Showing posts with label diari hidup seorang orang. Show all posts
Showing posts with label diari hidup seorang orang. Show all posts

Sunday, June 2, 2013

Kisah saya dan Udang Galah

Siang tadi tekak saya teringin makan Udang Galah. Tabiat celaka saya ialah, bilamana saya dah teringin, saya akan cuba mendapatkannya, by hook or by crook.

Jadi saya menggoogle "Udang Galah di Bangi" dan terkeluar entry INI.

Saya lihat tarikh entrynya, 2 May 2013; sebulan yang lepas, masih baru lagi.  Dan daripada entry tersebut saya terpesona dengan menu udang galah yang ditawarkan, bemacam jenis cara masakan, bermacam jenis rupa, nikmat sungguh!

Lantas saya mandi, pakai odorono, pakai perfume, pakai pakaian saya yang terbaik yang saya ada dan menuju ke Bandar Baru Bangi tempat letaknya restoran yang tertulis di dalam entry tersebut.

Dalam perjalanan, saya singgah sebentar di Petronas untuk mengambil wang kerna saya perhatikan harga setiap menu Udang Galah yang ditawarkan agak mahal. Ianya tidak mengapa kerna saya memang berwang dan juga tekak saya memang dah teringin sangat.

Wang sudah di dalam dompet, destinasi yang hendak dituju sudah tersemat dalam fikiran, Seri Bangi, Seksyen 8, saya teruskan pemanduan.  Alangkah celakanya, bilamana saya tiba di restoran yang dimaksudkan, tergantung banner yang agak besar,

RESTORAN UNTUK DIJUAL 

dan sampai ke saat ini, saya masih mengidam Udang Galah.

Thursday, October 13, 2011

Bila Iklan Masuk Paper

Apa yang menyeronokkan gua sekarang ini adalah gua sekarang bekerja dengan begitu bersungguh-sungguh sekali.

Walaupun gua buat kerja sampai lewat pagi, gua still bersemangat nak bangun pagi sebab gua jadi tak sabar nak tengok hasil kerja designer gua keluar dalam paper. Ni dah 2 hari berturut-turut. Feel gua buat kerja macam gua mula2 bisnes dulu dah datang balik.

Rasa sangat puas hati, dan gua harap gua boleh teruskan rentak kerja macam ni. Dah dekat sangat, kalau betul2 menjadi, gua tak perlu kerja keras macam ni lagi dah lepas2 ni.

Amen!

Wednesday, October 5, 2011

Kerja keras amalan mulia

Kalaulah dari awal tahun gua kerja keras macam gua kerja hari ini, sure tahun depan gua dah jadi macam Tony Fernandes, dan gua beli Queen Park Rangers.

Ku bilang kalau lah. Spirit rajin macam ni datang pun setahun 3 hari je. Bangsat betul.

Hah, nak tau pasal projek baru gua, KLIK SINI.

Apa? Taknak tahu? Taknak tahu sudah, nama kau Abu, tetek kau seribu.

Tuesday, September 27, 2011

Sofa

Sofa gua sekarang ni dah jadi macam toilet kucing.

Kejap kena kencing, kejap kena berak.

Nak mengamuk pun tak boleh sebab yang berak tu kucing, nanti orang kata gua Petknode pulak.

Hah, apa cerita nye Petknode? Dah habis ke amarah dihati?

Friday, September 23, 2011

Bulan Oktober Bulan Melancong Kebangsaan

Bulan 10 ni sepatutnya gua gigih bekerja, tapi dek sebab rancangan tuhan gua kena gigih berjalan.

Seawal bulan 10 gua dapat melepak free di Pulau Sibu, mati2 gua ingat dekat Sabah, rupa2 nya dekat Johor.

Lepas tu, semalam baru je gua dapat offer dari kawan perniagaan gua untuk menemankan dia untuk ke Kota Kinabalu. Tiket dia dah beli, hotel dia support. Ini kiranya lepas gua balik dari Pulau Sibu tu gamaknya.

Hujung bulan pulak, Ma gua dengan baik hati nak sponsor family gua untuk makan angin di Bandung. Ni baru je gua berhempas pulas beli tiket flight apa semua.

Nampaknya gua tak taulah bulan 10 ni apa nak jadi. Nak tolak, semua benda free. Redha jelah. Ye dok?

Wednesday, September 21, 2011

Bekerja untuk diri sendiri bukan untuk negara

Ya betul, susu dapat menyenyak tidur dan semalam gua tido awal sampaikan filem Hantu Bonceng yang gua beli dekat Astro First tak abis gua tengok. Gua ni kadang2 je marah dengan Astro ni, tapi apa dia buat semua gua langgan. Pakej Mastika pun gua langgan. Sebab tu lah gua rasa gua berhak mengamuk kalau Astro layan gua macam taik.

O.k, berbalik soal gua. Gua tido awal jadi bolehlah bangun awal. Awal tu pukul 8 lebih. Kira awal lah sebab sebelum2 ni gua bangun pukul 1.30 petang. Tapi side effect susu tetap ada. Asid akan keluar dari perut gua melalui tekak ke mulut. Itu tandanya gua diserang gastrik dan masalah itu gua atasi dengan telan 2 bijik Actal. Benda itu tak pulih lagi lalu gua sulam dengan air oren Minute Mait. Oren ini bersifat alkali jadinya dapatlah dia meneutralkan asid dalam perut gua.

Malam ni gua taknak minum susu untuk tido. Walaupun gua tak minum susu, gua tetap yakin gua dapat tidur nyenyak sebab gua sudah bekerja keras hari ini. Ini pun gua baru je sampai. Pagi2 lagi gua dah keluar pergi SME Corp. Horror betul. Tak perlulah gua ulas panjang pasal SME Corp punya pejabat ni sebab gua dah tulis di entry terdahulu. Lepas keluar dari opis jahanam tu, gua terus pergi Kelana Jaya untuk berjumpa kawan perniagaan gua. Gua tugaskan kawan gua untuk develop pertama miliknya so lepas melantak dekat Nasi Lemak Cikgu, gua dengan kawan gua ni terus pergi Nilai, tempat kilang gua.

Dalam perjalanan ke sana, topik yang kami bualkan adalah pasal kereta. Celaka, tak abis2 lagi pasal kereta ni. Gua dah tanam niat dalam hati, cukup je duit, memang gua pergi beli je kereta ni, gua peduli apa, kalau tak gua akan dalam situasi "what if" ni sampailah gua mati.

Girang rasa dihati bila sample yang dijanjikan telah tiba, ini bermakna gua bolehlah terus fokus pada soal packaging. Lupa gua nak bagitau, ah, kalau lu orang tak nak tahu pun, gua nak cerita jugak. Gua kini dah ada designer. Hah, dah dekat 2 tahun gua cari the special one ni, akhirnya gua ketemu. Walaupun dia hanya kerja 2 hari je dengan gua, tapi gua rasa dengan turunnya designer ini oleh tuhan dari langit ini bisa memudahkan banyak sekali kerja gua. Dan dari situ, dapatlah Percetakan Mutalib Uthman beroperasi dengan jayanya.

Balik dari kilang gua sepatutnya menguruskan hal buku2 terbitan Lejen Press, Kitab Terfaktab dan Awek Chuck Taylor. Biasanya perkara ini gua uruskan sendiri, tapi oleh sebab gua amat sibuk maka gua sub kan pada kawan gua, Abby, tapi hanya Allah ( A hurup besar ya) sahaja tahu betapa mahalnya harga yang berikan. Melihat pada harga itu gua nekad nak terjun masuk bergelumang dengan dakwat kembali, tapi last2 minit gua dapat SMS dari Deus mengatakan mereka sudah dapat tukang cetak yang baru. Gua pun mintak maaf la kat Deus, tapi gua hepi sebenarnya sebab gua sekarang ni masyaAllah punya bz sampai gua rasa gua tak mampu nak buat kerja tu.

Watdehel. Panjang sial gua taip. Gua nak sambung buat kerja. Gua sekarang dah boleh kata dah jadi wartawan untuk satu paper melayu tu. Rasanya minggu depan berita pertama gua akan keluar. Nanti dah keluar, gua akan tunjuk dekat sini.

Sampai sini sahaja, banyak lagi kerja gua kena setelkan dan apa yang disetankan, gua punya subjek tak daftar2 lagi. Doakan gua berjaya. Celaka, boleh rosak pulak hurup "J" ni, kena tekan kuat2 baru keluar.