Monday, June 15, 2009

(gua) Dah Lama Gua Teringin Nasi Ayam tu - Versi Spoof

Dalam Bulan November Tahun 2008,Rumah no 104, Ipoh.

Malam.

Kat TV Karam Singh Waliah tgh merepek apa jadah ntah sambil angkat angkat tangan gaya nak sepak anak jiran dia yang kantoi curi buah pelam.

Gua dan ma gua dah sedia nk bincang hal kurious dan penting untuk mencapai persetujuan.Abah gua pun ada. abah gua hanya rilek sambil mendengar Karam Singh Waliah kasik pantun sebijik dua.

ma gua memulakan bicara:

"Tingal lagi 3 minggu je kita nak kenduri.Semua hal dari pelamin,sampai ke bunga telur singgah ke hantaran,lajak pula ke kad jemputan semua dah selesai.Awie 'katering' pun kita dah bayar separuh, tapi menu ape belum decide lagi."

ma gua benti kejap tarik napas.Gua fokuskan telinga mendengar ulasan ma gua.ma gua sambung balik:

"Cuba eksplen sket kat abah tu kot2 dia boleh 'digest' cadangan kau..ma dah tak boleh blah ni,tak setuju sungguh ma dengan menu kau tu "

Gua betenang.Betulkan pikiran supaya percakapan tak kedengaran bersepah sepah nanti:

"Kita buat makan nasi ayam la best " - Gua bagi saranan tegas dengan gaya abang sulung bercakap cara nak selesai masalah harta pusaka.
Memang dah lama jiwa gua berangan nak buat kenduri kawen makan nasi ayam. gua memang menyampah kalau asyik2 kenduri je makan ayam masak merah, gulai daging ngan acar. tak urban langsung.

"Nasi ayam nampak lebih global dan independent.Lambang kebebasan berkenduri.Tidak konvensional.Konsep dia pun agak liberal.Gaya alaf baru.Sesuai dengan trend metroseksual. nasi ayam memberi inspirasi seni dan semangat romantis." - Gua eksplen lagi panjang lebar secara intelektual dan penuh nilai kemodenan.Perghh!!!

ma gua dah macam pening kepala bepk pk. abah gua masih rileks. Dia buat bertenenang saja dengar syarahan gua.

"Tapi nasi ayam tu simple sangat..xpenah orang buat?,kau ni baru duduk Kolumpo 6 bulan dah jadik macam macam" - ma gua cuba patahkan hujah gua dari aspek saikologi.

Gua memang dari awal awal dah saspek 'argument' tu mesti kuar punya:

Sambil senyum gua jawab bersahaja:

"Kita tak boleh spekulate selera orang abad 21 nie.Kita kena berfikiran logis dan positif.Kita kena berani mencuba sesuatu yang 'rare' dan provokative.Barulah kita maju 5 tapak kehadapan, lagipun nasi ayam tu kan sedap, jimat plak tu, satu kepala baru rm3.50".

Gua dapat rasa hasutan gua kali ni dah meresap.Ma gua macam dah beralah.Abah gua masih lagi rilek buat gaya 'no objection at all'.
Untuk lebih kepastian, gua cucuk sket abah gua:

"Camna bah..kira setuju la nih?"

Abah gua tetap bertenang. Gua memang 'respek' abis gaya betenang macam ni. tiba-tiba abah gua bersuara garau tetapi 'menten' macho.

"kalau nak buat kenduri makan nasik ayam gak, ko pegi wat kenduri kat kulompo".

***

Tanpa cakap banyak..Esoknya gua terus order lauk kenduri biasa2 kat awie 'katering'.

niat gua untuk menjadi bapa pembaharuan menu kenduri kawen terbantut!

p/s: gua malas nak tulis panjang2, so gua buat versi spoof ni. versi asal lu org boleh tgk kat sini.

2 comments:

Syazwan VL said...

hahahaha...caya la bro....satu niat yg bagus tuh...asyik menu sama je semua kenduri....kenduri gua dulu cuma dpt tuka air je dr air sirap ke air tebu..khakhakha...menu makanan still sama....kwa kwa kwa....kenduri jgn lupa jemput gua makan...gua duk ipoh gaks,...

Anonymous said...

kahwin gua mak gua upah org masak, tapi satu lauk tu mak gua sendiri masak, perut lembu campur rebung masak lemak cili api. tak dan gua nak ngulang, lauk tu dah abis sebelum kenduri abis. nasib baik rasa masa makan damai.