Tuesday, June 28, 2011

Buku2 power yang boleh didapati di Pesta Buku Selangor





Setan, gua lupa nak bagitau pada sekalian hamba2 tuhan. Kalian boleh dapatkan ke empat-empat buku terbitan dan cetakan gua ni di Pesta Buku Selangor yang telah dok ada sekarang ni.

Menatang tu berlangsung di Shah Alam Convention Centre. Alah, bangunan depan Kompleks PKNS tu.

Macam mana nak dapat buku2 ni?
Lu orang pergi booth no. N22. Dari pintu masuk, kona kanan, terus sampai hujung, tengok no. N22. Dekat situ terletaknya booth FIXI, dan ke 4-4 buku ni terjual di situlah. Paham?

Kalau dah paham, bilamana datang tu bawaklah duit banyak2. Tak payahlah beli buku lain. Dorang semua tu dah kaya. Belilah buku-buku yang gua terbitkan ni.

Petak tu baru je masuk U nak pakai duit banyak.
Nizamsani pulak dah berapa tahun dia tak naik gaji.
Aloy Paradoks memang semua maklum lah, dari dulu lagi tak pernah ada duit.
Rokes tu pulak, lu orang tengok la Pipi tu, berapa sen sangat duit dia dapat jual burger tu.

So, orang-orang macam ni lah kita kena tolong. Bukan orang macam Sufian Abas tu, rumah pun dok rumah sendiri. Kaya tak kaya lah.

Jangan lupa ye, datang dan beli. Supportlah mereka-mereka ini dalam meneruskan hidup.

Bisnes Kadku Untukmu

Senjata untuk bertarung di Sungai Petani dan akhir sekali di Kuala Lumpur.

Yeah!

Telur Ayam Berbentuk Bujur dijumpai di Melaka. Ah, pelik apa? Monorail Melaka tiket RM20, itu lagi pelik!

Telur ayam berbentuk kapsul dijumpai di Melaka - Malaysiakini

Gua tengok sekarang ni Malaysiakini ni dah nak jadi Metro dan Mastika.

Suka letak cerita pelik2. Kejadah apa?

Gua kalau nak tengok cerita pelik2 gua bukak blog Mazidul 999 tu. Sekarang ni dia dok sibuk cari hantu, bosan gamaknya dok cerita pasal Mat Rempit je.

Gua harap, lain kali cerita2 macam ni biar jelah Mastika dengan Metro kaver. Tak payahlah Malaysiakini pun nak sibuk2 sama. Macam gampang tau tak? Macam gampang.

Ibrahim Ali dan KJ akhirnya bersama

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menolak kemungkinan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mana-mana penganjur perhimpunan haram pada 9 Julai ini."

Nampaknya KJ boleh lepak satu sel dengan Ibrahim Ali lah.

Wow! Harap2 lah KDN betul2 buat apa yang dia cakap ni. Betul2 berharap ni.

Monday, June 27, 2011

Saya kini seorang Guru

Hari Jumaat yang lepas gua bertolak je JB untuk Sesi Berkongsi Pengalaman gua dekat Hotel Naza. Event tu hari Sabtu.

Hari Sabtu tu, gua punya slot jam 3.30 petang. Gua pung pang pung pang, sampai pukul 5.

Abis je program kat JB, gua terus shoot pergi Kuantan ikut jalan Yong Peng - Labis - Segamat - Muadzam Shah - Pekan dan selepas 5 jam gua tiba di Kuantan, Pahang untuk program keesokan harinya.

Tadi, jam 3 gua pung pang pung pang sampai pukul 5, dan baru je tiba ke tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain gua ni. Ya, sangat meletihkan.

Tapi gua sangat2 lah seronok dengan apa gua buat sekarang ni. Sekarang ni gua jadi cikgu. Bukan cikgu sekolah, tapi cikgu mengajar makcik2 dan pakcik bikin produk mereka sendiri.

Benda ni gua rancang dari tahun lepas nak buat tak buat2 jugak. Setan apa? Tapi 2 hari ini gua berjaya merealisasikan impian gua sekian lama ni. Ya, best nak mampos! Terima kasih tidak terhingga pada Nizzura yang tolong gua. Kalau lu orang nak belajar "Bagaimana nak jadi Usahawan Internet yang Power", lu orang search: Nizzura dekat fesbuk. Dia akan ajar lu orang. Itu kalau lu nak jadi Usahawan Internet la. Kalau lu nak jadi penulis blog keji, lu cari: Nik Adam Ahmad. Kalau nak jadi setan, cari: Firdaus Abdillah Hamzah. Takpun: Sufian Abas.

Gua sekarang kena kurangkan bercakap kata2 kesat sebab benda tu terbawak sekali dalam sesi pung pang pung pang gua. Berapa kali gua terlepas cakap "babi, celaka, mampos" dan mujur gua tak keluar "gampang dan sufian abas setan." Mujur. Mujur sangat2.

O.k, kalau ada siapa2 nak mintak gua ajar, macam mana nak buat produk jenama lu orang sendiri, jangan segan2 nak kontek Cikgu Luca. Gua ajar free je. Serius.


Gua punya posing senget2 tu memang gua tak berkenan, setan betul! Baju gua pun dah mengecut, itu lagi satu setan!

Pakai baju salah, bogel takpe pulak

Polis menahan lapan lelaki di Taman Kosas, Ampang pagi tadi kerana memakai baju berwarna kuning yang bertulis "Bersih 2.0" dalam tulisan jawi.

Abang2 polis ni dah takde kerja sangat gamaknya, sampai orang pakai baju pun nak kena tangkap.
Gua tak tahu pulak sekarang ni ada undang2 melarang kita memakai baju. Kalau tak, malu lah gua wei. Gua punya badan dah tak berapa sasa sekarang ni.

Gua harap abang2 polis yang tengah takde kerja sangat tu, datanglah tempat gua ni. Banyak sangat dah pendatang haram. Siap bukak restoran lagi.

Ke jadi pendatang haram ni lagi o.k dari jadi orang pakai baju kuning?

Gua selalu terbaca yang ZZ pernah kena tangkap dengan orang Pekan dekat PD, betul ke?

"Najib, saya tahu apa kamu buat di PD."

Kalau tahu, cakaplah je Bang Nuar oi.

Nak tunggu apa lagi? Sah2 la yang Najib tu takkan sokong lu sampai bila2. Ke lu tengah tunggu dia offer lu masuk Ameno balik?

Keluarkan Bang Nuar dari Ameno tu senang. Nak keluarkan Ameno dari Bang Nuar tu yang payah.

Rashid Maidin VS Che Guevara

Ketiga-ketiga baju kat atas ni, member gua yang cetak. Nama member gua tu Sulaiman Ibrahim, satu2nya ahli PSM negeri Kelantan.

Gua tak tau dia sama2 kena tangkap ke tak, tapi yang gua tau ini kerja bangang.

"Beliau berkata ini berdasarkan pelbagai barangan yang dirampas polis daripada aktivis berkenaan dilihat mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM).

"Antaranya risalah dan baju T yang tertulis nama Chin Peng, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah, kesemua mereka ini mempunyai kaitan dengan PKM," katanya kepada pemberita di Kepala Batas hari ini."

Itu kata mereka. Yang gua tak paham kenapa polis tak tahan langsung mana2 mamat2 dan minah yang pakai baju Che Guevara. Polis ingat Che Guevara tu ustat sekolah pondok dekat Kepala Batas ke apa?

Itulah, pakai baju Rashid Maidin, tak o.k, dia komunis. Pakai baju Che Guevara o.k, dia ustat dekat Kepala Batas.

Baguih dok ada!

Saturday, June 25, 2011

Abang Nara abang dimana, hatiku resah mengenang dikau!

Ada kawan gua, Nik Adam, bukak satu blog tak maruah, demi mengejar glamour dan wang.

Benchmark dan idol dia mamat dalam video dekat bawah ni. Mamat ni katanya dapat ratus ribu setahun.

Tapi lepas gua tengok video kat bawah ni, gua rasa, susah juga jadi blogger famous dan banyak duit ni. Boleh mengidap penyakit bangang.



"Hamba tak gentar, datanglah komunis datanglah Jepun."

"Jepun dan komunis datang dengan M16."

Banyak sangat tengok cerita Rambo dan Amerika. Asal jahat je Komunis dengan Jepun. Bangang!

Gua harap Nik Adam tak terjebak jadi macam mamat ni.

Friday, June 24, 2011

Gila Babi #2

(untuk mata2 yang rabun, sila klik!)

Zine Gila Babi No.1 telah habis di jual di KLAB 2011 yang lalu. Tak kiralah orang kata sebab zine ini murah je ataupun print sikit je, dan niat utama buat Zine Gila Babi ni pun bukan nak untung.

Sebab musabab gua buat Zine Gila Babi ni ada gua tulis di page satu zine tersebut. Ya, zine tersebut sudah habis dan tidak akan diulang cetak. Dekat gua pun ada satu je. Ada juga para penyumbang yang tak sempat nak beli. Gua dah e-mel semua penyumbang tapi seorang je yang reply balik. Biasalah tu.

Untuk no. 2, gua harap lebih ramai akan menyumbang. Jika kalian mahu menyumbang, tak perlulah tulis panjang2. Busuk2 pun lu orang bajet2 lah tulisan lu orang tu muat 2 page saiz A5.

Untuk No. 2 ni juga guna nak buat ikut TEMA. TEMA untuk No.2 adalah, Waktu Kecil Saya / Waktu Kanak2. Tulislah apa pun, tak kiralah pasal siapa pun, jadilah kreatif sikit, berfikirlah di luar kotak sedikit dan kalau o.k, gua akan masukkan dalam Zine Gila Babi No.2.

Zine Gila Babi No.2, gua akan jual di KLAB. Jadilah tulislah, lukislah, photoshoplah, merepeklah apa sahaja berkenaan WAKTU KECIL SAYA / WAKTU KANAK2 dan emel segera ke:

dubookpress@gmail.com

Karya yang terpilih akan kami maklumkan melalui emel. Selamat menulis dan moga kalian semua bahagia selamanya.

Thursday, June 23, 2011

Naib ketua pemuda PAS yang bangang!

"Bagi Raja Ahmad, PAS melihat kegagalan ADUN berkenaan menyarungkan songkok dan berbaju rasmi persidangan adalah kerana gagalnya Umno dan BN dalam mendidik rakyat bagi memahami budaya adat resam orang Melayu dan agama Islam di negara ini."
Raja Ahmad Al-Hiss adalah naib ketua Pemuda PAS.
-sumber Malaysiakini.

Ini memang bangang! Orang lain pun benci Umno juga. Amri Ruhayat, penyokong kuat Umno tu pun kadang2 kutuk Umno jugak, tapi takdelah nak salahkan Umno serba serbi.

Bangang apa, sebab ADUN DAP tak pakai baju rasmi dengan songkok tu pun nak salahkan Umno?

Betullah orang cakap, BN menang bukan sebab dorang kuat, tapi sebab Pakatan Rakyat bangang nak mampos! Gua harap Mat Sabu tukarlah mamat ni, baik ambil Bob Lokman je la.

Monday, June 20, 2011

Falsafah Percetakan - Disebalik Tabir ROKES

Hari ini gua nak ajar sedikit sebanyak ilmu tentang percetakan.

Syarikat percetakan yang kodi, biasanya amik masa sampai 2 minggu untuk siapkan sebuah buku yang solid. Yang power sikit amik masa dalam 5 hari. Ya, 5 hari.

Untuk mencetak sesuatu perkara, mula2 kita kena ada benda yang nak dicetak. Benda ni biasanya di sediakan oleh pelanggan. Ingat, gua tukang cetak bukan designer, kerja gua hanya mencetak. Selagi designer tak bagi file yang dicetak tu, selagi tu gua takleh buat apa2. File tu pulak, biasanya diberi dalam format PDF.

Babi, malas pulak gua nak tulis panjang lebar.

Gua ringkaskan.

1 hari - untuk cek file, kot2 file yang designer bagi tu tak ngam, kena mintak file lain. Ingat, gua pencetak bukan designer. Kalau ngam, kena print semua tu dulu, tengok susunan dia macam mana, tunjuk pada pelanggan, takut2 ada salah.

1 hari - buat plate untuk cetak. mencetak secara offset memerlukan plate bukan cetak macam pakai mesin cetak deskjet lu orang tu. Plate ini pulak bergantung kepada size dan juga nak pakai berapa kaler, lagi banyak kaler, lagi banyak plate kena buat. Saiz dan kuantiti juga memainkan peranan, ini menentukan gua nak jalan cetakan ini pakai mesin apa dan berdasarkan plate ini juga, gua baru dapat tahu saiz kertas yang gua kena beli.

1 hari - jika kertas yang dibeli ada stok, kerja percetakan pun bermula. Jika takde, kena tunggu takpun cari ditempat lain. Paper dah ada, plate dah siap, bolehlah proses percetakan itu bermula. Kalau pakai mesin besar, cepatlah dia siap, kalau pakai mesin kecik, lambatlah dia siap.

1 hari - proses pengeringan. Kalau tak cukup kering, kaler tak naik. Kalau tak cukup kering, tak boleh lipat dan binding. Kalau lipat dan bind juga masa ink dia tak kering, proses binding akan menjadi tidak lancar.

1 hari - finishing. Selalu ini untuk kulit depan. Sama ada nak laminate pakai gloss laminate (berkilat) atau matt laminate (pegun).

1 hari - lipat dan binding. Ini paling setan. Tak semua kilang percetakan ada perkhdimatan ini dan gua kena hantar kat tempat lain untuk proses ini sahaja. Tokei dia macam celaka, kadangkala gua kena bayar cash, baru kerja gua dia buat dengan cepat dan boleh potong que. Kalau tak, kena ikut turn, dan turn tu bukan gua yang tentukan. Setan setan setan.

Sekarang lu orang kira, berapa hari diperlukan untuk menghasilkan satu buku. Kira elok2 dan lu orang akan dapat 6 hari. Kali ni tolak sehari sebab gua jarang buat finishing pada buku atau zine yang gua cetak, so total 5 hari.

O.k, gua harap semua dah maklum dan paham sedikit sebanyak mengenai proses percetakan.

Kita berbalik pada hal ROKES. ROKES ini ada 64 pages dan full color dan dicetak ribuan copy.

Untuk makluman semua, gua dapat file ROKES ini pada hari Khamis, 16hb Jun 2011, 2 hari sebelum pelancarannya pada Sabtu, 18hb Jun 2011.

Hari Khamis tu, file tu salah setting dan gua kena betulkan untuk kesemua 64 page design tu, dan pembetulan itu gua baru nak buat pada hari Jumaat, 19hb Jun 2011, sehari sebelum pelancaran. Ingat, gua pencetak bukan designer.

Ingat juga ya tuan-tuan, syarikat percetakan yang power sikit, memerlukan 5 hari, di ulang, 5 hari untuk menyiapkan sesebuah buku. Kalau ROKES itu dicetak di syarikat percetakan yang power sikit, 24hb Jun 2011, yakni Jumaat nanti baru lu orang boleh dapat tengok ROKES.

Tapi ini, PERCETAKAN MUTALIB UTHMAN, bukan syarikat percetakan biasa2. Gua berjaya siapkan ROKES tu dalam masa 10 jam sahaja. Gua nak ulang sini:

10 JAM!!

dan PERCETAKAN MUTALIB UTHMAN memang power power power.

So, siapa yang nak salahkan gua dalam hal ROKES lambat siap tu, sila baca entry ni, paham betul2 falsafah percetakan, dan akuilah sama ada secara lisan atau dalam hati yang,

PERCETAKAN MUTALIB UTHMAN POWER POWER POWER!

P/s: Gua harap ROKES dapat habis dengan segera sebab gua dengar PIPIYAPONG dah bertungkus lumus menyiapkan ROKES #2, kalau #1 tak abis, jangan harap gua nak bagi dia keluarkan #2.

P/s: Oleh sebab dicetak oleh syarikat percetakan yang power power power, ROKES tu pun memang power. Gua jamin lu orang akan puas hati.
Bagaimana nak beli? SILA KLIK SINI!!

Friday, June 17, 2011

KLAB 2011

Buku dan Zine yang akan di jual besok.

1. Petak oleh Petak Daud
2. Catatan Nizam Sani
3. KAU - Aloy Paradoks
4. Republik Kutu - Storm Kitchen
5. Gila Babi No.1
6. Ada Kaki Di Kuala Lumpur
7. Ajensi Perisikan Cinta

dan gua mintak kita semua pakat doa ramai2 agar

8. ROKES

siap dan boleh dijual besok.

Amin!

Artis Bangang!

Orang nak jadi askar, dia pun nak jadi askar.

Orang lain jadi askar pakai boot, dia jadi askar pakai heels.

Macam ni nak pertahankan negara? Poodah!

tq KJ.

Thursday, June 16, 2011

Cara-cara membeli Rokes

Gua rembat dari blog setan yang direjam.

Hai semua. Diharap anda sihat walafiat dan begitu bersemangat menempuh ranjau di tanahair sendiri.

Tujuan gua menulis surat ini adalah untuk memaklumkan bahawa ada beberapa cara untuk membeli Rokes iaitu sebuah majalah stailo separa underground ini.


Rokes #1
64 muka surat
RM6
RM6 + 1 (pos biasa)
RM6 + 3.50 (pos laju)
Temuramah bersama: Jamal Muhamad, Azrafe Zaky, Rahimin Idris dan Jhon Zulkifli
Artikel oleh: Pyanhabib, Sinaganaga, Din Akar, Bentara, Lucius Maximus, Alpha Kotey, Dr Ismail dan banyak lagi!



1. Jika anda seorang pengguna khidmat perbankan online, wawasan 2020 dan segalanya bermula di jari anda, anda memang power dan smart. Buat saja pembayaran melalui perkhidmatan itu dan kemudian cepat-cepat isi borang ini. Semasa melakukan urusan dengan pihak perbankan itu, jangan lupa untuk meletak e-mel penerima bayaran iaitu rokesmail@gmail.com supaya pihak Rokes mendapat e-mel pemberitahuan dari pihak bank sebagai bukti pembayaran.

2. Jika anda tak into 'scene' bank online dan main terjah bayar pakai mesin ATM/mesin deposit tunai, anda pun steady juga sebab masih memiliki akaun bank. Namun begitu selepas membuat pembayaran di mesin itu anda perlu mengirim bukti pembayaran anda iaitu resit urusan anda itu. Untuk mengirim resit pakai pos adalah iblis jadi sila tangkap gambar resit atau scan dengan jelas kemudian e-melkan kepada kami di rokesmail@gmail.com. Kemudian cepat-cepat la anda mengisi borang ini.

3. Gua tahu ada dalam kalangan anda yang anti bank. Gua hormati prinsip hidup begitu. Bagi kutu-kutu yang anti bank, cara anda lebih steady. Kirimkan kepada gua sampul surat saiz A5 beralamat sendiri yang bertampal setem RM1 bersama-sama wang tunai (kertas) RM6. Kalau anda cuma anti bank tapi tak anti kaunter Pos Malaysia, anda boleh juga menggunakan Money Order atau Postal Order bagi menggantikan duit tunai. Pastikan nama yang ditulis pada Money Order/Postal Order bukan nama tak senonoh. Tulis nama penuh gua iaitu Firdaus Abdillah B. Hamzah @ M Hashim atau kalau tak yakin nak menulis nama gua yang power ini, tinggalkan ruangan itu kosong. Alamat gua adalah berikut:

Firdaus Abdillah
9-1B Jalan Ukay Perdana 1/2
Ukay Perdana
68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan

4. Dan gua tahu ada juga yang anti serba-serbi. Jenis anti bank, anti borang, anti penswastaan pejabat pos dan anti segalanya masih boleh membeli Rokes. Gua cadangkan guna burung merpati. Kelajuan burung merpati lebih kurang 90 hingga 110 kilometer sejam mengikut jenis baka. Baka racing Belgium gua dengar cerita laju dan ramai budak budak 'scene' merpati Taiwan cari. Kalau nak tahu yang mana satu baka racing kena tengok dia punya mata, bentuk kepak, rangka dan susur galur keturunan. Ah pandai pandai lu orang la.

5. Ya, ada juga yang ingin membeli secara depan-depan kerana mungkin ingin melafazkan akad jual beli. Bagi pembeli sedemikian, anda boleh membeli dengan cara begitu di:

- KL Alternative Bookfest 2011 di Annexe, Central Market pada 18 dan 19 Jun ini.

- Stall burger Rokes bermula malam hari selasa 21 Jun ini

- Pusat jualan selebihnya akan diberitahu kelak

6. Sekian saja surat gua pada hari ini. Gua harap semua jangan malas dan jadilah orang yang sentiasa berusaha justeru berani mencuba sesuatu yang baru. Terima kasih.



Notarokes: Gua tahu akan ada juga yang tanya lagi lepas ni walaupun gua dah cerita panjang sini.

Almari Puaka

Ya, gua bangang sebab upload benda bangang ni dekat Youtube selaku video yang pertama.

Tetapi bak kata orang2 tua, kalau tak mula tak tahu. Ye dok?

Dulu2 time pakai henpon sabun, video macam ni berlambak gua dan kawan2 gua dok buat. Sekarang time dah pakai kamera ni, takde pulak rajin nak buat video lagi. Setan sungguh.



Terima kasih pada makwe tercinta, Haan Yusoff dan Ismail Othman.

Tuesday, June 14, 2011

Majalah Rokes

Tiap kali gua buat kerja dengan Pipi dia akan cakap "gua tahu kerja gua", kalau dia dah cakap macam tu, gua malas nak ambik port walaupun gua tahu sangat, dia tak tahu pun kerja dia, tak pernahnya siap. Rokes ini misalnya, memang satu kerja gila babi. Bukan sebab power ke tak, tapi sebab benda ni baru hari ini nak print dan nak launch pulak ari Sabtu ni. Nak print full color, banyak copy dalam masa 3 hari.

GILA BABI LA!

Percetakan Nasional Berhad pun belum tentu boleh buat kerja gila macam tu.

Tapi, tidak untuk Percetakan Mutalib Uthman. Kami sudah biasa, lagi2 pulak hendel customer macam Pipiyapong. Duit takde, bagi fail lambat tapi nak siap cepat. Celaka apa? Bila dah kena macam tu, gua yang terkejar ke sana ke mari buat kerja, dorang dok dekat rumah dengar lagu. Setan!

ROKES ini berbaloi untuk di tunggu. Gua belek-belek tengok file dia, power nak mampos dan Thom memang tau kerja dia. WALAUPUN lambat macam setan!

ROKES ini dijual RM6. Full color beb! dan walaupun takde langsung cerita gua dalam Rokes ni, jangankan cerita, kredit kat gua pun haram takde macam kes buku lama jugak; takpe, orang memang biasa lupakan gua, gua paksa lu orang beli ROKES ini.

Satu karya yang sangat marvellous dan sangat berbaloilah lu orang tunggu benda ni dari bulan Februari.

Good job dan good dog pada Pipiyapong dan Thom dan sedikit ucapan, "kalau lu tak boleh jual 500 copy time KLAB 2011, memang gua jual stall burger Rokes tu.."

Kat bawah ni, gua tunjuk la sehelai daripada banyak2 helai ROKES tu, kolum tetap Osman Tikus bercerita pasal tempat lepak yang hip dia ibukota. Cekidaut!

Zine Gila Babi #1


Siap jugak akhirnya Zine Gila Babi No.1 ni. Ini pertama kali gua buat zine. Dalam ini ada karya campur2, penyumbang ada 17 orang.

Nak tahu kenapa gua buat Gila Babi ni? Belilah Gila Babi ni dekat KLAB 2011, Sabtu ni je, dalam tu gua ada tulis kenapa gua buat Gila Babi ni dan kalau lu orang adalah penulis, tak kiralah penulis blog ke, penulis batu nisan ke, gua jamin, pasti lu orang akan happy.

Beli jangan tak beli!

Monday, June 13, 2011

KAU!

No. 1
No. 2

No. 3


Gua sekarang ni tengah kemaruk design buku dengan zine.

Sangat2 kemaruk.

O.k antara 3 tu, mana yang o.k, kalau lu orang kata2 3-3 tak o.k, sila pergi isap dadah. Itu je pilihan yang ada.

Jangan lupa, dapatkan juga menatang ini di KLAB 2011. Harga belum ditentukan lagi.

Cetakan pertama dan tak akan diulang cetak lagi.

Sunday, June 12, 2011

Tiba2 gua terasa nak pakai BMW X6

Entah mana datang, tiba2 gua rasa gua nak beli kereta ini.

Kereta ni kalau baru harga dia paling murah RM 698,800. Kalau yang 2nd hand pulak dalam RM 480,000.

Kita amik 10% la untuk bayar deposit. RM48 000.

Gua nak beli kereta ni pada 2 Januari 2013. Hari Rabu. Yelah, 1hb tu kan cuti.

Ini bermaksud gua ada 18 bulan lagi. O.k, gua nak start kumpul duit bulan Oktober, sebab bulan Ogos puasa dan bulan September raya. Maksudnya gua ada 15 bulan untuk kumpul duit RM48 000 untuk bayar downpayment kereta.

RM48 000 bahagi 15 bulan bersamaan RM3200 sebulan.
RM3200, banyak ni gua kena siap dalam tabung setiap bulan untuk membuat mimpi gua jadi realiti.

Tempat beli pun gua dah tau. Gua nak beli kereta ni dekat Ingress Auto, dekat Kg. Sg. Penchala tu sebab nak tolong melayu. Itu kalau gua beli baru la. Tapi kalau beli yang lama, gua usha2 dekat lelong.com dengan mudah.my je..

Itu untuk bayaran deposit. Sekarang ni gua masuk pulak bayaran bulan-bulan.
Gua amik kira harga kereta itu adalah RM480 000. Loan gua nak buat sampai 7 tahun. Gua letak la interest dia 4% walaupun gua tau kalau beli BMW lagi rendah.

Berdasarkan data itu, gua kira2, sebulan gua kena bayar sebanyak RM6561.03 sebulan selama 7 tahun. Peh! Ini bermaksud start bulan 10 nanti gua kena bekerja keras dan gigih. Mana ada orang senang tapi tak kerja kan? Anak Najib pun dok gigih buat Ekspo Belia.

Kesimpulan:

Tarikh Beli: 2 Januari 2013
Harga: RM480, 000
Deposit (10%): RM48, 000
Tabungan setiap bulan (selama 15 bulan) : RM 3, 200
Bayaran bulanan kereta bermula 2 Jan 2013 sampai 2 Jan 2020 (wow! wawasan 2020, patut dah ada kereta terbang tapi gua dok pakai kereta atas jalan raya lagi) : RM 6, 561.03

Moga gua dirahmati dan diberkati tuhan!

Amen!

Saturday, June 11, 2011

(Catatan Nizam Sani) Buku untuk orang yang malas membaca!

O.k, gua dah siap menyusun atur buku ke-3 terbitan DuBook Press, kompeni penerbitan buku paling power di dunia, milik gua dan Firdaus Abdillah Hamzah, si setan yang menjual burger.

Gua rasa buku Catatan Nizam Sani akan jadi buku teringkas dalam sejarah buku Malaysia.

Nipis pulak tu.

Berapa ragok gua nak jual ni?

Setan.

Friday, June 10, 2011

Tali pinggang keledar

Lain kali masuk je kereta, terus pakai tali pinggang keledar.

Takdelah berdebor sangat kalau tiba2 kereta polis ada dekat sebelah time atas jalanraya.

Celaka betul!

Thursday, June 9, 2011

UYA! untuk diberi percuma

Gua sedang kira-kira nak menutup UYA!, antara benda yang gua paling sayang di dalam dunia ni.

Gua buat kedai tu dari bar huduh seperti ini,


hinggalah ke kedai baju yang power seperti ini..

Gua tutup sebab gua rasa gua perlu beri penumpuan pada benda yang lebih penting dalam hidup gua. Alah, Fesbuk lagikan gua tutup, inikan pulak kedai.

Tapi, ada tapinya.. kalau ada antara kalian yang berminat nak teruskan legasi gua ni, gua amat alu-alukan. Gua bukan nak jual tapi sesiapa yang berminat tu, lu orang boleh duduk terus dekat UYA! ni. Teruskan apa yang gua dah mulakan.

Ya, ini peluang hebat untuk sesiapa yang bercita-cita nak ada kedai sendiri. Ni gua nak bagitau apa yang lu orang dapat save:

1. Deposit - bagi yang nak start bisnes, perlukan duit yang banyak untuk deposit. Busuk2 RM6ribu ke atas. Kalau lu orang amik UYA! ni, se sen pun deposit lu orang tak perlu keluarkan.

2. Rak2 - gua dah ada rak yang dibuat dari pine wood. Rak2 itu semua sangat cantik.

3. Lampu - lighting UYA! ni memang gua setting ala2 The Loft.

4. Lesen MPSJ - UYA! dah ada semua itu. Tak perlu berbulan2 untuk tunggu MPSJ approve. Sekali dengan lesen signboard taw.

Ada banyak lagi tapi tiba2 gua malas pulak nak menulis. Untuk UYA! ini, lu orang hanya perlu bayar sewa sahaja bulan2. Lain2 dah ada dah pun. Astro pun ada, Wi-Fi pun ada, berus jamban ikea pun ada.

So, gua rasa peluang sebegini datang sekali dalam hidup orang2 yang teringin sangat nak ada butik baju sendiri. Lagi satu, kalau kalian tak tau nak amik baju dekat mana pun, gua boleh bagitau. Yelah, mestilah gua nak UYA! ni terus maintain power.

Gua buka peluang ini, bagi yang betul2 berminat sahaja. Bagi setan2 yang terdetik hati nak menipu gua, saja2 nak tanya, tak serius, gua nasihatkan awal2, "sila pergi makan taik dan mati!" Gua sekarang ni sangat bz untuk melayan benda taik lain. Gua garang. Ingat itu.

Gua tawarkan benda ini bagi yang betul2 berminat sahaja. So, kalau ada sesiapa yang berminat, kata kunci di sini adalah MINAT, MINAT paham? Benda ni pun kena seseorang buat tu secara full time, bukan part time, bukan upah orang atau suruh hantu raya jaga.

Oleh itu, bagi yang BERMINAT nak amik alih UYA! ni dan buat secara FULL TIME, silalah emel gua di: lucadeketiak@gmail.com atau call PA gua di talian 017-3320943, seorang minah bernama Azian akan angkat dan lu orang tinggal je pesanan kat minah tu cakap lu nak meeting dengan gua.

Cakap banyak pun tak guna, yang gua berani jamin, peluang hebat ini takkan datang banyak kali. Gua berani kerat tangan!

Wednesday, June 8, 2011

(Express Dania) equal pig!

Cerita Ekspress Dania ni adalah cerita paling babi gua tengok dalam minggu ni.

Cerita ini sesetan sinetron2 indonesia dan juga cerita Filipino yang berlambak dalam Astro dan TB3 tu.

Gua harap mereka semua masuk neraka!

(Catatan Nizam Sani) Buat Layout

Gua baru nak mula buat layout untuk buku Nizam Sani ini.

Selaku King of InDesign, gua harap dua dapat siapkan benda alah tu dalam masa 2 jam sahaja. Kalau tak siap, memang setan, sebab gua banyak lagi kerja nak buat.

Besok pagi2 buta gua nak pindahkan kucing. Kucing gua tu dahlah gemuk macam Po, Kungfu Panda. Serius weih!

Lagi satu, gua harap mulai besok, lu orang semua tanamkan sifat ingin membantu bumiputra dengan membeli majalah Mingguan Wanita, kulit depan dia gambar Ahmad Idham, dan sila beli barang2 gua yang gua jual dalam majalah berwarna merah itu. Bantulah gua meneruskan hidup gua. Takkan nak harap Sufian Abas sara hidup gua? Setan apa?

(X-Men) Review

Semalam saya pergi tengok filem X-men.

Saya duduk sebelah Sufian Abas.

Cerita itu sangat seronok tapi yang tak seronoknya sebelah kanan saya Sufian Abas. Sufian Abas kedekut, sebelum tu dia tak belanja pun saya makan nasik dekat Restoran Sambal Hijau. Mujur saya ada 16 ragok dan saya makan pun ngam2 16 ragok.

Tapi kan, lepas makan tu Sufian Abas belanja makan mangga potong letak serbuk asam. 1 ragok je. Eleh, kalau 1 ragok bolehlah dia bayar.

Oh berbalik kepada X-men, ianya mengenai bagaimana Charles Xavier dan Erik (bukan Erik Leong) mula2 boleh jadi baik dan jahat. Pada gua yang setan sebenarnya adalah manusia. Pantang tengok manusia pelik sikit, mula lah nak hukum itu ini. Tengok macam gua, walaupun Sufian Abas tu macam orang terencat, gua terima je dan berkawan dengan hati terbuka. Lagipun nanti2 gua nak dok satu rumah dengan dia. Dah la dia bagi gua bilik yang takde bilik air. Sial betul.

O.klah, sampai sini review saya.

(Kasino) Pertandingan Menulis Cerpen

Gua dah join pertandigan menulis cerpen anjuran FIXI.

Semenjak gua tutup fesbuk ni, susah jugak gua nak berkomunikasi dengan orang lain.

Gua tau pasal pertandingan ni, Vovin yang kabor dan Nik Adam yang ingatkan. Dia cakap baru 3 orang hantar cerpen. So, bila gua dah hantar ni, yang lain2 tu kira buat cukup syarat je lah. Ye dok?

Gua tak tau sangat pasal hadiah dia. Yelah, nak tengok Fesbuk FIXI pun tak boleh. Tapi gua harap hadiah dia berupa ruang kedai, sebab gua tengah berkira-kira secara serius untuk pindah UYA! tu keluar dari SS15 tu. Nanti gua akan tulis panjang lebar pasal UYA pulak ye.

So, gua harap bulan ni gua boleh menang 2 pertandingan. Selangorlicious dan Kasino ni. Amin ya rabbal alamin.

Tuesday, June 7, 2011

Deaktif Fesbuk

Gua dah deaktif fesbuk gua. Rimas gua dok kat sana. Apa pun tak boleh.

So, kalau nak kontek gua jugak, sila emel gua ke:

lucadeketiak@gmail.com

Sekian.

Thursday, June 2, 2011

Syd Jamal VS Adinda Milano Evans'

Kalau lu orang tak kenal Adinda Milano Evans', lu orang memang jenis kera sumbang, tak bergaul masyarakat dan tak 1Malaysia.

Heboh pasal minah ni dan maruh dirinya sampai gua pun teruja nak tahu. Babilah, macamtu punya tulisan pun dah dapat 1000 komen. Sah, orang melayu memang banyak keyboard warrior dan bangang tak bertempat. "care + sin + taubat = masih ada peluang " untuk minah tu, bak kata Firdaus Abdillah Hamzah. Apa? Firdaus Abdillah Hamzah pun lu orang tak kenal? Dia setan, itu je gua nak cakap.

Bila gua tengok balik pasal
kes Adinda Milano Evans', gua teringat pada buku yang gua baca malam tadi. Buku kaler pink. Buku ni gua curi. Moga tuhan ampunkan dosa gua, ya, gua tahu mencuri itu berdosa dan jangan ada sesiapa yang nak poyo2 komen suruh gua bertaubat dan tulis "care + sin + taubat = masih ada peluang " dekat sini, siang2 gua cakap "eat shit and go die!

Gua bandingkan buku ni dengan entry
Adinda Milano Evans' di blognya. Kalau Adinda Milano Evans' tu semua pejuang jihad papan kekunci tu kata "masuk nerakalah kau!", gua percaya mereka pasti akan rasa yang penulis, penerbit dan pencetak buku pink ini juga patut masuk neraka. Neraka paling dalam. Neraka Wil. Tak cukup dengan itu, penerbitnya pula dijadikan bahan bakar api neraka kerna menerbitkan buku sesetan ini. Gua berani bet.

Buku ini adalah berdasarkan kisah benar. Kisah yang betul2 benar dan Syd Jamal (bukan nama sebenar) dalam buku ini kerja dia main, hisap dadah, minum arak, main, main, main, kerang, karipap, main. Main? Kalau lu orang tanya apa itu "main", plz, jangan jadi bangang dan gua rasa lu pun patut masuk neraka bersama dengan penulis, penerbit, pencetak dan Sufian Abas. Tak kenal Sufian Abas? Dia lah orang yang akan mengheret lu orang semua ke neraka paling dalam bersama-samanya. Alangkah malangnya.

Dapatkan buku ini dan lu akan rasa Adinda Milano Evans' tu biasa-biasa sahaja orangnya. Percayalah!

P/s: Lepas baca buku ini, sila tonton video Bob Lokman dan Sham Kamikaze untuk menyucikan diri kalian.

P/s II: Dear setan, nak tau lebih lanjut pasal buku itu pergi like fesbuk dorang. Ataupun, tanya pada bedebah ini di sini.

P/sIII: Tolong jangan tanya bukan2 pada bedebah itu, contohnya "kenapa awak tergamak terbit buku macam ni?" atau "kenapa awak tak hensem?", dia ni seorang sensitif. Sila jaga hati dan perasaannya.

Kah Kah Kah Kah!

Ucaplah Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah. Selawat ke atas Nabi Muhammad Ya Rasullullah!

Sila dengar lagu Raihan untuk lirik selanjutnya.. ewah!!

P/s: Siapa2 nak berjalan pergi oversea tu, jangan lupa ajak gua.