Showing posts with label Liku-liku pelajar ipta. Show all posts
Showing posts with label Liku-liku pelajar ipta. Show all posts

Thursday, February 10, 2011

Selamat tinggal IPTA Bumiputra!

"Kemalangan terbesar dalam hidup saya adalah bilamana saya masuk belajar sastera."

Itu kata-kata lecturer yang mengajar gua Introduction to writing. Oleh sebab gua taknak rasa dan lalui apa yang lecturer gua tu rasa dan lalui, gua ambil keputusan untuk cuti belajar sampai ke satu masa yang gua pun tak tahu bila.

Gua nak start balik kumpul wang, dan gua juga sedang giat membikin satu majalah sendiri bersama dengan Pipi.

Apa? Tolong orang? Harap maaf, buat masa ini, masa untuk itu langsung tiada. Gua perlu tolong diri gua sendiri dahulu.

Tuesday, January 18, 2011

SETAN!!!!!!

Setan bagi segala setan adalah bilamana gua semangat-semangat bangun pagi, mandi air sejuk, berak pun tak sempat, pandu secara merbahaya dek kerna bersemangat nak attend kelas degree gua yang pertama.

SETAN bagi segala SETAN nya adalah, kelas gua tu batal!

SETAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, January 12, 2011

Pelajar harapan negara

Gua sambung belajar kerana gua mahu belajar.

Mulanya gua hanya ingin jadi seorang yang low profile, tidak menonjol dan bodoh. Gua ingin nampak begitu supaya gua tak kantoi kalau gua malas datang ke kelas kelak.

Tapi nampaknya gua gagal. Hari pertama sewaktu induksi sahaja, gua sudah melawan fasilitator. Boleh baca kisah ini di entry gua yang lepas.

Dan hari pertama gua pergi kelas sahaja gua hampir di halau kerna gua masuk lambat. Ini pengetahuan semua kelas tersebut bermula jam 9, dan tahukah anda pada hari-hari biasa, gua bangun jam 12 tengahari?

Ada lagi, bilamana gua tak masuk kelas minggu lepas, pensyarah gua telah menyuruh rakan sekelas gua untuk call gua semata-mata nak suruh gua datang kelas. Cukup celaka. Hidup gua musnah dan masa depan gua cerah.

Semalam gua terperangkap lagi, bila mana seorang lecturer gua bertanya pada semua pelajar, "buku apa yang kalian last sekali baca?", gua menjawap buku 120 Malay Movie karangan Amir Muhammad yang kebetulan gua beli sendiri dari tangan Amir minggu lepas untuk projek rahsia gua dengan Amir.

Melalui jawapan gua, akhirnya membawa kepada saranan pensyarah gua kepada seluruh kelas untuk menonton The Big Durian, Lelaki Komunis Terakhir dan juga semua buku terbitan Matahari Books. Oh ya, pensayarah gua tu tak kenal Sufian Abas. Syukur.

Jadinya, sekarang ni kalau gua ponteng kelas memanglah gua akan kantoi. Na'aram betul. Gua tak target banyak, gua targer Anugerah Dekan je sem ni? Amacam? Cita-cita gua tu nampak macam student-student tak?

P/s: Babi. Bila belajar menulis, automatik gua takleh nak tulis benda merapu.

Bila berada dikalangan budak-budak, muka kita pun jadi muka budak-budak

"Hari ini saya mahu kamu perkenalkan diri kamu masing-masing," kata seorang pensyarah gua berumur 26 tahun.

"Nama saya Luca, berasal dari Ipoh, Perak, umur saya 20 tahun," kata gua bila sampai time gua untuk perkenalkan diri.

"Owh." balas pensyarah muda itu.

Thursday, December 30, 2010

Hari ke-3 : Medikal cekkap

"Cuba lu cerita apa sebenarnya strategi lu sambung belajar ni?" tanya Pidomat masa gua kol dia tanya camne nak kawtim saman. Gua ada 6 saman blacklist. Babi.

Belum sempat gua nak jawap, gua cepat-cepat letak kol sebab ada kena peronda kat depan. Kang tak pasal-pasal saman gua bertambah.

Gua terus pandu Kangoo pinjaman gua ke Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam untuk settlekan hal pendaftaran gua.

Mula-mula check gigi. O.k.

Pastu, mata dan kondisi badan. O.k

Pastu, air kencing. O.k.

Kemudian, x-ray. O.k.

Last sekali, pengakhiran, gua kena jumpa Dr.Zul untuk menamatkan sesi medikal cekkap ni.

Keputusannya, semua o.k, gua sihat walafiat dan boleh menjadi pelajar IPTA Bumiptra dan berbakti pada nusa bangsa.

Sebelum gua tutup pintu bilik Dr.Zul, dia cakap, " Quotation tu, u bagi ikut SMS pun takpe."

P/s: 84 muka surat, full color, kertas art card 130 gram.

P/s II: Gua kena hantar quotation untuk print BUKU PANDUAN PUSAT KESIHATAN ni secepat mungkin. Takut-takut orang lain masuk line. Kah kah kah!

Tuesday, December 28, 2010

Hari pertama saya di IPTA bumiputra

Petang tadi gua pegi mendaftar diri sebagai pelajar IPTA.

Petang tadi juga gua saja gatal kotey pegi join dorang punya LDK (latihan dalam kumpulan, bukan luca de ketiak).

Hasilnya,

Gua bertekak dengan seekor fasilitator.

Dia hangin gila dengan gua, salah satu sebabnya gua tak panggil dia "ABANG."

ABANG BAPAK KAU! Kalau gua kena panggil lu abang mesti sebab 2 sebab:

1. Gua nampak muda macam budak-budak lain umur 18 tahun.

2. Fasilitator tu bodoh nak mampos, dah tua-tua pun tak abis belajar. Pastu dok kat situ dok gila nak suruh orang panggil dia abang.

O.k, gua rasa sebab no.1 lebih bagus.

P/s: Gua punya cita-cita nak add dia kat fesbuk.