan ?:(( pingsan !

hana said...

InsyaAllah..:D

Anonymous said...

Tengok dak Top Gear ntv7 petang tadi? Review pasal kete nih. Richard Clarkson punya review psl kete nih not a good one. Dia recommended Range Rover instead for maybe within "same class range".

Daddylicious said...

berbaloi ker...beli rumah rm600 ribu lepas 10 thn boleh jadi rm 800 ribu...kalau x6 selepas 10 tahun...tolak jatuh nilai rm 10 ribu setahun....heeee rugi gilaaa!

~SYAZ~ said...

pergh! good luck bro :)

Kap said...

beli Proton!
buat amal jariah.
hahahahah.

Anonymous said...

Biar pape asal byak utang.

Anonymous said...

monthly payment=6k.

duit deposit,bulanan = 3k.


Monthly payment lagi banyak.LOL.Azab.

Good luck.

Anonymous said...

kepada yg duk kate rugi2 beli kete, baik beli rumah, pastu duk cakap baik duit buat sedekah. korg taw ke dorang x sedekah?x buat amal?
aku benci betul golongan macam ni. org pakai bmw ni org kaya, yang dah x taw duit nak bua t beli ape. faham? rumah dah 10-20 biji, beli la kete pulak. menyampah betul.