Tuesday, February 28, 2012

Makan

Kadang kala, kita makan bukan sebab kita lapar.

Tapi kita makan sebab kita tak tau nak buat apa.

Gua saja gunakan perkataan "kita" supaya tak rasa bersalah sangat buat benda macam tu. Makan sebab boring.

Jadinya bilamana, Lucius Maximus bertanya "betul ke kau target nak berat 65 tahun ni?"

di depan gua ada ikan singgang, udang masak sambal petai, ikan rebus dengan budu, ikan kedere masin, ada pulak tempoyak dengan sambal cabai burung dan nasik pulak ditanak guna beras siam, gua rasa adalah moleknya azam tersebut gua mulakan tatkala gua pulang ke Kolompo je nanti.

Melihat pulak sahabat gua yang sorang lain, Fdaus Ahmad yang kena pantang itu ini macam orang tua2, gua rasa, kesihatan janganlah kita abaikan. Tapi, janji dia nak belaja gua dekat Fatty Crab takkan gua lupakan, insyaalah.

Macam gampang gua bercerita pasal makan.

5 comments:

ghost writer said...

lebih baik makan nasi berlauk dari makan hati berlauk kesal.

nizamsani said...

esok-esok boleh bercerita pasal resepi pula.

FdausAmad said...

Set Fatty Crab!

blog-tips-kurus said...

menu tu tak berminyak. maka <lah risiko gemuk selagi tak makan banyak.. :)

Telor Power said...

makan selagi boleh makan, tapi biar berpada2 juga. senaman jgn lupa.

untung lah org tj malim nak belanja. rezeki buku laris kot