Monday, April 26, 2010

(gua) filem pendek gua yang pertama

bermain beskal menyebabkan otak gua kurang memberi tumpuan pada dunia2 luar.

banyak aktiviti yang biasa gua buat terpaksa gua abaikan dek sebok bermain beskal.

satu je aktiviti gua tak buang, sakitkan diri sendiri dengan menonton siaran tv tempatan, menonton sinetron di tv3 misalnya.

oh ya! semalam petang gua menonton sinetron. tajuk dia "puteri petir dengan putera pawang hujan". macam biasa, gua mencarut di setiap minit ketika menonton sinetron ini. tukar siaran tidak sekali sebab gua lebih enak sakitkan hati dengan cara ini. hahaha!

hari sabtu gua pergi menonton short filem dengan awek sweet, pemergian gua lebih kepada nak support kawan2 sebenarnya, scene dorang ni kecik, kalo kita tak support, siapa lagi? tak gitu?

bagus sungguh acara tu. (hahaha! bodek zulhabri). banyak filem pendek ditayangkan. cuma ada satu filem, dia tayang last sekali, serius macam gampang. dia shoot orang gila dari awal sampai abis kemudian pengarah dia naik ke atas pentas dan berkata, "filem saya itu untuk memberitahu pasal kekalutan dunia dari perspektif sesuatu yang tidak bernyawa." dia ada sebut sket pasal qabil dan habil sambil memegang bunga rose di tangan.

ah gampang! gua syak mamat tu guna ayat2 subjektif dan ayat gempak2 konon nak bagi nampak kata2 dia tampak berisi dan dia wat macam tu supaya penonton tak paham dan akan berkata,

"ah! genius sial mamat ni!"

gua tak pasti pengarah tu bodoh atau gua yang semakin bodoh atas 2 sebab:

1. gua tak paham filem tu.
2. gua tak paham apa mamat pengarah tu cakap.

o.k, gua decide yang gua semakin bodoh.

melihat pada sinetron puteri dan putera gampang tu serta filem pendek yang membuatkan gua jadi bodoh, gua amik keputusan untuk membuat satu film pendek jugak. biasalah, poser, apa orang buat sume gua nak buat.

gua dah pikirkan semua.

tajuk dia: anjing lu!

jalan cerita: amik dari inspirasi mamat tu shoot orang gila, gua akan shoot gerak laku seekor anjing liar. gua ikut je anjing ni. ke hulu kehilir. kalo dia kejar gua, gua lari. tapi shoot tetap. anjing tu berak pun gua akan shoot. dari pagi sampai ke petang. itulah gua akan tayang dari awal sampai abis. kira2 30 minit.

o.k, gua tau pasti orang akan panggil gua atas pentas untuk kenalkan diri dan pastu pasti ada sesi soal jawap, so, untuk sesi itu gua da standby jawapan. kalo peminat2 tanya gua,

"apa macam babi cerita lu ni?"

gua akan jawap,

"i bukan cerita pasal babi, i cerita pasal anjing. manusia dok maki orang panggil orang itu anjing, manusia pandang jijik pada anjing, geli tengok anjing, takut pegang anjing walhal boleh samak, tapi manusia tu lupa, anjing tu mati hatta kena langgar kete kembung perut pun, anjing tu dah boleh rileks, dia tak kena hisab. kita yang jijik ngan anjing ni belum tentu lagi.. so, mana best? jadi anjing ke jadi orang?"

gua yakin, dengan jawapan gua tu para penonton akan kata gua genius macam mamat buat filem shoot orang gila tadi.

shooting dijangka start bulan depan coz bulan ni gua sebok cari duit nak sara diri dan beskal. sape nak berlakon, e-mel gua. jadi ape? sila tengok tajuk.

p/s: jangan ciplak lak cerita gua ni. hakcipta terpelihara. kah kah kah!

11 comments:

fndrocka said...

giler geniussz...

vespa jobot said...

short filem tu pasti rare!

M. Adlail Zamiza said...

hahahaha.
xkesah an aku gelak lebih2?
hahahaha.

Lucid Ikemal said...

sumpah aku tabik hormat!

Tok Rimau said...

Why didn't I think of this? Memang la. Boleh hantar Cannes film ni.

TuN Zarie UTaMa said...

skill apa yang lu dah mahir bila berbasikal?? skill lepas tangan leh tak??

sesenget said...

brilliant la work lu....pemikiran yang jauh di ujung donia...canteekkk

cHeQgu sQema said...

ok.. dah bersih.. bila sekli kemas kemain bersih lgi. siap guna mr muscle cap luca lg.. pttla x bersin bila msuk.. huhuhuhu...

irr3placeable_eyan said...

gua bl0m tgk p0n citer lu ni.tapi mulut gua dari td d0k terlafaz kate2 "babi sial".

Cikgu Hafiz said...

aritu pun gua ade kat event tu. memang macam gampang tuan pengarah shortfilm R*S* tu. rasa mcm nak pukul cuping tlinge die!

oh ya.

da siap lu punye filempendek, jangan lupa tayang. gua jadi supplier!

Luca DK said...

hafiz,

gaya lu tulis macam lu je mamat tu..

keh keh keh!