Monday, September 7, 2009

(gua & panjang) dulu gua idup susah

peristiwa berlaku tatkala gua masih menuntut di itm malaysia.

tempat kejadian: umah sewa gua kat seksyen 7. umah ini sangat kecik, tak macam umah kawan sorang makwe tu, nak pegi toilet pun nak kena guna garmin.

masa tu bulan ramadhan. gua dok umah tu ngan panjang, bijan, azeem n shairy. masa tu ari sabtu. shairy n azeem confirm balik kampung coz umah dia kat kl. bijan, gua tak tau pegi mane. tinggallah panjang ngan gua je. time berbuka da nak dekat. satu juadah berbuka tak de lagi.

gua ajak panjang pegi bazar ramadhan. tapi panjang kata, dia takde wang. gua ada 3 ringgit je. duit kat bank ada rm5 tapi manalah boleh atm kuar duit rm5. credit hp nak mintak bantuan pun 2-2 ekor takde. ini sangat kritikal. adus! nak beli ape makanan 1.50 sorang? takkan nak makan cekedis kot? gila ape berbuka makan cekedis. tak de zat langsung. camne nak bertahan sampai besok? gua terpikir nak jual je umah sewa ni, duit tu boleh wat beli makanan tapi gila ape, mana ada orang nak beli umah time2 camni. lagipun umah tu bukan umah gua.

keputusannya, panjang masak nasi. nasib baik beras ada. gua pegi beli telur seringgit, ikan bilis seringgit dengan ais seringgit. bukak pose makan nasik goreng kampung ngan ais sejuk. nak bancuh sirap, gula takde.

so, sape2 yang umah dia besar sampai nak pegi toilet pun sesat, kena guna garmin, jangan lupa bayar zakat agar asnaf2 macam gua ngan panjang ni boleh teruskan idup.

hahaha!

13 comments:

Jari Di Bibir said...

takpe. sekarang dah senang kan. alhmdlahh..

Luca De Ketiak said...

asnaf tu senang ke?

haan said...

eleh..itu cerita lame..skg lu dah kaye raye kan? zakat gua daddy gua dah bayar..pape hal pegi sound daddy gua..hahaha!


(kepada mereka yg menggunakan statement "tak macam umah kawan sorang makwe tu, nak pegi toilet pun nak kena guna garmin" tu, celakelah hendaknye)

Akak said...

tq, luca dah kasi kat akak idea ... Nasik breaking arini KPG cmpr fried egg + fish where bleary bebyk ;-)

Akak said...

again (pehal pelik nar komen akak kat atas tu ya)... tq, coz luca dah kasi idea kat akak... menu berbuka arini, nasik goreng kpg cmpr telur + letak ikan bilis bebyk ;-)

Lily_namakuratu said...

Cilakak..
leh ke owg cm lu dpt zakat 2 bang?
bkn skrg lu yg kna byr extra ke?

oked said...

lu yg kne bayar zakat harta perniagaan fitrah emas perak lagi..lu nk klem lu asnaf..kang Allah tarik balik rezeki lu kang..

ke lu dalam katagori asnaf gharimin?kalo ye mmg gua tatau r..

Luca De Ketiak said...

Nasik breaking arini KPG cmpr fried egg + fish where bleary bebyk

komen cmni bleh wat gua nak lempang org. susah gua nak paham. nasib baik tahap mak2.

Aminah said...

sedap pe makan nasi goreng...

Luca De Ketiak said...

aminah,
lu penah ke makan nasik goreng ngan minyak taruk ikan bilis. rencah ape pun takde.

gula pun takde, jgn hrp la rencah2 lain nak ada..

Noorlaila Mohamed Nor said...

nasib baik ada bakat menggoreng nasi.

Aminah said...

gile tak berbakat nasi goreng tuh...xsedap...

Anonymous said...

Luca, lu belajar cam tu ada gak benda. Gua dah kawin ni penah, sahur, buka, sahur, buka, nasi ngan telur ajelah. Genap seminggu nak raya dan nunggu gaji. Sengkek betul masa tu. Cuma telur tu dipelbagaikan, kejap sambal, kejap grg, kejap sup. Mentah 1/2 masak lom lagi. Kenangan betul. Sampai satu ketika rasa nak termuntah dah tgk telur.