Friday, August 5, 2011

Diari Sahur

Sudah menjadi kewajipan dalam bulan ramadhan ini, gua akan tidur jam 6 pagi.

Sepatutnya bila gua tido seawal pagi itu gua bolehlah bersahur, tapi tidak, gua hanya menogok air kosong sebabnya jam 12 tengah malam gua dah lantak mee rebus dan burger Aloy Paradise. Pukul 3 pulak gua dan makan ayam percik dan murtabak.

Tapi gua ada niat yang suci untuk bersahur. Gua target pukul 4 gua dah start masak nasik. Lepas tu gua nak rebus telur masin. Goreng telur, taruk kicap dan goreng sekali ikan bilis. Makan time nasik panas2, makan pulak dengan kicap ABC. Bapak sedapnya. Ya, ini memang niat suci gua.

Untuk merealisasikan niat suci ni, besok gua kena pergi kedai letrik, beli periuk nasi. Gua memang takde periuk nasik. Setan betul. Sia2 je gua beli beras siam mahal2 dekat MyMydin semalam. Lepas tu, gua tak tau pulak yang selaku orang bujang, kita tak sepatutnya makan beras siam.

Gua harap besok gua dah dapat menjadikan impian gua satu realiti. Lagipun besok memang takleh nak tido awal sebab Masterchief dah masuk final. Sia2 je gua follow cerita tu dari awal kalau tak tau siapa yang menang.

O.klah, jumpa pukul 2 petang nanti. Tata!

5 comments:

zoe said...

best betul dpt tengok MC kat rumah! selamat berpuasa..

MushroomCute@Mariea said...

kenapa orang bujang tak leh mkn berasa siam?

SynicalMind said...

bapak power sial! adam liaw menang.

bact. said...

siap kicap ABC lg tu
hahah

slow poke mareia said...

sebab orang bujang bukan orang siam. lu slow boleh tahan mareia!