Showing posts with label entry 30 hari bulan pose. Show all posts
Showing posts with label entry 30 hari bulan pose. Show all posts

Friday, August 19, 2011

Diari Jumaat Ramadhan

Ketika gua nak memberi kepada masjid, selalu timbul persoalan dekat kepala otak gua.

Duit ni boleh guna bukak puasa karang.

Duit belanja seminggu ni.

Duit ni boleh guna untuk isi minyak dengan top up touch n go.

Setan. Macam2 keluar dalam fikiran.

Gua kadang2 lupa, yang duit tu datang dari tuhan, dan gua kadang2 Rasulullah pernah bersumpah dengan benda yang gua nak buat tu.

Kabsyah al-Anmary berkata: "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: "Ada tiga hal di mana aku bersumpah di dalamnya;

Pertama: Harta seorang hamba tidak akan pernah berkurang lantaran gemar bersedekah.

Kedua: Tidak ada seorang hamba pun yang sabar ketika dianiaya oleh orang lain, melainkan Allah akan menambahkan kemuliaan kepadanya.

Ketiga: Tidak ada seorang hamba pun yang membuat kericuhan dan onar, melainkan Allah akan membukakan pintu kefakiran kepadanya.

Mohon sebarkan kepada semua. ;-)

Wednesday, August 10, 2011

Diari Ramadhan Brader Jual Mercun

Beberapa tahun yang lepas, ketika bulan ramadhan gua membantu abah gua menjual air di Pasar Ramadhan Taman Kledang Jaya, Ipoh.

Sebaris dengan lot air abah gua, gua tengok ada satu brader jual mercun. Ini bukan mercun pop-pop ataupun mercun tarik. Mercun yang brader ni jual semua jenis mercun2 power yang ada di Malaysia sebelum kilang mercun dekat Sungai Buluh tu terbakar.

Perniagaan brader tu sangat laris. Lebih laris dari perniagaan ayam percik sebelah dia tu. Suatu hari, tengah asyik brader ini berniaga, dia datangi satu mamat pakai baju biru tua. Ah sudah, brader tu tak sempat nak lari. Dia di tahan. Memang beraya dalam lokap lah nampaknya. Brader baju biru tua tu angkut brader mercun tu naik kereta, dengan mercun2 dia sekali. Gua perhati je dari jauh, yelah nak tolong pun tak boleh sebab dekat Malaysia ni, memang tak boleh jual mercun pun kan?

Lebih kurang setengah jam kemudian, gua tengok brader tu ada balik. Gua ingat orang lain yang saja tempah maut, tapi gua yakin yang dua nampak tu brader tu. Selamba je dia berniaga balik. Macam takde salah.

Gua rasa musykil, gua pergi kat brader tu, gua tanya, "Apahal tadi brader? Bukan dah kena angkut ke?"

Brader tu jawap rileks, jawapan yang gua ingat sampai sekarang,

"mak dia pun kita boleh bayar la."

Lepas tu gua nampak mamat pakai baju biru tua yang angkut brader mercun tadi tu, datang beli air dekat gua. Mak dia ada kat tepi. Dia bayar pakai not RM50.

Friday, August 5, 2011

Diari Detoksifikasi

Hari ini hari ke-5 puasa. Badan gua lemah2. Nak shopping beli ubat gigi pun tak larat.

Gua tengok la apa sebabnya. Belek punya belek, rupa2nya ini efek dari program detoks gua.

Peh, simptom positif rupanya. Konfemlah time raya nanti gua slim macam Nando Parrado. Tak sia2 gua simpan duit nak beli spek macam dia.

Siapa2 nak cuba program detoks ni, bolehlah hubungi saya ya.

Ke arah 1Malaysia yang lebih sihat!

Diari Sahur

Sudah menjadi kewajipan dalam bulan ramadhan ini, gua akan tidur jam 6 pagi.

Sepatutnya bila gua tido seawal pagi itu gua bolehlah bersahur, tapi tidak, gua hanya menogok air kosong sebabnya jam 12 tengah malam gua dah lantak mee rebus dan burger Aloy Paradise. Pukul 3 pulak gua dan makan ayam percik dan murtabak.

Tapi gua ada niat yang suci untuk bersahur. Gua target pukul 4 gua dah start masak nasik. Lepas tu gua nak rebus telur masin. Goreng telur, taruk kicap dan goreng sekali ikan bilis. Makan time nasik panas2, makan pulak dengan kicap ABC. Bapak sedapnya. Ya, ini memang niat suci gua.

Untuk merealisasikan niat suci ni, besok gua kena pergi kedai letrik, beli periuk nasi. Gua memang takde periuk nasik. Setan betul. Sia2 je gua beli beras siam mahal2 dekat MyMydin semalam. Lepas tu, gua tak tau pulak yang selaku orang bujang, kita tak sepatutnya makan beras siam.

Gua harap besok gua dah dapat menjadikan impian gua satu realiti. Lagipun besok memang takleh nak tido awal sebab Masterchief dah masuk final. Sia2 je gua follow cerita tu dari awal kalau tak tau siapa yang menang.

O.klah, jumpa pukul 2 petang nanti. Tata!

Thursday, August 4, 2011

Diari Ramadhan Saya

Owh, dah puasa rupanya.

Sekarang ni bila bulan puasa, gua selalu tido pukul 6. Kadang2 buat kerja. Kadang2 tengok Glee, Master Chief Australia, Desprate Housewive dan semalam gua layan History Channel.

Dalam pukul 5 pagi, gua sahur. Pukul 6 solat subuh. Lepas tu tido sampai pukul 2 petang.

Main fesbuk dalam 3 jam. Pukul 5 mandi. Lepas tu pergi Bazaar Ramadhan. Takat ni gua dah pergi Baram Putrajaya dengan Seri Serdang. Patah hati gua dengan Baram Putrajaya. Brader pakai kopiah jual nasi kerabu dah takde dan yang lain2 tu jual mahal nak mampos.

Dekat Baram Seri Serdang lain pulak ceritanya. Ianya tak semeriah tahun2 lepas. Orang berniaga sikit sangat. Almaklumlah budak2 UPM cuti sampai bulan 9.

Pukul 6.30 gua balik. Setting lauk atas paper then baring tengok TV. Selalunya ada cerita Jejak Rasul, dok cerita pasal Rusia. Lepas Jejak Rasul gua sambung tengok Kisah Alia. Cerita Sheila Rusly berlakon. Maki sikit2 sebab ada jugak babak bangang dalam drama tu, dan kalau tiba2 TV tu penuh dengan iklan, gua tahulah yang waktu berbuka dah dekat.

Itulah rutin gua seharian. Syok jugak sebab memang jimat hidup macam ni plus kerja pun tak payah nak push sangat padahal kerja berlambak gila.

So, pesan abang pada adik2, tak payah belajar pandai2. Belajar untuk hidup je pandai2. Kalau belajar tinggi tapi last2 sekali jadi macam Nik Adam pun tak guna juga. Ingat tu.

Thursday, September 2, 2010

buffet ikea sucks!

buffet di ikea adalah antara buffet buka puasa yang paling tak best gua penah pegi.

rasanya tak berbaloi bayar rm25 plus-plus untuk makan nasik, bihun, ayam kurma cair, daging gulai cair, sambal sesungut sotong serta air soya. amat tidak berbaloi.

baik pegi beli nasik kerabu kat putrajaya, murah je dan kalo ada rezki, dapat gesel-gesel dengan awek gomen.

huh!

Monday, August 16, 2010

hari raya menjelang tiba

camne kita nak tau raya dah dekat?

1. kita dapat kad raya.

2. ada banner selamat ari raya berserta gambar wakil rakyat yang tak penah pun melawat kawasan.

3. ada berita budak kudung sebab main mercun.

4. ops sikap keberapa juta ntah dah mula.

5. polis banyak buat roadblock.

lain2 tambah sendiri..

Thursday, August 12, 2010

terawikh malam dua

awek gua, awek sweet menyatakan kehanginannya pada malam pertama terawikhnya.

dia kata semayang memang la 8 rakaat, tapi bila 4 rakaat, imam stop then bagi tazkirah.

pung pang pung pang, kul 10.50 baru abis. tu baru abis tazkirah. semayang terawikh dia abis kul 11.30 malam. memang gila.

berbalik pada cerita gua.

setelah kes al-hafiz jadi imam muda semalam, gua memang dah pasang niat yang malam ni gua nak solat terawikh surau lain. port baru. gua dah tengok dah port tu. surau sebelah taman gua ni je. surau pangsapuri mutiara. pangsapuri ni banyak pekerja-pekerja asing duduk. gua syak oleh kerna letih memburuh di siang ari, malam ari pastinya mereka memerlukan rehat yang panjang. sudah pasti imam memahami perasaan tiap seorang pekerja asing yang berjemaah di situ dan pastilah dia akan solat dengan ekspressnya.

gua yakin malam ini, 9.30 sumenya beres. gua bleh balik opis main fesbuk pastu. gua pegi, imam dah masuk rakaat ke-2 solat isya'. wah! laju. bagus. baca pun surah al-ikhlas. gua pasti gua tak tersalah pilih surau. gua pasti inilah surau yang gua cari-cari selama ini.

abis sudah solat isya'. rehat2 kejap. tengok kiri kanan. ada brader datang solat pakai baju velvet revolver. memang indo sejati. tunggu punya tunggu punya tunggu, takde pun laungan "assola tuttarawih" gua dengar. dorang ni pesen tak solat terawih ke?

gua jenguk ke dalam. imam tu dah steady. duduk atas kerusi, depan dia ada meja, tengah betul2 kan mikrofon. huh! cerita tazkirah abis 10.50 yang awek gua bagitau tadi terus menghentam masuk ke otak gua.

elok je imam tu "assalamualaikum semua" gua dah pun start enjin kete, balik opis. berbekal ilmu agama yang gua kutip di sekolah gua dulu, gua solat terawikh sorang2.

pukul 9.20 abis. besok kenala gua cari surau lain plak. damn.

Tuesday, August 10, 2010

terawikh malam satu

gua memang bersemangat nak solat terawikh malam ni. tahun ini gua berazam nak solat penuh. 20 rakaat.

okeh. 20 rakaat ni kalo kat kampung gua, kampung sempeneh, batu kurau, perak, dalam 1/2 jam je bleh abis.

tahun lepas gua merayau serata serdang dan bangi semata-mata nak cari surau yang solat terawikhnya paling cepat abis. pesen imam baca ayat lazim je.

gua buat gitu bukan sebab iman gua lemah, cuma gua takut solat terawikh gua tak khusyuk. yela, kalo bantai satu rakaat baca yassin, konfem gua menyumpah (dibaca: mencarut) dalam hati. elok2 gua nak cari keredhaan tuhan terus dapat dosa. untuk mengelakkan itu, gua cari surau yang pesen baca pendek2 supaya kekhusyukan gua tak terjejas.

malam tadi gua solat di surau seri serdang. surau ini ikut trek rekod dia, imam dia memang laju. 9.20 dah abis.

malam tadi gua pegi solat terawikh dengan ayan. sampai2 terus solat isya', saf paling depan dekat luar.

abis solat isya', imam akan membebel seperti tahun2 sebelum menerangkan prosedur solat dan entah ape2 lagi dan keluarlah pengumuman ini:

"tahun ini kita amat bertuah kerna solat terawikh di surau kita akan di imamkan oleh 2 orang hafiz, sepanjang bulan ramadhan ini."

yeha!

besok gua kena pindah surau lain la nampak gayanya.