Sari Pacifica ni dalam pakejnya takde sekali dengan makan. Kita kena order dan harga setiap hidangan adalah harga standard untuk mana2 hotel 5 bintang. Semalam gua makan nasik goreng seafood sahaja dorang taruk RM30, belum masuk tax lagi. Takde apa yang specialnya tentang nasik goreng tu dan yang paling menjadi tanda tanya gua sampai la ni adalah, siapa yang masak? Gua perati semua pekerja dekat sini adalah bangla. Jadi takde beza antara makan kat sini dengan makan teppayanki dekat food court The Gardens sebab 2-2 nya bangla masak.
Berbalik soal makan, kalau lu orang tiba2 lah kena datang sini dan ada pun bajet ciput macam gua ni, gua sajes lu orang janganlah makan dekat hotel. Selain mahal dan rasanya pun o.klah. Kalau lu nak makan, lu orang pergi la ke Twin Beach Resort, ala, tempat sewa basikal tadi tu. Jalan kaki dalam 10 minit. Dekat sana dorang takdelah jual macam2, tapi setakat gua pergi tadi gua tengok dorang ada nasi lemak dengan nasi ayam. Harga pun RM7, sama macam harga dekat The Chicken Rice Shop tapi bersyukurlah, itulah makanan paling murah dan boleh di makan dipulau ini.
Kalau lu sewa basikal dan ke Kampung Duku pun, lu boleh takat makan roti canai segera, harga dia RM 1.20 sekeping dan dekat sinilah gua dapat minum air soya tersedap di dunia, soya yeos dalam tin.
Pulau Sibu bukanlah seperti Pulau Pangkor. Dekat sini takde ikan bakar, takde seafood, itu benda paling memrustkan gua. Gua kat sini beli megi sampai 4 cup. Dekat Kolompo pun gua tak makan megi.
Kalau kalian nak bersendiri jauh dari riuh pikuk kota, inilah tempat yang paling sesuai. Kalau nak mendalami ilmu agama pun sesuai. Kalau nak berhibur di sini bukanlah tempatnya. Kalau nak berhibur, pergi Pulau Pinang, hahaha tak kelakar.
O.klah, lepas ni gua sambung hal snorkeling pulak. Gua memang jatuh cinta dengan snorkeling ni sejak petama kali kami bertemu di pulau apatahnama dia dekat KK, Sabah. Gua harap Pulau Kukus, tempat gua nak pergi kejap lagi tidak mengecewakan gua.
Published with Blogger-droid v1.7.4
3 comments:
gua nak gle g snorkeling
Aii?! Ko pun menengok tanahair juga ke?
Pulau manukan, sabah
Post a Comment