Thursday, August 12, 2010

terawikh malam dua

awek gua, awek sweet menyatakan kehanginannya pada malam pertama terawikhnya.

dia kata semayang memang la 8 rakaat, tapi bila 4 rakaat, imam stop then bagi tazkirah.

pung pang pung pang, kul 10.50 baru abis. tu baru abis tazkirah. semayang terawikh dia abis kul 11.30 malam. memang gila.

berbalik pada cerita gua.

setelah kes al-hafiz jadi imam muda semalam, gua memang dah pasang niat yang malam ni gua nak solat terawikh surau lain. port baru. gua dah tengok dah port tu. surau sebelah taman gua ni je. surau pangsapuri mutiara. pangsapuri ni banyak pekerja-pekerja asing duduk. gua syak oleh kerna letih memburuh di siang ari, malam ari pastinya mereka memerlukan rehat yang panjang. sudah pasti imam memahami perasaan tiap seorang pekerja asing yang berjemaah di situ dan pastilah dia akan solat dengan ekspressnya.

gua yakin malam ini, 9.30 sumenya beres. gua bleh balik opis main fesbuk pastu. gua pegi, imam dah masuk rakaat ke-2 solat isya'. wah! laju. bagus. baca pun surah al-ikhlas. gua pasti gua tak tersalah pilih surau. gua pasti inilah surau yang gua cari-cari selama ini.

abis sudah solat isya'. rehat2 kejap. tengok kiri kanan. ada brader datang solat pakai baju velvet revolver. memang indo sejati. tunggu punya tunggu punya tunggu, takde pun laungan "assola tuttarawih" gua dengar. dorang ni pesen tak solat terawih ke?

gua jenguk ke dalam. imam tu dah steady. duduk atas kerusi, depan dia ada meja, tengah betul2 kan mikrofon. huh! cerita tazkirah abis 10.50 yang awek gua bagitau tadi terus menghentam masuk ke otak gua.

elok je imam tu "assalamualaikum semua" gua dah pun start enjin kete, balik opis. berbekal ilmu agama yang gua kutip di sekolah gua dulu, gua solat terawikh sorang2.

pukul 9.20 abis. besok kenala gua cari surau lain plak. damn.

9 comments:

gua.kringet said...

Apa kata lu bukak surau baru jer satu...
berbekal ilmu agama yang lu kutip di sekolah lu dulu.

iqbalsyarie said...

hahaha..nice idea~apa kata bukak sekolah agama dgn berbekalkan ilmu yg ada.Insyaallah saya nak belajar smthing ;D
btw,nice story...biasa la ujian bulan ramadhan.nak kafarah dosa saya yg banyak2 ni..huhu
Bulan puasa kita perlukan makanan rohani,kan?Mind to eat? :)

ada masa,jemput la ye bro~

mohd faris bin mohd aladin said...

ahhahahah.anti-ceramah doee.
kalo x ceramah politik,direct selling la tu

I am Nortrom said...

Betul la Luca. Kadang2 depa ni saja nak test iman kita baca sepanjang-panjang surah yg ada. Kalau area tu pakcik-pakcik pencen dtg takpe juga. Orang yang keje pagi ni apa cerita?

Fa-T said...

ahaha.... gua gelak besar...

nizamsani said...

bagus solat sendiri dari tak redha dengan imam.hehe.

hoola-hoops said...

smlm aku kene paksa oleh bapak aku ikut dia pegi tarawih kat masjid amaniah, batu caves.situ memang stail tarawih 4, tazkirah, tarawih 4 + witir 3..aku mula2 memang tak ikhlas la nak pegi, tapi rupe2nye abes semua tu termasuk moreh, tak sampai pukul 10.30..kire okay la dari tarawih kat surau belakang umah aku, pukul 10 baru setel 8rakaat..

p/s: i'm your kipas-susah-mati XD

Encik Well said...

haha.. apa kata ko sniri yg jd imam.. berbekal ilmu agama yg ko kutip kt skolah dulu...

Mariea said...

ha ah kan..mmg goyah khusyuk solat tu dgr imam baca ayat pjg2..mulalah pikir mcm2.. aish...solat pon tinggal pergerakan dan terpaksa ikut imam semata2