Friday, June 24, 2011

Gila Babi #2

(untuk mata2 yang rabun, sila klik!)

Zine Gila Babi No.1 telah habis di jual di KLAB 2011 yang lalu. Tak kiralah orang kata sebab zine ini murah je ataupun print sikit je, dan niat utama buat Zine Gila Babi ni pun bukan nak untung.

Sebab musabab gua buat Zine Gila Babi ni ada gua tulis di page satu zine tersebut. Ya, zine tersebut sudah habis dan tidak akan diulang cetak. Dekat gua pun ada satu je. Ada juga para penyumbang yang tak sempat nak beli. Gua dah e-mel semua penyumbang tapi seorang je yang reply balik. Biasalah tu.

Untuk no. 2, gua harap lebih ramai akan menyumbang. Jika kalian mahu menyumbang, tak perlulah tulis panjang2. Busuk2 pun lu orang bajet2 lah tulisan lu orang tu muat 2 page saiz A5.

Untuk No. 2 ni juga guna nak buat ikut TEMA. TEMA untuk No.2 adalah, Waktu Kecil Saya / Waktu Kanak2. Tulislah apa pun, tak kiralah pasal siapa pun, jadilah kreatif sikit, berfikirlah di luar kotak sedikit dan kalau o.k, gua akan masukkan dalam Zine Gila Babi No.2.

Zine Gila Babi No.2, gua akan jual di KLAB. Jadilah tulislah, lukislah, photoshoplah, merepeklah apa sahaja berkenaan WAKTU KECIL SAYA / WAKTU KANAK2 dan emel segera ke:

dubookpress@gmail.com

Karya yang terpilih akan kami maklumkan melalui emel. Selamat menulis dan moga kalian semua bahagia selamanya.

3 comments:

bujal X said...

orait~

Dr. Bentara said...

printing Mutalib tu berapa chargenya? Camana nak kontek mereka? Sila email saya thebentara @ gmail dot com

RANGKAKmasa said...
This comment has been removed by the author.