Monday, May 3, 2010

(ramen) itu melayu cakap nama saya jahat..

bleh dikatakan setiap hari gua akan isi minyak di stesen minyak petronas milik telaga qausar enterprise. stesen minyak ini terletak di jajahan gua. ah! berjuta kali gua isi minyak kat sini tak penah sekali pun tokei dia bagi minyak free kat gua. mungkin tokei dia tak suka gua. itu andaian gua.

pekerja di stesen minyak tu kebanyakan bangla. ada satu bangla tu nama dia ashik cakap melayu macam orang melayu. kalo nak ngorat takdenya pakai ayat "adik manis mahu pegi mana?" gua syak si ashik ni cakap kelantan pun dia pandai.

gua arini bukan nak cerita pasal ashik. gua nak cerita pasal rakan sekerja ashik ni. nama dia ramen. macam mana gua tau nama dia ramen? sebab kat baju dorang ada name tag. huh! baru gua tau, selain daripada cekgu sekolah, bangla pum minyak pun wajib pakai name tag.

gua kalo jumpa ramen, soalan lain takde gua nak tanya, mesti gua tanya, "dah makan belum?" 10 kali gua jumpe dia satu hari, 10 kali jugaklah gua tanya dia, "dah makan belum?" tapi nampak sangat gua menipunya jumpa 10 kali sehari, gua bukan penyuludup minyak, sampai 10 kali sehari nak pegi stesen minyak.

tapi satu hari, gua pegi stesen minyak tu macam biasa, dan orang yang layan gua jugak macam biasa, ramen. gua tengok dia tak pakai name tag aritu. ha.. ini dah menyalahi peraturan pekerja2 pam minyak yang mewajibkan setiap dari mereka memakai name tag. jadi aritu soalan gua tidak lagi berbunyi, "dah makan belum?" gua gantikan soalan wajib tu dengan soalan baru,

"asal lu tak pakai name tag ini ari?"

ah! standard orang melayu, cakap ngan cina, ikut slang cina, cakap ngan bangla ikut slang bangla. tak pernah nak berbangga guna bahasa sendiri, takde jati diri.

ramen lambat menjawap seakan menyusun ayat.

"ada melayu cakap nama saya jahat!"

gua memang tak dapat tangkap maksud nama ramen itu nama jahat. tengok muka memangla hitam, tapi takde pun nampak muka macam orang jahat. gua bertanya lanjut,

"asal nama lu jahat lak? nama lu ramen, itu mee yang naruto suka makan."

o.k, pasal naruto tu gua saje tambah. gila apa gua nak cerita pasal naruto dengan ramen si bangla ni? harian metro pun belum tentu dia tau ni gua nak sogokkan pemikiran dia dengan watak kartun naruto lak. konfem dia akan tambah pening.

soalan gua pendek je, "asal jahat lak?"

ramen jawap pantas,

"itu melayu cakap, nama saya ramen itu sama dengan romen. dia kata itu romen jahat juga buat dengan perempuan.."

celaka! lu nak tau sape "itu melayu" yang cakap macam gampang tu?

"itu melayu" ialah kawan gua, si nafsu pelik, ayan bahakodin. celaka ayan. dengan bangla pun lu nak cerita pasal benda romen2. teruk sangat da lu ni..

p/s: sape tak kenal ayan, bleh baca cerita pasal dia kat label belah kanan blog gua nih.

nama saya ramen bukan romen.

7 comments:

Muhamad A Halim said...

kah3..
lu punya lawak mmg sinikal gila..
wa suka..
oh ramen

nabila said...

hahahah..kesian bagla tu..
melayu man yg tak reti beza romen n ramen ni??
wat malu jeeeeee....
nmpak sgt otak blue gile smpai tak leh bezakan due perkataan tu

CikMelur said...

kesian ramen oh.

penjahat sungguh ayan.

*kasihan ta maksud apa-apa tau.

cacah said...

cadangkan kat ramen tu buat name tag tulis nama raman. okay sikit kut.

kesian dia.

aku pun ingat ramen mee je tadi.

fndrocka said...

ramen tukar jadi 'amen' la...nickname

hentakbelipat said...

macam siak..apasal name bangla tu ramen..tak de ciri2 kebudayaan bangla pun

she-G said...

pesal la otak asek piki situ je...elok kawen dah org y berkata itu