Thursday, September 24, 2009

(meor) program bersamamu meor

semalam wat pertama kali dalam sejarah gua tak menulis kat sini. gua bukan sengaja. tapi gua baru balik dari program bersamamu meor di manjung, perak.

raya gua dah bosan tahap anjang, so gua amik keputusan raya ke-3 gua bertolak ke manjung untuk beraya di sana sebelum gua mati keras kat ipoh tu.

meor adalah kawan gua yang mak dia meninggal dunia sebelum bulan pose aritu. baca di sini. meor ada 3 orang adik beradik. sume nya bernama meor termasuk bapak dia. baca di sini. so sume nya laki2 la. buruk benar kalo pompuan letak nama meor kat depan.
so, lu orang bayangkan la sape nak preparekan raya untuk dorang? ye. gua akui ada orang lagi susah, tapi ini gua nak bercakap dalam konteks meor. kalo masih nak membangkang, sila lihat kepala blog gua.
kedatangan gua ke tanah tumpah darah meor, manjung, memang khas untuk menghiburkan ati meor dan sket2 ati gua yang lara ini. dapat pahle ape hiburkan ati anak yatim.

apa gua nak crite adalah gua kagum dengan pembangunan pekan manjung, lumut dan juga pantai teluk batik. dulu2 time inilah port gua fly (dibaca: lari) dari sekolah. (dalam kurungan tu untuk mat2 skema yang tak tau ape itu fly)

pegi manjung sure tengok laser disk, takpun karaoke yang stok pilih lagu kat luar, bayar dulu baru bleh nyanyi, satu lagu rm1. manjung ni dulu tempat gua sumpah mahsuri coz gua penah bercinta ngan sorang awek manjung. gua pegi umah dia konon2 nak berbaik ngan family dia la, last2 mak dia jemput gua masuk pun tak. bagi minum apatah lagi. dia tak tau ke gua dahaga, gua datang naik bas, jalan kaki pegi umah dia. gua tau gua time tu slacker. pakai kasut koyak. tapi arab badwi pun tau nak muliakan tetamu. argh! cerita lama..

sambung cerita, pantai teluk batik dulu macam gampang. takdelah macam sekarang ni siap dengan boulevard sume. memang lawa. tandas awam dia pun bersih. tak macam dulu, macam kawasan pendaratan pendatang asing. gua agak kagum.

lepak kat lumut lagila gua kagum. memang berbeza beb. gua memang banyak kenangan kat sini. kat sini la gua and the geng penah kantoi ngan cekgu disiplin gua time gua fly. manalah gua tau pengawas sekolah nak wat dinner kat sini time tu. akibatnya, gua kena gantung sekolah. tak balik umah, dok je kat dorm, bila kena tangkap ngan warden, gua cakap gua kena gantung sekolah, bukan kena gantung asrama. so tak pyh pegi sekolah, boleh duduk kat asrama.

berbalik cerita lumut, macam bukit bintang da gua rasa. dulu pekan ni yang amat dia punye buruk. jeti pegi pangkor pun macam nak roboh. skang ni, pergh! kul 2 pagi pun still ramai orang lagi. kalo diteruskan pembangunan kat sini, mau nye lumut ni jadi ibu negeri perak, ganti kan ipoh yang pada gua tahap jahanam dia punye bosan.

o.klah, takat tu lah program bersamamu meor. cerita pasal meor? nanti2 la gua crite. ni raya, ari kemenangan. bukannya nak kena sedih2, mendayu2 macam takbir raya tu...

6 comments:

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

woit lu datang manjung tak kabor gua!
baru nk pau lu. ciss!

FdausAmad said...

Lu kat mana ni?
ipoh ka opis?

Luca DK said...

m byk tititk,
gua bawak duit cukup2 utk meor je.

fdaus,
serdang. besok jadi ka meeting?

sEmut said...

woi mana boleh lumut jadi ibu negeri. mula mula taiping. sekarang ipoh. cukupla dua tempat je jadi ibu negeri perak. haha.

oked said...

bapak perak ade lagi 2 quota..boleh la tu..

Unknown said...

maut2 baca...hengat kan aderla citer sal meor tuh..