Sunday, September 20, 2009

(gua) taktik menyambut raya yang berkesan

gua nak paparkan di sini taktik kalo lu orang malas nak sambut raya macam gua.

pertama,
lu orang kena tido lewat di malam raya. koman2 tido kul 4 pagi. lagi true lu orang tak payah tido langsung. buat aktitivi seperti memburu nyamuk menggunakan raket elektrik atau makan rendang yang mak korang masak.

kedua,
bangun tido kul 6pagi untuk solat subuh. pastu jangan tido balik.

ketiga,
untuk menambahkan pahle raya anda, bukak astro oasis. dia start pagi sampai kul 9 dok ngan takbir raya je. kejap mawi, kejap almarhum ustaz asri, kejap akil haiy.

keempat,
mandi sunat aidilfitri. yang terlanjur, mandi wajib sekali. dapat double pahle. da mandi pegi masjid solat sunat raya.

kelima,
jangan tido ketika khatib membaca khutbah. walaupun mengantuk tahap jahanam, gagahkan diri anda untuk tak tido.

keenam,
da abis solat dan dengar khutbah, terus balik umah.

ketujuh,
melantak dulu apa patut. tutup pagar rapat2. tutup tingkap sume. tapi ini boleh dibuat kalo mak bapak lu orang takde kat umah, balik kampung ke, pegi mesir ke, beraya kat mekah je, kalo dorang ada, just wat untuk bilik lu orang je la..

kelapan,
sila tido sampai raya berapa pun lu nak..

sekian panduan untuk semua. jumpa lagi raya taun depan.

4 comments:

mieraaj said...

aku tkde mood nk raya taun..tdo pkl 4++ tp ak wat keje pekdah seperti tgk tv, tgk tv & tgk tv. aku tkde raket elektrik nk bunuh nyamuk...

Luca said...

beli satu. bapak gua ckp, jgn beli yang murah, yang RM10 tu. beli yang RM20. tahan lama sket..

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

nape tak upload tips berguna ni malam tadi. ish~

[ o k e d ] said...

gua da abes braye..skg mase tuk teruskan perjuangan gua