Gua sambung belajar kerana gua mahu belajar.
Mulanya gua hanya ingin jadi seorang yang low profile, tidak menonjol dan bodoh. Gua ingin nampak begitu supaya gua tak kantoi kalau gua malas datang ke kelas kelak.
Tapi nampaknya gua gagal. Hari pertama sewaktu induksi sahaja, gua sudah melawan fasilitator. Boleh baca kisah ini di entry gua yang lepas.
Dan hari pertama gua pergi kelas sahaja gua hampir di halau kerna gua masuk lambat. Ini pengetahuan semua kelas tersebut bermula jam 9, dan tahukah anda pada hari-hari biasa, gua bangun jam 12 tengahari?
Ada lagi, bilamana gua tak masuk kelas minggu lepas, pensyarah gua telah menyuruh rakan sekelas gua untuk call gua semata-mata nak suruh gua datang kelas. Cukup celaka. Hidup gua musnah dan masa depan gua cerah.
Semalam gua terperangkap lagi, bila mana seorang lecturer gua bertanya pada semua pelajar, "buku apa yang kalian last sekali baca?", gua menjawap buku 120 Malay Movie karangan Amir Muhammad yang kebetulan gua beli sendiri dari tangan Amir minggu lepas untuk projek rahsia gua dengan Amir.
Melalui jawapan gua, akhirnya membawa kepada saranan pensyarah gua kepada seluruh kelas untuk menonton The Big Durian, Lelaki Komunis Terakhir dan juga semua buku terbitan Matahari Books. Oh ya, pensayarah gua tu tak kenal Sufian Abas. Syukur.
Jadinya, sekarang ni kalau gua ponteng kelas memanglah gua akan kantoi. Na'aram betul. Gua tak target banyak, gua targer Anugerah Dekan je sem ni? Amacam? Cita-cita gua tu nampak macam student-student tak?
P/s: Babi. Bila belajar menulis, automatik gua takleh nak tulis benda merapu.
4 comments:
bang luca, lu study uitm melaka ke shah alam nih?
teka teki teka tekuk.
cita-cita student....kekeke
lu penah dapat x?
terbaekk la. ada gak geng fan amir muhammad kt cni. a very good local writer isn't it?
Post a Comment