Saturday, April 23, 2011

Pasar Pagi Stadium Shah Alam

Zaman belajar dulu dalam tahun 2005, gua pernah pergi meniaga dekat pasar pagi Stadium Shah Alam. Hari Ahad. Tempat tu memang ramai gila babi punya orang. Gua meniaga herba.

Untuk meniaga herba, gua perlu bawak herba yang gua nak jual, water heater, kaki meja, papan lapis untuk jadi meja, pelapik meja dan payung. Banyak gila barang. Yela, kalau takde semu tu memang tak boleh meniaga. Tahu gua angkat dengan apa semua tu? Skuter V100 gua. Itu je gua ada time tu. Gila bukan? Sekarang ni bila gua pikir balik, memang gila!

Gua bertolak dari rumah seawal 6 pagi sebabnya time kereta tak banyak dan gua sebenarnya malu gua bawak banyak barang naik skuter V100 je. Time tu, tapak meniaga bukan ada pun, tapi gua belasah je. Sepanjang gua meniaga, yang gua herannya, tak pernah gua jumpa classmate gua pun! Dunia ni luas sangat gamaknya.

Sekarang ni, 6 tahun lepas gua buat kerja tu, hari2 gua bangun tido pukul 12. Celaka betul!

6 comments:

afrohead said...

samalah dengan aku. dulu tiap2 hari bangun pukul 5.30 pagi sebab dulu aku meniaga surat khabar. sekarang pukul 12 baru bukak mata. haih..

Amir Ariff said...

ko blaja uitm shah alam ka?

bact said...

nasib baik gua tak pernah niaga pasar pagi jual herba..
kalo tak gua pon bangun pukul 12 jugak pe..

Kap said...

aku cadang kau mula berniaga jam loceng.
gerenti sebelum subuh kau bangkit.

nizamsani said...

tahun 2004 aku ada kat giant dekat-dekat situ tiap hujung minggu buat sale kad kredit maybank.satu kad komisen rm20.

sharifah medula said...

samalah dengan aku. dulu tiap2 hari aku bangun pukul 5:29 pagi sebab dulu aku tak buat apa-apa pun. lepas tu aku sambung tido balik. sekarang pon sama. haih..