Monday, September 12, 2011

Kenapa gua beli kereta bukan rumah. Setan. Ntah beli ntah nak belinya.

O.k, gua sambung balik.

Belum setel lagi pasal rumah. Semalam bila mana gua lepak borak2 dengan Lucius Maximus dan Vovin, mereka ada membangkitkah hal nak beli rumah. Mereka kata nak beli rumah sebab kalau menyewa bayar bulan2 rumah tu tak dapat ke kita. Yup, memang betul. Tapi masalah terbesar untuk gua membeli rumah ni adalah, gua ni kerja sendiri. Gua dah tempuh pelbagai karenah celaka, masa beli kereta dulu, dan gua rasa kalau beli rumah mesti azabnya lebih sama. Tapi bangang jugak gua ni buat keputusan berdasarkan rasa, yang sebenarnya gua sendiri tak tau nak beli rumah dekat area mana. Nak pilih rumah sewa pun berbulan gua buat tak setel2, inikan pulak nak beli rumah dan duduk serta bayar rumah tu untuk tempoh 30 tahun mungkin.

Gua ni pulak selera pelik, gua nak duduk rumah kayu. Kalau nak duduk rumah kayu, adalah satu ni dekat Gita Bayu, dia buat rumah ikut selera kita, tapi harga dia RM2 juta ke atas. Itu setan, tapi bukan sesuatu mustahil sebab gua punya ejen orang Acheh dah beli rumah dekat situ, RM1.5 juta katanya. Ini lagi setan bukan? So, gua pikir mudah, orang Acheh datang Malaysia, takdak I.C Malaysia pun, datang dulu sebagai pendatang dah boleh beli rumah RM1.5 juta, takkan lah gua tak boleh. Bagi gua setahun dua, insyaallah boleh.

Halangan terbesar gua sekarang ini adalah gua dah terlampau lama duduk dalam zon selesa ini. Gua dah dengar cerita pasal Acheh beli rumah RM1.5 juta ni bukan baru semalam kelmarin, tapi dah 2 tahun lepas. Rumah tu pulak rumah ke-3 dia dalam Malaysia ni. Tapi bak gua kata tadi, gua dah selesa dengan apa gua buat sekarang, kisah Acheh tu mula2 dengar meluap jugaklah rasa, 2-3 hari lepas tu sejuk macam tu je. Ini betul2 setan. Ini bila teringat balik, meluap dan membara balik semangat, tapi kali ni gua harap gua meluap sampai gua boleh beli rumah RM2juta tersebut.

O.k, berbalik pasal kereta. Gua pernah tulis yang gua nak beli kereta BMW X6 ( bukan BMX ye, Lucius, ;-) ). Banyak orang tulis, membazir gua beli kereta ni, kereta ini liabiliti dan baiklah gua beli rumah. Kereta takkan naik harga tapi rumah harganya kalau betul caranya, akan naik mencanak2 harganya.

Tapi puan2 dan tuan2 yang saya hormati. Mula2, kita kena tahu gua kerja apa. Kerja gua sekarang ni berkait rapat dengan publik amnya dan masyarakat Melayu khususnya. Pe'el masyarakat Melayu adalah dia menilai kita dengan apa yang kita pakai, apa yang kita bawak dan dengan siapa kita berdamping. Jangan cuba nafikan itu. Sebab itulah ramai leader2 MLM menukar kereta mereka ke jenama Jerman sebab dengan itu lagi mudah mereka menjerut mangsa. "Saya buat benda ni baru seminggu, dah boleh beli kereta Jerman ni." Itu time dia cakap dekat kita, 3 bulan lepas tu kereta tu kena tarik, kita tak tahu.

Berbalik pada gua, gua bukan leader MLM, tapi kerja gua antaranya adalah melatih orang menjadi usahawan. Tiap2 hari gua jumpa orang. Iklan yang gua bayar untuk half page, hanya untuk satu hari di Metro adalah lebih kurang RM5k. Itu untuk sehari dan itulah kos marketing gua. Orang2 lain yang sama bidang dengan gua, spent lebih banyak wang dari gua. Ada yang beratus ribu sebulan. So, dengan membeli kereta jenama Jerman, gua anggap itu juga adalah salah satu dari kos pemasaran gua. Apa agaknya lu orang sendiri akan cakap, kalau gua pung pang pung pang cakap soal bisnes tapi gua sendiri datang jumpa lu orang naik Daihatsu Charade? (tq pada Zulpadli kerna membetulkan), mesti lu orang kata "Butuhlah, sembang gegar2, dia pakai Charade, baik gua ni, kerja jaga toll gate tapi dapat pakai EVO." Jangan nak menipulah yang lu orang semua takkan cakap macam ni.

So, menjawap persoalan kereta dan rumah tadi, ye, gua gunakan kereta sebagai marketing tools, sebagai cara terpantas untuk gua menyakinkan orang. Tapi celaka jugak sebenarnya, time bila gua nak beli kereta tu pun, gua tak tau lagi. Gua harap bulan 10 ni, perniagaan gua diberi pencerahan oleh Allah Taala.

O.k, taip panjang2, sekarang dah pukul 1:41. Gua sembang pung pang pung pang pun, gua still kena pergi kelas, kalau tak nanti Razak Mohiden marah. Dalam bab ni pun gua kena buat keputusan, tapi nanti2 lah. Pikir yang penting dahulu, yang kurang penting ni kita pikir kemudian.

Tata!

6 comments:

rzwn said...

saya ni dah tersuka dgn blog anda.mcm mana kita boleh berbual dgn lebih sensitif soal bisness dan bole jadi kwn tak?

Anonymous said...

ik ik ik.. emel ke lucadeketiak@gmail.com

Wadi AR said...

gua nak tumpanggg

Anonymous said...

Gua setuju..(erk, terus tertukar bahasa plak)

Rara. said...

banyak setannya :) orang bisnes memang kena pakai keta jerman pong, muehehehe :D

mawar merah said...

Salam :)

kalau nak beli kereta jerman, saya cadangkan beli kereta mercedes. tak payah nak beli yang latest model, sebab yang lama, they all group it under vintage cars and mmg kelas lah pada mata saya. kenapa mercedes and not BMW? sebab, parts kalau rosak senang cari and murah compared to BMW. tapikan..ni kat sini lah..kat US, kalau kat mesia tak tau lah kalau parts murah ke tidak, but one thing senang dapat and they still produce the parts from model yang berzaman dulu.