Thursday, December 22, 2011

Membeli Kereta Part 2

Akhirnya gua telah berjumpa dengan salesman yang begitu bersungguh2 melayan gua tatkala membeli kereta.

Kedai jual kereta ini terletak di depan Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kolompo. Salesmannya melayan gua, Aloy Paradis dan Rayza Mukmin dengan begitu baik sekali walaupun kami tidak memakai pakaian orang kerja opis.

"You all band ka?" itu sahaja tanggapan brader jual kereta ini terhadap kami.

Gua memang jumpa kereta yang gua berkenan dihati.

Dan tadi, gua nak bayar duit booking kereta tu. Tapi, alangkah pilunya rasa hati bilamana kereta yang gua nak tu telahpun dijual semalam. Hati gua berkecai hancur berkeping-keping jadinya.

Gua nekad nak beli kereta apa yang gua berkenan hari tu jugak agar kekecewaan itu tidak berulang kembali.

"Encik Luca pikirlah masak2 dulu sebelum buat keputusan, jangan ikut hati dan perasaan." Begitulah kata2 yang keluar dari bibir Brader Jual Kereta tu sejurus sebelum gua nak sign cek gua.

Gua menitiskan air mata, salesman ini memang di utus tuhan untuk menjual kereta pada gua. Dan sekarang ni gua memang jadi celaka punya pening. Mana satu kereta gua nak beli ni.


atau yang ini


O.k, malam kang kena bangun buat solat istikarah.

14 comments:

mirul said...

Pendapat saye la,BMW 118i tu memang segak dan boleh membawa barang dengan lebih banyak lagi.

Jadi saye pilih BMW 118i sebagai kereta yang patut brader beli.

aloy_paradoks said...

Yang no 2, no 2... gua dah cakap hari tu, bayar booking terus, lu degil!

I want to lose weight said...

Joy is the driving force :)

Anie said...

Siyes lepas ni kene himpit ngan artis.. uhuks naseb wa da kawen..

Aikido@MushroomCute@Mariea said...

no 1. tinggi...best

zulhilmi said...

amik no 1 la..
no 2 tu budak budak poyo MLM je yg pakai..

stam said...

luc, kereta wagon lebih indie dari sedan, percayalah!

kitt said...

ni mesti sapura la ni depan tabung haji tu.vote yang atas la.
baru Luca One Series. X1 tadak syok ka?

mega senja said...

Mana-mana pun seswai dgn lu bro..apa kesah lu bayar lu pandu..

babyEYs said...

2nd

wann afzan said...

Vote for BMW3!

Anonymous said...

jgn pilih yg org lain pilih. lu kan ade pndirian & taste lu. org nk kate ape klu dh lu yg byr. ye dak?

-BK cute-

ayobkelubi said...

bukan lu nak pakai X6 ker?

Encik Boolat said...

Nombor 2