Hari ini gua kena attend meeting kat Sri Gombak. Selalunya gua drive Kangoo yang gua pinjam dari Ruhayat X, tapi tadi gua rasa gua nak servis kereta tu. So, gua ambil keputusan untuk memandu kereta staff gua. Dalam kereta tu, gua pasang radio, ada lagu-lagu rock kapak 90-an. Mula-mula gua ingat lagu-lagu tu datangnya dari Sinar FM, sebab staff gua ni suka dengar Sinar FM. Lepas satu, satu lagu gua sing a long. Punyalah macam celaka.
Bila gua belek-belek balik, rupanya gua bukan dengar radio Sinar FM. Lagu-lagu yang gua dengar tu, semuanya datang dari CD rupanya. CD itu pulak tajuknya,
BEST OF STINGS.
Banyak jugak lagu Stings yang gua tahu rupanya. Kah kah kah!
Kah kah kah!
Friday, February 25, 2011
Wednesday, February 23, 2011
Catatan pukul 4:04 pagi
Gua ambil keputusan untuk berhenti terlibat dalam scene indie (indie dalam pengertian gua sendiri) selepas ini.
Event yang terakhir gua rasa adalah FUTSAL SOKERNET 2011. Tapi gua rasa Sokernet ni bukan indie, dah masuk mainstream. Tahun depan target ada tempat futsal sendiri. So, gamaknya tiada lagilah event indie yang gua akan involve secara langsung. Lega. Takat datang event kawan-kawan tu bolehlah.
Lepas ini gua akan kembali pada kerja-kerja gua dulu. Jadi peniaga dan kembali menghiasi dada-dada akhbar. UYA! Distro tu pulak gua sudah ubahsuai jadi Rumah Buku, seksyen gua, gua kecilkan. Jemput datang ke pembukaan kali ke-2 pada 1 Mac 2011.
Jadi, gua harap lepas ini gua akan lebih happy. Boleh kejar balik banyak benda yang gua tertinggal selama ni. Jadi CEO of the year misalnya.
P/s: Banyak orang cakap itu ini. Tapi gua nak cakap, apa yang kita lalui mungkin berbeza, mungkin kalian dah lama dalam bidang kalian tu, tapi yang sedihnya, masih sahaja ditakuk itu. Statik dari mula sampai sekarang. Tiada erti bukan? Berfikir besar sedikit, pasti hasilnya berbeza. Percayalah.
P/s II: Gua takut sekarang ini sebab gua rasa banyak sangat orang kata diorang pandai dan tahu itu ini lebih dari segalanya, dan untuk tunjukkan dorang tak pandai mana, gua kadang-kadang terpaksa jadi angkuh. Demi tuhan, malaikat dan rasul, gua langsung tak suka dengan apa gua buat tu, gua seboleh-boleh tak nak orang tahu apa gua buat, cuma gua kadang-kadang gua geram sangat tu, keluar lah ayat riak bangga diri macam-macam bila tengok orang pandai sangat ni. Ya, gua akui dorang pandai cakap, pandai buat tapi payahlah bercakap dengan gua macam gua ni tak tahu apa-apa. Macam gua ni datang dari kampung, baru nak tengok dunia, dah dorang dah lalui segala perkara manis dan jerit perih kat dunia ni.. Kah kah kah.. Serius gua bosan bab ni, sebab tu banyak masa gua senyap dan gelak-gelak je. Tapi gua pikir-pikir, baiklah gua jadi macam dulu, siapa pun tak tahu gua, gua pun hidup tak banyak buat dosa. Moga tuhan ampunkan gua.
P/sIII: Lepas ni gua nak buat kerja gua, lepak kat UYA!, mengajar orang, tolong orang tapi berpada-pada, buat buku, dan buat benda-benda hepi je, benda menyesakkan otak takde faedah gua persetankan je. Ikut filem, tahun depan kiamat. So, masa dah tak banyak dah..
P/s IV: Gua tak boleh nak puaskan hati semua orang. Dapat puaskan hati mak bapak gua, makwe gua, partner bisnes gua di UYA, Dubook Press dan Sokernet Media pun gua rasa dah puas hati.
Cheers!

Friday, February 18, 2011
Chap Goh Meh
Tahun baru cina disambut sampai bila?
Chap Goh Meh.
Chap Goh Meh pulak disambut sampai bila?
Cap Me Lan.

Order paling selamat
Kalau kita pergi kedai makan, dan kita blur nak makan dan minum apa, ataupun kita takut kedai ni dia punya menu memang rasa lahanat, kita boleh ambil jalan selamat macam ni.
Order Nasi Ayam dan Sirap Ais.
Insyaallah tak menghampakan.
Order Nasi Ayam dan Sirap Ais.
Insyaallah tak menghampakan.
Friday, February 11, 2011
Gebang
Thursday, February 10, 2011
Antara khatib pembaca khutbah dan pahlawan jihad papan kekunci
Ini cerita lama. Gua punyalah takde mood nak menulis, so gua simpan dan pendam je benda ni. Pagi ni, lepas azan subuh, gua tiba-tiba bersemangat pulak nak menulis pasal benda ni. Untuk paham apa yang gua bebelkan kat bawah ni, lu orang baca kat SINI dulu.
Pada 14 Januari 2011, gua ada menulis satu surat terbuka untuk khatib tempat gua, ya, dia baca khutbah sumpah bosan nak mampos. Gua betul-betul maksudkan apa yang gua tulis. Tiada kesesalan langsung.
Di ruangan komen, gua perhati, muncullah para-para pahlawan jihad papan kekunci menghentam penulisan gua. Ada juga manusia seperti Pengunjung Jelita yang menyokong, tapi dia juga dihentam oleh pahlawan-pahlawan jihad ini. Komen-komen mereka, lu orang boleh tengok kat bawah ni.

Dah baca kan? O.k, untuk menjawap pahlawan-pahlawan jihad papan kekunci ni sekalian, yang rata-rata mengatakan gua cakap tak serupa bikin, gua hanya boleh lampirkan satu keratan akhbar je. Keratan akhbar gambar ini tarikh keluarannya adalah 21 Januari 2011, seminggu selepas gua tulis surat terbuka gua tu, lebih spesifik, jumaat minggu depannya. Gua malas nak cakap banyak dan menyalak macam anjing kena tangkap dek orang Vietnam, lu orang pergi cari balik dan apa dorang tulis dalam tu. Kalau malas sangat nak cari, lu orang tengok jelah apa tajuk keratan akhbar tu kat bawah ni:
P/s: Amacam Hafiz, Kj? Lu taknak marah mamat yang tulis benda ni sekali ke?
P/s II: Gua Luca DK, gua okey!

P/s: Amacam Hafiz, Kj? Lu taknak marah mamat yang tulis benda ni sekali ke?P/s II: Gua Luca DK, gua okey!
Selamat tinggal IPTA Bumiputra!
"Kemalangan terbesar dalam hidup saya adalah bilamana saya masuk belajar sastera."
Itu kata-kata lecturer yang mengajar gua Introduction to writing. Oleh sebab gua taknak rasa dan lalui apa yang lecturer gua tu rasa dan lalui, gua ambil keputusan untuk cuti belajar sampai ke satu masa yang gua pun tak tahu bila.
Gua nak start balik kumpul wang, dan gua juga sedang giat membikin satu majalah sendiri bersama dengan Pipi.
Apa? Tolong orang? Harap maaf, buat masa ini, masa untuk itu langsung tiada. Gua perlu tolong diri gua sendiri dahulu.

Wednesday, February 9, 2011
Ejaan ROKES, bacaannya BABI.
Gua tengah setting satu majalah. Gua dah malas tulis sini. Gua target majalah gua ni keluar dalam bulan Mac. Tarikh gua tak berani kasi tau. Ko tunggu, ko tunggu... Apa-apahal gua update sini.
Untuk majalah yang gua tengah kerja keras ni, gua perlukan beberapa perkara untuk dibantu oleh lu orang semua jikalau berminat.
Perkara nombor satu:
Tema majalah gua untuk isu bulan Mac-Mei ni ialah 'Hujung Minggu Saya'. Gua lupa nak cakap, majalah gua ni keluar setahun 4 kali sahaja.
Berbalik kepada tema majalah, jadi gua harap ada yang sudi menghantar artikel yang bersangkut paut dengan 'Hujung Minggu Saya'. Tapi harus diingat, gua siarkan mana yang gua berkenan dan boleh pergi saja.
Perkara nombor dua:
Untuk menjadikan majalah gua ni serupa majalah, gua berhasrat untuk mewujudkan ruangan 'Surat Pembaca'. Andai ada rasa teringin menulis surat, tulislah. Surat terbaik akan menerima hadiah misteri.
Perkara nombor tiga:
Itu sahaja setakat ni. Apa-apahal gua cerita lagi.
Yang mana berminat untuk melakukan dua perkara di atas, sila emel sumbangan anda ke rokesmail@gmail.com selewat-lewatnya 16 Februari 2011.
Kemaskini:
Alamak gua lupa. Panjang dalam 2 kertas kajang dah la. Kalau ada gambar lagi bagus. Disebabkan ada yang tak berapa jelas dengan tema hujung minggu ni, gua kasi satu contoh,
"Gua kalau hujung minggu, gua main snuker 2 hari 2 malam..."
Lebih kurang macam tu la.
Kemaskini 2:
Dalam majalah ini juga gua sediakan ruangan 'classifieds'. Ruangan ini berharga RM2 setiap satu dengan jumlah perkataan maksimum 50 patah perkataan. Bayar cash!
Ikut suka hati lu la nak iklankan rumah sewa ke, mencari gitaris pengganti ke, atau nak tulis, 'Aku cinta padamu, Ajunski - Vovinski', dan sebagainya.
P/s I: Kalau nak join lebih lanjut, klik SINI.
P/s II: Apa? Gua ciplak Pipiyapong punya entry? Pergilah mengadu dekat dia.

Subscribe to:
Comments (Atom)