Showing posts with label ayan. Show all posts
Showing posts with label ayan. Show all posts

Monday, May 3, 2010

(ramen) itu melayu cakap nama saya jahat..

bleh dikatakan setiap hari gua akan isi minyak di stesen minyak petronas milik telaga qausar enterprise. stesen minyak ini terletak di jajahan gua. ah! berjuta kali gua isi minyak kat sini tak penah sekali pun tokei dia bagi minyak free kat gua. mungkin tokei dia tak suka gua. itu andaian gua.

pekerja di stesen minyak tu kebanyakan bangla. ada satu bangla tu nama dia ashik cakap melayu macam orang melayu. kalo nak ngorat takdenya pakai ayat "adik manis mahu pegi mana?" gua syak si ashik ni cakap kelantan pun dia pandai.

gua arini bukan nak cerita pasal ashik. gua nak cerita pasal rakan sekerja ashik ni. nama dia ramen. macam mana gua tau nama dia ramen? sebab kat baju dorang ada name tag. huh! baru gua tau, selain daripada cekgu sekolah, bangla pum minyak pun wajib pakai name tag.

gua kalo jumpa ramen, soalan lain takde gua nak tanya, mesti gua tanya, "dah makan belum?" 10 kali gua jumpe dia satu hari, 10 kali jugaklah gua tanya dia, "dah makan belum?" tapi nampak sangat gua menipunya jumpa 10 kali sehari, gua bukan penyuludup minyak, sampai 10 kali sehari nak pegi stesen minyak.

tapi satu hari, gua pegi stesen minyak tu macam biasa, dan orang yang layan gua jugak macam biasa, ramen. gua tengok dia tak pakai name tag aritu. ha.. ini dah menyalahi peraturan pekerja2 pam minyak yang mewajibkan setiap dari mereka memakai name tag. jadi aritu soalan gua tidak lagi berbunyi, "dah makan belum?" gua gantikan soalan wajib tu dengan soalan baru,

"asal lu tak pakai name tag ini ari?"

ah! standard orang melayu, cakap ngan cina, ikut slang cina, cakap ngan bangla ikut slang bangla. tak pernah nak berbangga guna bahasa sendiri, takde jati diri.

ramen lambat menjawap seakan menyusun ayat.

"ada melayu cakap nama saya jahat!"

gua memang tak dapat tangkap maksud nama ramen itu nama jahat. tengok muka memangla hitam, tapi takde pun nampak muka macam orang jahat. gua bertanya lanjut,

"asal nama lu jahat lak? nama lu ramen, itu mee yang naruto suka makan."

o.k, pasal naruto tu gua saje tambah. gila apa gua nak cerita pasal naruto dengan ramen si bangla ni? harian metro pun belum tentu dia tau ni gua nak sogokkan pemikiran dia dengan watak kartun naruto lak. konfem dia akan tambah pening.

soalan gua pendek je, "asal jahat lak?"

ramen jawap pantas,

"itu melayu cakap, nama saya ramen itu sama dengan romen. dia kata itu romen jahat juga buat dengan perempuan.."

celaka! lu nak tau sape "itu melayu" yang cakap macam gampang tu?

"itu melayu" ialah kawan gua, si nafsu pelik, ayan bahakodin. celaka ayan. dengan bangla pun lu nak cerita pasal benda romen2. teruk sangat da lu ni..

p/s: sape tak kenal ayan, bleh baca cerita pasal dia kat label belah kanan blog gua nih.

nama saya ramen bukan romen.

Monday, March 1, 2010

(azhan bahakodin) mengorat pesen hamjadah

ayan yang kini sudah single, dalam cubaan mengisi kekosongan jiwa, mengajak kami berjalan2 di alpha angle.

berhenti sebentar di royal sporting house kerna ternampak sorang awek yang bekerja di sana.

awek tersebut memakai name tag "trainee". huh! takde nama lain mak bapak dia nak bagi.

ayan memulakan langkah.

"dik, mana satu kasut yang new arrival?"

awek trainee memberi jawapan yang cukup rileks. kalo owner company ni tau, konfem bleh up awek ni pegi jawatan manager.

"yang ada tag "NEW ARRIVAL" tu sume kasut new arrival."

p/s: kalo camtu gayanya ayan mengorat, lambat lagi la pakcik bahakodin nak dapat menantu.

Friday, January 1, 2010

(ayan) tontonan filem mualaf bersama rakan2..

ayan bercerita pada gondol keterujaan beliau menonton filem mualaf bersama makwenya oked.

dia menceritakan bahwa antara watak utama film tersebut, rohana, bersekolah di sekolah mubaligh.

"pengetua sekolah dia indie"

kata ayan.

wow! gua pun tengok kot cerita tu, setahu gua, pengetua dia india, bukan budak indie.

Sunday, November 22, 2009

(ayan) keinginan menonton bunkface yang terbantut

ini cerita semalam.

gua suke bunkface. cakap je apa lagu dia, sume gua tau. gua boleh sing-along kalo tiba2 lagu bunkface berkumandang dicorong radio decepticon gua.

oh ya! semalam gua mau menonton bunkface di bukit bintang. teruja gua mau menonton sam yang cute tu. lupa nak bagitau, gua ada poster bunkface dipintu bilik gua.

selepas sarapan pagi merangkap makan tengah ari di restoren tepi longkang taman taming jaya, gua ajak ayan pegi menonton bunkface.

"kul 2 kita gerak."

gua bagi order kat ayan. ringkas serta mudah difahami.

ayan naik ke atas, mengunci pintu. jelas kedengaran dari bawah. ayan akan kunci pintu atas 2 sebab.
satu, kerna dia mau mandi.
dua, kerna mau bikin fone sex ngan gfnya oked. bak kata ijok, "suara oked ni bleh tahan gak!"

gua berfikiran positif berprasangka ayan akan mandi. jadi gua pulang berjalan kaki ke opis untuk bersiap2. sempat abis 2-3 lagu bunkface gua alun.

gua melepak di opis. strategi gua mudah, bila ayan sampai baru gua akan mandi. tidaklah perlu gua menunggu, biar dia menunggu gua.

pung pang pung pang apa gua wat pun gua tak tau, gua sedar2 jam sudah jam 4. ayan masih belum kelihatan. "fak!" gua mencarut dalam ati.

gua amik hp canggih, gua kol ayan.

"mana lu gampang?"

kedengaran suara stim ayan dihujung talian.

"ase kamu tak kejut aku? aku tertido."

hujan mula turun di luar.

gua hanya mampu mengucapkan,

"selamat tinggal bunkface!"

Thursday, November 19, 2009

(ayan) solat subuh yang tidak khusyuk

ketika solat subuh tadi, selepas fatihah, gua tergelak coz tetiba otak gua teringat semalam ayan kirim kat ijok gambir sarawak sampai 3 keping.

"ayan.. ayan.. liar lu ni."

celaka. tak khusyuk gua jadinya. tak pasal2 gua kena repeat subuh gua tadi.

Tuesday, November 3, 2009

(ayan) tidak keseorangan

rupa2 nya ayan tidak keseorangan di dunia yang fana ini. masih ramai lagi manusia di luar sana seperti dia.



pada newbies, tak paham? klik SINI!

Wednesday, October 21, 2009

(azhan bahakodin) janji2 sorang pencinta

cerita ayan masih belum habis.

semalam dia janji kul 1 pagi dia mau datang.

arini, kul 10.23pagi dia muncul di opis gua.

terbaik bukan janji manis yang ayan berikan?

(azhan bahakodin) orang tengah bercinta semua pendusta!

gua tengah dok kat opis. pukul 1 pagi ayan kol.

"ko katne? kete takde pun?"

gua jawap.

"ada je kat opis. kete ali pinjam balik melaka."

dia pantas menjawap.

"owh! yeke! jap lagi aku datang opis ko."

gua tunggu punye tunggu punye tunggu. skang dah pukul 2.06 pagi.

azhan bahakodin tak muncul2 lagi.

gua syak dia tengah wat phone sex ngan gf dia.

"celaka punye pendusta!"

maki gua dalam ati.

Thursday, October 1, 2009

(ayan) kucing adalah haiwan liar

tengahari tadi gua dan ayan lunch di king.

ada 2-3 van dan pajero jabatan pertanian di situ.

jam menunjukkan pukul 2.30petang.

pakcik2 tu rata2 berpakaian baju batik. oh ya! arini ari khamis.

macam2 dorang sembang, start dari eksiden langgar kura2 hingga ke topik kad kredit.

gua mengeluh tentang sikap pekerja2 kerajaan ini pada ayan.

"kesian gua tengok jabatan pertanian dapat pekerja2 camni" keluh gua.

ayan menambah rencah,

"bukan jabatan pertanian je. masa aku anta kucing aku yang sakit ke perhilitan pun camtu gak. kosong opis takde orang."

gua mematikan perbualan,

"sejak bile pulak kucing ni diiktiraf sebagai haiwan liar. kucing sakit anta jabatan haiwan la."

mood gua nak mengutuk pemalas2 kerajaan terhenti.

Tuesday, September 15, 2009

(ayan) imam baru surau desa serdang

soalan:
apakah yang akan terjadi kalo gua pegi solat isya' di surau desa serdang pukul 8.45?

jawapan:
gua akan solat berimamkan imam tak bertauliah bernama bernama mohd. azhan bahakodin tatkala makmum lain dok sebok nak mula solat terawih berjemaah.

thanks ayan!

Monday, September 14, 2009

(ayan) takde internet pun takpe

2-3 ari ni gua tengok ayan selalu sangat datang opis gua. gua memang tak kesah sangat coz gua tau dorang datang opis gua coz nak main internet. tolong budak2 gua wat keje taknak, kalo tolong pun, 5 minit je, pastu main internet sampai 5 pagi. lagi2 kulop, datang opis buat2 tanya ali, nak tengok myspace tu bukak jela, tak payah cas2 nak cari ali. memang gua cadang nak wat macam cybercafe charge dorang rm5 sejam, tapi gua pikir2 taknak bagi nampak sangat gua ni kapitalist, gua pendamkan je hasrat gua tu. kira sedekah la, dapat pahale.

tapi satu perkara memelikkan gua. kulop memang gua pasti dia selalu guna internet opis gua coz nak tengok myspace dia (orang teluk intan memang ketinggalan zaman sket, masih layan myspace). yang musykilnya datang dari ayan. pc yang selalu ayan port tu mana ada connection internet. gua sangat pasti coz ini kan opis gua.

huh! tapi cepat je gua tangkap perangai setan ayan ni. baru gua tau kenapa minatnya cenderung lepak di pc tu walaupun takde internet. pc tu harddisknya terletak sume keje2 jahat ayan yang dulu2. sebelum ni pc tu rosak, gua anta pegi repair, kembalinya pc tu bermaksud kembalilah koleksi berharga ayan selama ni.

patutlah gua tengok dia dok senyum2 tengok monitor. cis!

untuk pemahaman lanjut, klik SINI.

p/s: kelmarin gua tengok dia da bawak pendrive dia. nak selamatkan koleksi kesayangan la tu!

Wednesday, September 2, 2009

(ayan) hotpant yang tak hot

ayan kini jadi ejen penjual barangan cosmic gua di astro. kira bagus jugakla dia wat sales. 2 ari tapi sales da 500 rat lebih. gua sayang ayan.

semalam ayan bersuara.

"topshop kamu tu, budak pompuan tu belum byr lagi."

kali ini gondol ketawa gila babi. ya, dia sudah ada kawan kini.

"bukan topshop, hot pant la."

hari ini dalam sejarah. gondol membetulkan kesilapan bahasa ayan.

p/s: awek yang beli hot pant gua tu, jangan lupe mms gambar lu pakai hot pant tu kat gua. tq!

Thursday, August 13, 2009

(ayan) janji manis gf nya..

dulu2 ayan ada gf. mmg hebat gf dia. kalo nak banding ngan ayan, mcm langit bumi.
ayan time spm paper quran sunnah dgn syariah pun dapat 7. paper arab dpt 8 pun ustaz dah peluk2 sini.
gf dia champion tilawah peringkat kebangsaan. huh! taun ni tahap antarabangsa pulak. menang wang puluh2 ribu, dapat pg haji free lagi, plus dpt jadi pengacara tibi lagi. mmg kaya n glamer la.

gf ayan pernah ckp direct ngan gua.

"nnt kita blanja korang makan kambing golek kat restoren al-kuffah."

sampai la ni, jgnkan kambing, bau siput sedut pun gua tak pernah dapat.

gua positif mungkin gf ayan betul2 lupa, bknnya terjangkit dgn sifat penipu dan suka memungkiri janji dan khianat mcm bf dia tu.

huh!

p/s: ayan, gua report kat pidomat, lu tak datang kenduri akikah anak dia coz lu nak pegi piknik kat sungai congkak. lu tau la nasib lu..

Wednesday, August 12, 2009

(ayan) pengkhianat negara!

semalam sblm round2 downtown, ayan sound gua.

"besok jom pegi sogo. aku nak cr handbag utk besday mak aku ar."

gua bgn tido lmbt. kul 11 lebih. bdk2 gua sume kat melaka. itu sebab gua bgn lmbt.

gua bgn gua trus kol ayan.

"mana lu?"

jwpn dari ayan cukup menyakitkan ati.

"aku kat sogo, tgh cari parking!"

gua terus letak call cpt2 sebelum gua mencarut mcm2!

Saturday, July 25, 2009

(ayan) bapak punye pemalas

kesah dulu2.

gua tgh lpk dlm bilik gua. tingkat ats umah bujang gua. gua da nak tido. mengantuk gile. nak lelap mata je, gua perasaan lampu bilik gua terpasang. kalau nak tido mesti tutup lampu. pesanan mak gua terpacul dari otak gua.

"ayan! ayan! dtg sini kejap, gua ada benda nak bgtau ni!" gua jerit housemate gua, ayan. tgh wat aktiviti ape kat tingkat bwh, gua pun tak tau. selalu time2 cmtu, sure dia tgh download porno granny.

tekocoh-kocoh ayan dtg.

"apa hal?" ringkas dia tanya.

"tolong tutup lampu!" gua mintak tolong.

"babi!" ringkas dari ayan.

Friday, July 3, 2009

(ayan) gua bangga ustaz sidek peluk gua depan bapak gua

peristiwa ini, menurut kata ayan berlaku sewaktu dia datang amik result spm. bapa ayan, encik bahakodin b. sapar@jaafar dtg menemani.

ikuti cerita azhan.

"gua datang amik result spm dgn bapak gua. gua mmg da cuak gila. tgh jln kaki nak pg opis tu, tiba2 jumpa ustaz sidek (ustaz ajar arab tinggi) peluk gua keriangan."

"tahniah! tahniah! azhan!" kata ustaz sidek sambil memeluk gua.

gua mmg da bangga gila. bapak gua plak kat sebelah for sure bangga gila tgk seorang ustaz meraikan kejayaan anak dia.

mesti bapak gua ckp dlm ati, "bagus anak aku ni, smpai cmtu sekali ustaz dia peluk dia."

itu membuatkan gua terharu. gua xtgk result lagi tp berdasarkan reaksi ustaz yg ajar gua arab wajib paper tu gua lulus dgn cemerlang.

masa yg dinantikan telah tiba.
cibai!
arab gua dapat 8. kira lulus je. tu pun da cukup mengembirakan ustaz gua.

mesti bapak gua ckp dlm ati, "apa la anak aku ni. dapat 8 pun, ustaz peluk gila babi?"