Hari ini sejurus menghantar ma, kakak dan anak saudara gua ke KL Sentral, gua keluar dating dengan makwe khas untuk membeli tudung bagi photoshoot produk yang terbaru.
Gua ke Ariani. Harga tudung Siti dekat situ RM4 rat lebih. No'horom betul, mahal ya rabbi.
Gua bergegas keluar lantas ke kedai Hajra, sebaris dengan Ariani. Layanan akak tudung itu sungguh mesra. Hari ini baru gua tau yang tudung pun ada awning, macam tempat parking kereta.
Harga di sini lebih murah. RM145 ada 30% diskaun dan dia bagi serat je. Gua ingat dah murah dah, hampir sahaja keramahan kakak itu mengaburi pandangan gua tapi apa2 pun research harus dilakukan.
Gua suruh makwe gua call kawan dia yang pesen mak2 yakni Bella, budak Klang. Bella cakap tudung Siti ni harga dia dalam 20-30, paling mahal dia boleh pergi pun RM80. Na'harom betul!
Mujur kaler pink yang gua nak tu takde, jadi dapatlah gua jadikan itu alasan untuk "tengok-tengok" dekat tempat lain padahal gua memang nak blah terus.
Ini paling setan, dekat dalam baazar belah depan Kedai Hajra tu, tudung Siti dijual dengan haram RM10 aje. Ikut hati nak gua borong satu kedai, tapi dalam wallet gua ada RM 10 je, jadi satu jelah gua beli.
Itulah kisahnya gua membeli tudung Siti bersama makwe.
6 comments:
mohon kirim salam makwe
gua harap makwe lu tak berkira sangat dengan tudung baazar
pakai yang 4ratus tu kompom ahli syurga gamaknya.
tak berbaloi2 rasanya
tudung macam mekap jugak, letak atas muka, bukan ada tulis brand apa.
ada tudung yang harga melampau2!! kadang2 rasa tak berbaloi kalau setakat sehelai tudung pun harga sampai beratus2!! gilosss
Post a Comment