Tuesday, August 7, 2012

Subuh Ramadhan

Aku tak pasti aku dah cerita pasal ni atau tak, tapi inilah yang aku selalu aku akan kenang kalau time Subuh bulan puasa ni.

Selalu time aku tingkatan2, kalau time aku cuti, time aku dekat rumah, lepas sahur aku bantai tido.
Bila dah dekat nak azan Subuh, abah aku akan kejut aku untuk bangun solat Subuh.

Ini bukan solat Subuh anak2.  Ini solat Subuh di markas.  Solat Subuh stok baca surah panjang2.  Solat Subuh yang wiridnya lepas solat juga panjang.  Aku memang tak pernah ikhlas nak buat tu semua.  Macam satu bentuk penyeksaan. 

Ye la, kalau solat Subuh dekat rumah, aku solat cepat2 lepas tu boleh bantai tido.  Tak payah wirid apa semua.  Kena pulak dekat2 raya, abah aku boleh bawak pulak bersembang dengan kawan2 dia, memang membawak ke pukul 7.

Oleh itu, kadang2  aku mengelat.  Aku tau bila nak dekat azan, aku cepat2 masuk tandas.  Dok dalam tu lama2.  Abah aku kadang2 dia tak tunggu, dia terus gerak, masa tu nikmatnya, tuhan saja tau.  Tapi kadang2 abah aku tunggu, memang tak berbaloi rasanya dok dalam toilet tu lama2.

Nak dok dalam toilet ni pulak, aku kena pantas, sebab kadang2 adik aku pun pakai taktik sama.  Setan betul.  Lagi satu, lama2 abah aku dah tau sangat yang kami selalu pakai taktik ni.  Sebab tu kadang2 aku malas nak kena bising dengan abah aku, aku turutkan jugalah dia ke markas tu.  Selalu berharap imam baca qul hu wal allah dengan inna aq toi na je tapi hakikatnya jangan harap benda tu jadi kenyataan.

Ni dah besar ni, abah aku just kejut2 macam tu.  Aku pun dah tak harap dia kejut pun dah memang tak tido lepas sahur tapi aku still takde feel nak pergi solat Subuh di markas.  Mungkin memori waktu silam membantutkan hajat aku.

Lagipun, aku dah besar.  Tapi besar mana pun, bila aku balik Ipoh, aku still rasa macam aku belasan tahun.  Keluar malam kadang2 pukul 12 Ma aku call suruh balik.  Dia lupa gamaknya aku ni dah umur puluhan tahun.  Najib baya2 aku dah jadi ahli parlimen pun.  Tapi tu lah, siapa suruh dah umur2 macam ni takde bini?  Adik aku dah selamat dok rumah sendiri, anak pun dah nak masuk 2. Jadi, doakan aku cepat kawen, dah doakan aku juga murah rezki.

K, tu je.

Published with Blogger-droid v2.0.6

5 comments:

che'pi said...

heheheh... agak senasib la kita ... tapi kadang best ape parent layan cam budak... hahahaha

Iefa Ujang said...

haha kelakar je . ade ke g dok dlm toilet sbb xnk g surau . nsib xkena simbah dgn air . :P

BLOG UNTUK ANAK MAMA^^ said...

kelakar kelakar :)..nak recommend cousin boleh.. :P

SnowladieS said...

bila baca point dia sebenarnye nak cepat kawen je rupenye -.-

Anonymous said...

Aku pulak, tetingkap masa antara selesai sahur dengan azan subuh tu selalunya aku bantai tengok prono barang se clip dua.

-vankordi