Thursday, August 19, 2010

(gua) dalam tv ada banyak benda bidaah

masa gua darjah satu, gua belajar dari ustat kat dalam tv, solat terawih ni bleh wat sampai 100 rakaat.

kena plak malam tu bapak gua ajak gua pegi masjid, dia nak ajar gua camne semayang terawih. wah! gua excited la nak tunjuk ilmu yang gua belajar daripada ustat dalam tv tu.

lepas abis je solat isya', gua tengok ramai orang dok solat. gua pun bantai solat. ye la, lambat2 kang tak pasal terawih gua abis lambat. ni bukan main2, ni nak solat 100 rakaat. tahap orang makam tinggi je boleh wat.

gua rasa sampai rakaat 10 je, gua da pancit. gua stop. celaka! ada 90 rakaat lagi nak kena settle. takkan gua tewas di tengah jalan? iman senipis kulit bawang tul!
gua tengok ramai mamat2 dok keliling gua. gua bajet dorang kagum tengok kealiman gua. gua buat rileks.

pastu gua dengar, "assolatu tarawih rahimakumullah". gua tengok sume orang dok siap2 wat saf nak solat jemaah. cis! semayang gua yang 10 rakaat ni camne kira? huh! gua rasa gua da kena kencing dengan ustat dalam tv.

p/s: malam tu baru bapak gua ajar gua, lepas solat isya' ada solat sunat lepas isya'. 2 rakaat je. solat terawih plak kat masjid ni wat 8 rakaat je. tq daddy coz da abis semayang baru bagitau.

p/s II: kalo nak belajar agama islam, belajar dari alim ulamak. tv bukanlah medium terbaik. banyak bidaah.

11 comments:

MOFASAD said...

hahaha..

lucas ketiak kena bohong!
haha

the sastraboy said...

sikit - sikit je yang kita boleh ambil dari tivi.

lagipun skag ni dah banyak sangat yang bercanggah aa.

ulamak ni kata lain. ulamak tu kata lain. keliru gak kadang - kadang. aih..

the bert said...

pergh 100 rakaat..ble r nk abes semayang..silap ari bln satu ari pak imam bole baca abes satu quran..

Emerald said...

betol ke ni blog utk awek-awek gua dgr?

makdara TERDIVA said...

berguru kena dgn yg bijak pandai..tp x pe..tu pengajaran & ingat sampai anak cucu :)

kuehbangkit said...

awat rasa cam dah pernah bace je entry ni?
recycle ape?

mohd faris bin mohd aladin said...

layan mentor je kat tv tu

amirpo said...

ak kagum klau kau leh wat 100.hahaha

Holden Caulfield said...

beb - kedai lu kat mane?

fndrocka said...

otak budak2 memg mudah diperdaya

menarilah..tenangkan jiwa

Huj@n said...

haha....terpengaruh dgn TV...