Wednesday, June 8, 2011

(Kasino) Pertandingan Menulis Cerpen

Gua dah join pertandigan menulis cerpen anjuran FIXI.

Semenjak gua tutup fesbuk ni, susah jugak gua nak berkomunikasi dengan orang lain.

Gua tau pasal pertandingan ni, Vovin yang kabor dan Nik Adam yang ingatkan. Dia cakap baru 3 orang hantar cerpen. So, bila gua dah hantar ni, yang lain2 tu kira buat cukup syarat je lah. Ye dok?

Gua tak tau sangat pasal hadiah dia. Yelah, nak tengok Fesbuk FIXI pun tak boleh. Tapi gua harap hadiah dia berupa ruang kedai, sebab gua tengah berkira-kira secara serius untuk pindah UYA! tu keluar dari SS15 tu. Nanti gua akan tulis panjang lebar pasal UYA pulak ye.

So, gua harap bulan ni gua boleh menang 2 pertandingan. Selangorlicious dan Kasino ni. Amin ya rabbal alamin.

4 comments:

wann afzan said...

nape nak pindahkan UYA!?
yg kt ss15 tu mcm penthouse. best!

Luca DK said...

oh ye ke?

nizamsani said...

Amin.

wann afzan said...

ya!