Wednesday, August 10, 2011

Diari Ramadhan Brader Jual Mercun

Beberapa tahun yang lepas, ketika bulan ramadhan gua membantu abah gua menjual air di Pasar Ramadhan Taman Kledang Jaya, Ipoh.

Sebaris dengan lot air abah gua, gua tengok ada satu brader jual mercun. Ini bukan mercun pop-pop ataupun mercun tarik. Mercun yang brader ni jual semua jenis mercun2 power yang ada di Malaysia sebelum kilang mercun dekat Sungai Buluh tu terbakar.

Perniagaan brader tu sangat laris. Lebih laris dari perniagaan ayam percik sebelah dia tu. Suatu hari, tengah asyik brader ini berniaga, dia datangi satu mamat pakai baju biru tua. Ah sudah, brader tu tak sempat nak lari. Dia di tahan. Memang beraya dalam lokap lah nampaknya. Brader baju biru tua tu angkut brader mercun tu naik kereta, dengan mercun2 dia sekali. Gua perhati je dari jauh, yelah nak tolong pun tak boleh sebab dekat Malaysia ni, memang tak boleh jual mercun pun kan?

Lebih kurang setengah jam kemudian, gua tengok brader tu ada balik. Gua ingat orang lain yang saja tempah maut, tapi gua yakin yang dua nampak tu brader tu. Selamba je dia berniaga balik. Macam takde salah.

Gua rasa musykil, gua pergi kat brader tu, gua tanya, "Apahal tadi brader? Bukan dah kena angkut ke?"

Brader tu jawap rileks, jawapan yang gua ingat sampai sekarang,

"mak dia pun kita boleh bayar la."

Lepas tu gua nampak mamat pakai baju biru tua yang angkut brader mercun tadi tu, datang beli air dekat gua. Mak dia ada kat tepi. Dia bayar pakai not RM50.

6 comments:

bujal X said...

ayat pedas tak ingat~~keh keh~

bact. said...

not RM 50 je ke?

SynicalMind said...

sei pau rm50. ala, peniaga dekat2 situ jugak yang untung.

MushroomCute@Mariea said...

Ceh...nyata sungguh..brader baju biru tu boleh tak gi beli air kat tempat lain ker..ntah apa apa ntah

mikhaelahmad said...

gua dah ada cita-cita baru. raya haji boleh lah gua mencapai cita-cita gua ni.

devilyus a.k.a Farqhan Alchemist said...

time form 3 gua jual mercun.

mercun bola gua beli 1 bag rm5, gua jual rm40.

rm50?? BAIK BETUL mak baju biru tua tu..