Friday, November 11, 2011

Kari Kepala Ikan, Lucky Garden, Bangsar


Gua rasa orang2 Kolompo dah tau tempat ni, tapi gua tulis lah jugak untuk mana2 orang yang baru sampai dari kampung dan nak berlakon dah duduk lama dekat Kolompo.

Tempat ini pun Najib Anuar yang bagitau gua. Tak kenal Najib Anuar? Buku dia lu orang boleh beli dekat sini. Kiranya dah bertahun gua dok Kolompo, tahun 2011 ni baru gua tau tempat ni. Setan betul.

Kedai ni tepi jalan dekat Lucky Garden, Bangsar. Sebut pasal Bangsar, ini Bangsar bukan dekat Bangsar Village, Jalan Telawi apa lancau tu semua. Ini Bangsar seberang belah BangsarVillage yang lama tu. Kalau tak tau jugak, sila google map.

Kedai ni nak makan kena beratur dan chop meja. Parking dia jugak susah. Yang bestnya, banyak benda free, sayur tauge dan air sejuk diberi percuma, nasik dia pulak sepinggan 5 kupang je. Yang tak bestnya, lu orang boleh nampak gambar kepala ikan tu kan?

Kari kepala ikan tu berharga RM40. Gua mula2 ingat dia sebut fourteen, rupa-rupanya fourty. Cilakak betul. Mana ada orang pergi makan tepi jalan bawak duit banyak2.

Walaupun begitu, serius ianya sangat lazat. Cubalah dan jangan lupa bawak duit banyak sikit.

2 comments:

Anonymous said...

power tempat n. klu time rehat, org2 ofis penuh. siap pakai blazer bertie pun ada...

OrangAkaun K said...

gedabak besar gaya tuh