Tuesday, July 24, 2012

Mengajar anak lagu mana nak solat terawikh.

Ya, aku tau kau nak didik anak kau apa itu Solat Terawikh.

Ya, aku tau melentur buluh biarlah dari rebungnya.  Kalau kecik2 ni tak diajar, bila lagi ye dok?

Ya, aku tau, jiran2 kau akan cakap, "Bagus betul si Meon tu, satu family pergi berjemaah dekat masjid.  Betul2 family yang dirahmati tuhan.."

Tapi, jadah apa time jemaah tengah bersolat, anak kau boleh lead 2,3 ekor budak lain, ajak dorang main bola pakai tutup botol.  Lepas tu bila tahyat akhir cepat2 anak kau masuk dalam saf buat2 semayang? 

Aku yang dok belah tepi ni boleh bingit telinga, takkan kau pekak tak cam suara anak kau?

Ini kalau tuhan tanya aku dekat akhirat nanti, kenapa aku tak khusyuk time solat, memang aku petik nama kau. Peduli apa aku!

Nama kau apa hah?

5 comments:

Wadi AR said...

kurang perhatian kot bapak budak tu terhadap budak tersebut

ana said...

jangan petik nama budak tu..

stalker hebat ! said...

ape mengata anak aku nie.
nama aku ABU.

**pedulik apa aku.haha^^

Anie said...

Awak buat terawih kat rumah jek la.

kaki keras said...

Namanya Meon