Wednesday, September 9, 2009

(gua) dalam tv ada banyak benda bidaah

masa gua darjah satu, gua belajar dari ustat kat dalam tv, solat terawih ni bleh wat sampai 100 rakaat.

kena plak malam tu bapak gua ajak gua pegi masjid, dia nak ajar gua camne semayang terawih. wah! gua excited la nak tunjuk ilmu yang gua belajar daripada ustat dalam tv tu.

lepas abis je solat isya', gua tengok ramai orang dok solat. gua pun bantai solat. ye la, lambat2 kang tak pasal terawih gua abis lambat. ni bukan main2, ni nak solat 100 rakaat. tahap orang makam tinggi je boleh wat.

gua rasa sampai rakaat 10 je, gua da pancit. gua stop. celaka! ada 90 rakaat lagi nak kena settle. takkan gua tewas di tengah jalan? iman senipis kulit bawang tul!
gua tengok ramai mamat2 dok keliling gua. gua bajet dorang kagum tengok kealiman gua. gua buat rileks.

pastu gua dengar, "assolatu tarawih rahimakumullah". gua tengok sume orang dok siap2 wat saf nak solat jemaah. cis! semayang gua yang 10 rakaat ni camne kira? huh! gua rasa gua da kena kencing dengan ustat dalam tv.

p/s: malam tu baru bapak gua ajar gua, lepas solat isya' ada solat sunat lepas isya'. 2 rakaat je. solat terawih plak kat masjid ni wat 8 rakaat je. tq daddy coz da abis semayang baru bagitau.

p/s II: kalo nak belajar agama islam, belajar dari alim ulamak. tv bukanlah medium terbaik. banyak bidaah.

15 comments:

Hafiz Hamid said...

btul tu, tv x membantu langsung..

shakinah said...

tengkiu dedi

paiseh said...

orag baru dua rakaat.. lu dah seploh.. gile punye laju lu punye speed!!

DoDu@HaHA said...

muahaha....

kalo lu dapat completekan sratus..

imam tros offer ko position die utk terawih malam esok!

Schalfyzcha said...

But i beg to differ.

Boleh belajar daripada tv.. tp bukan daripada ustazah/ustaz rock. Kalau yang menyampaikan tu Ustaz Ismail Kamus, Kiyai tu ke... memang boleh pegang. Mereka tu dah diiktiraf kelayakan agama.

Apa maksud alim ulama? Dekat kampung saya ada juga 'alim ulama' yang duk menyesatkan orang kampung. Puncanya kerana dia mengajar kat rumah je.. yang berminat akan datang (which yang datang ni pun stok tak pergi ke masjid.. nak belajar ilmu cepat ke syurga je.. which is.. mm.. totally not reliable). Bila apa yang diajarkan tak dipantau (if kat masjid ok sebab kalau ada apa2 yang tersilap, boleh dibetulkan oleh jemaah), mulalah ada yang songsang sana-sini.


All in all, i think rancangan seperti Al-Kulliyah (tv3), Tanyalah Ustaz (tv9) dan ada lagilah slot2 kat channel OASIS, masih reliable dan boleh dijadikan medium pembelajaran agama oleh kita semua. Ye la kan.. kalau nak tunggu dengar tazkirah hari2 kat masjid, mungkin ada yang tak buat kerana kesibukan kerja (unless kerja dia tak memerlukan balik lewat malam). So tv adalah saluran alternatif. But again, pilihlah penceramah yang reliable. Kalau stok 'astora jabat', baik tak payahhh.


Sekian pendapat daripada saya.

ps: "Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik".

Akak said...

Akak setuju ngan schalfyzcha... sori luca

she-G said...

ade pro n cons...tgk la kan...cam akak n schalfyzcha(payah nyer eje name wehh)kata la.pndapat saya bagi yang kulit2 bawang jer iman elok berguru depan2 la.carik ustaz yang betul.jgn lak ustaz pggil keta wish b*****d,hahaha...kdg tv die bagi ayat gempak jer..nak org tertarik menarik luca memang kena bom..wahahaha

BajuKurung said...

stuju ngan "Akak"

Luca said...

masa gua darjah satu akil haiy tengah sekolah menengah agaknya.

gua suspek ustaz yang ajar gua tu ustaz jakim.

makan gaji punye ustaz!

oked said...

gua syak luca yg salah dengar..biase la budak kecik2..byk ilang focus..padahal ustaz tuh ckp pasal kebaikan terawih..die taram pasal rakaat

gjiEsaLim said...

layan ustaz azhar idrus lagi best..
hidup ganu..

Hidemichi said...

tu solat sunat Ba'diah...yg ko buat tu bida'ah!adoi ai!

Luca De Ketiak said...

hide,
da dekat la tu..

Azman Sherafath said...

gila laju ko semyg..
10 rakaat tu bpe minit..10 minit eh?
schalfyzcha pnya komen mantap

haan said...

man senipis kulit bwg eh?