Thursday, June 9, 2011

UYA! untuk diberi percuma

Gua sedang kira-kira nak menutup UYA!, antara benda yang gua paling sayang di dalam dunia ni.

Gua buat kedai tu dari bar huduh seperti ini,


hinggalah ke kedai baju yang power seperti ini..

Gua tutup sebab gua rasa gua perlu beri penumpuan pada benda yang lebih penting dalam hidup gua. Alah, Fesbuk lagikan gua tutup, inikan pulak kedai.

Tapi, ada tapinya.. kalau ada antara kalian yang berminat nak teruskan legasi gua ni, gua amat alu-alukan. Gua bukan nak jual tapi sesiapa yang berminat tu, lu orang boleh duduk terus dekat UYA! ni. Teruskan apa yang gua dah mulakan.

Ya, ini peluang hebat untuk sesiapa yang bercita-cita nak ada kedai sendiri. Ni gua nak bagitau apa yang lu orang dapat save:

1. Deposit - bagi yang nak start bisnes, perlukan duit yang banyak untuk deposit. Busuk2 RM6ribu ke atas. Kalau lu orang amik UYA! ni, se sen pun deposit lu orang tak perlu keluarkan.

2. Rak2 - gua dah ada rak yang dibuat dari pine wood. Rak2 itu semua sangat cantik.

3. Lampu - lighting UYA! ni memang gua setting ala2 The Loft.

4. Lesen MPSJ - UYA! dah ada semua itu. Tak perlu berbulan2 untuk tunggu MPSJ approve. Sekali dengan lesen signboard taw.

Ada banyak lagi tapi tiba2 gua malas pulak nak menulis. Untuk UYA! ini, lu orang hanya perlu bayar sewa sahaja bulan2. Lain2 dah ada dah pun. Astro pun ada, Wi-Fi pun ada, berus jamban ikea pun ada.

So, gua rasa peluang sebegini datang sekali dalam hidup orang2 yang teringin sangat nak ada butik baju sendiri. Lagi satu, kalau kalian tak tau nak amik baju dekat mana pun, gua boleh bagitau. Yelah, mestilah gua nak UYA! ni terus maintain power.

Gua buka peluang ini, bagi yang betul2 berminat sahaja. Bagi setan2 yang terdetik hati nak menipu gua, saja2 nak tanya, tak serius, gua nasihatkan awal2, "sila pergi makan taik dan mati!" Gua sekarang ni sangat bz untuk melayan benda taik lain. Gua garang. Ingat itu.

Gua tawarkan benda ini bagi yang betul2 berminat sahaja. So, kalau ada sesiapa yang berminat, kata kunci di sini adalah MINAT, MINAT paham? Benda ni pun kena seseorang buat tu secara full time, bukan part time, bukan upah orang atau suruh hantu raya jaga.

Oleh itu, bagi yang BERMINAT nak amik alih UYA! ni dan buat secara FULL TIME, silalah emel gua di: lucadeketiak@gmail.com atau call PA gua di talian 017-3320943, seorang minah bernama Azian akan angkat dan lu orang tinggal je pesanan kat minah tu cakap lu nak meeting dengan gua.

Cakap banyak pun tak guna, yang gua berani jamin, peluang hebat ini takkan datang banyak kali. Gua berani kerat tangan!

1 comment:

Syed Afzal said...

Aku hantar emel takde reply pun..Reply la wei..