Saturday, October 31, 2009

(aar) gua bergantung pada gondol

malam kang gua pegi konsert AAR ngan gondol.

gua masih tak study lagu2 dorang.

camne nak sing a long.

gua harap gondol boleh tolong gua.

gondol nyanyi. gua miming aje.

meor pasti suke tengok gondol nyanyi.

terbaik!

Friday, October 30, 2009

(tnb) sape bayar gaji orang2 tnb ni ek?

serius jawapan dari mamat tnb tu memang sangat menyakitkan ati. gua syak memang ayat jawapan "dorang2" ni sepesen je.

(gua) cekgu gua yang terbaik

dulu gua punye pr, serius gua cakap macam gampang.

nak mintak maap ngan orang? jangan harap.

nak cakap ngan gua? sila datang jumpa gua, gua takkan pegi jumpa sape2.

so, oleh kerna tidak berterusan mahu menjadi poyo dan gampang, gua cuba belajar menjadi orang budiman.

gua berjaya.

kini gua rasa kebudiman gua makin terpesong. mungkin sebab gua da jarang2 sangat bergaul ngan masyarakat. banyak masa ngan fb ngan awek sweet sahaja.

dan tadi gua rasa kebudiman gua terpesong lagi.

jadi, gua azam untuk kembali belajar. belajar dari sebuah buku.

dari buku ini gua belajar cara bercakap ngan orang.

dari buku ini gua belajar memuji orang.

dari buku ini gua belajar menghargai orang.

dari buku ini gua belajar jadi orang yang positif.

dari buku ini gua belajar menulis surat yang sangat baik.

dari buku ini gua belajar jadi orang.

"tuhan sendiri, tidak bersedia mengadili manusia hingga saat akhirnya. kalau begitu, kenapa kita harus mengkritik." antara quote yang gua cukup suke.

arini, gua buat kesilapan lagi. jadi gua harus baca buku ini semula. biarpun buku itu sudah lunyai gua hadam. tapi manusia ini kan kadang2 lupa? gua kena belajar semula.

(gua) azam ari jumaat

bangun2 tido gua da sound ali awal2.

"arini gua nak kul 12.30, sume gerak pegi solat. jangan lambat!"

amacam? warak tak gua arini?

p/s: pidomat suh gua letak gambar ni kat blog gua coz dia kata arahan gua ni legend.

ini bukan baru tulis ek! tengok ink dia pun da nak kering.

p/sII: masih lagi was2 nak bekerja di kompeni seislamik ini?

Thursday, October 29, 2009

(meor) hukum kapitalis yang menarik

gua selaku kerani bahagian akaun akan cuba sehebat mungkin untuk tidak rugi dalam kehidupan gua.

tadi, meor mahu beli kek untuk tunangnya, dayang liza untuk besday party malam ini.

oleh sebab tunang meor ini assistant manager kfc seksyen 18, shah alam, gua syak makanan kami pasti kfc. mesti punyelah..

tadi kami di secret receipe the mines dengan niat untuk membeli besday kek tersebut. meor dalam dilema membuat pilihan kek yang sedap. ikut hati gua memang gua suruh dia beli oreo cheese je. tapi gua sedar diri, ini bukan besday party gua. besday gua da lama lepas. apa kek pun gua tak dapat.

minat tunang meor cenderung ke coklat indulge. satu kek harga rm70. kalo beli sure rugi kerna gua pasti tidak akan habis lagipun umah gondol mana ada peti ais.

jadi gua mencadangkan meor membeli american brownies sahaja. sepotong rm4.50, kesemua ada 6 potong, jadi meor hanya perlu mengeluarkan rm27 sahaja. boleh juga tulis perkataan "hepi besday" kat atas. boleh juga letak lilin. jimat bukan?

meor mempunyai bajet sebanyak rm70 untuk membeli kek. dengan itu dia jimat rm46.

dah jimat rm46, gua pow meor sepotong oreo cheese. kira cita2 gua berjaya ar. terbaik bukan?

so, sape2 nak mintak tips jimat dari gua, sila kontek gua.

p/s: tahap kejimatan meor lebih dahsyat, ketika mula sampai ke the mines, dia tanya gua "kat sini ada jual kek pisang?"

(meor) cegah sebelum kena

kementerian kesihatan menasihatkan pakai topeng muka untuk mencegah anda dari penyakit selsema khinzir.

gua menasihatkan kalo nak pakai topeng pun, kena style gak. pakai topeng biasa2 harga seringgit 3 tu tak style langsung.

so, pakailah topeng yang style setiap masa.

style bukan?
model: meor saiful niza

(gondol) aku tak pernah sesat

sudah lama tidak mendengar cerita mengenai gondol bukan? dia sudah berhati-hati kini, tapi semalam tewas juga.
begini ceritanya.

gua, gondol n meor dalam perjalanan ke badgermalasia di uptown. ada party tupperware di sana. dalam perjalanan sempena lawatan ayan 'si pemungkir janji' ke melaka semalam kami bercerita soal negeri melaka.

gua buka bicara.

"gua kalo pegi melaka bleh sesat, jalan kat melaka sehala je, macam gampang! ayan sure sesat punye, kat serdang pun bleh sesat."

meor menyampuk.

"nak romen mestilah sume boleh."

owh.. dia pegi beromen rupenya. idokle teman tahu.

tiba2 gondol kuarkan satu fakta hebat, serius benar bunyinya.

"aku tak pernah sesat pun kat melaka."

hebat gondol. meor cakap tunang dia orang melaka pun bleh sesat kat town melaka tu. ini gondol orang kuale tak penah sesat. fuh! hebat! hebat!

tiba2 meor bertanya.

"kamu pernah pegi melaka tak?"

ringkas jawapan gondol.

"tak!"

gampang punye gondol!!!

p/s: gondol suruh letak.

lu orang rasa, antara 2 ekor ni, mana lagi kelakar?

Tuesday, October 27, 2009

(papadom) ulasan kali kedua

menonton wayang tiada dalam to do note gua arini.

gua ke jusko cheras selatan bersama meor ngan gondol dengan niat mau membeli boxer dan makan sizzling mee di sana.

gua berjaya membeli boxer. gua terpaksa beli kerna sume boxer gua da abis anta dobi. kalo ni gua beli 2 sahaja. duit banyak dilaburkan ke decepticon gua. sumpah gua tak tau yang tukar water pump dan timing belt terpaksa mengeluarkan banyak wang. kalo gua tau baik gua pakai motor ex5 je. jimat.

oh ya! boxer kalini tiada berwarna pink. stok kaler pink ada tapi size xxl. kalo gua beli sure longgar. gile ape beli boxer longgar2?

abis membeli kami pegi makan. sizzling me di sini menurut gondol sangat sedap. bagi gua sizzling mee di giant 13 shah alam adalah terbaik. ada banyak cendawan. tadi gua dapat seketul je cendawan. huh! sangat kedekut.

abis makan, jam baru pukul 9.20. sungguh tidak munasabah jejaka bujang seperti kami berada di rumah seawal itu. mahu tonton buletin utama, sure da abis. nak tonton sinetron sekar, macam gampang plak gua rasa. oleh kerna meor selaku tetamu dari manjung sudah lama tidak menonton wayang. so gua cadang kami menonton wayang.

mule2 mahu lihat film bastard brad pitt, tapi kerna sudah lewat, hanya papadom sahaja yang available waktu itu. itu bermaksud, ini kali kedua gua menonton filem ini.

cuma kali ini, gua menonton sambil memeluk erat plastik boxer gua. tak sanggup gua kehilangannya kali kedua pada filem yang sama juga.

oh ya! gua upload gambar boxer sebagai tatapan sume.

tidak murung bukan?

(gua) cinta itu buta

ada sorang kawan gua, baru bercinta. baru sangat. jumpe pun baru sekali.

sanggup mungkir janji ngan kawan dia.

sanggup tinggalkan kawan dia yang datang dari jauh.

dia sanggup pegi tempat jauh padahal kawan dia sendiri datang dari jauh.

bak kata sorang kawan gua yang lain,

"kalo dia sanggup rosakkan persahabatan kita selama lebih 10 tahun ni untuk sorang pompuan yang baru dia kenal 2 minggu, takpela"

kesian meor!

(gua) ini bukan reviem film pisau cukur

kejadian berlaku ahad lepas. gua nak tulis tapi lupa.

balik dari lepak blog nizamsani baru gua teringat.

sebelum pergi kenduri kawan gua ikram di seremban, gua lihat muke gua di cermin.

huh! tak bape kacak. misai gua dah nak bersambung ngan bulu idung. bleh keliru orang2 nak bezakan tu misai ke bulu idung.

gua amik shaver dan mula mengeshave.

baru sebelah je gua trim, bateri shaver gua abis.

celaka bukan?

Monday, October 26, 2009

(gua) i gooo...

awek sweet tak bagi gua nyanyi masa nak ucapkan selamat tinggal.

baru kejap tadi si panda baju kurung (gua tak tau nape dia klem dia panda, gua nampak dia lebih cenderung ke arah lemur je) bagi gua idea untuk mengucapkan selamat tinggal.

pasni gua akan cakap "selamat tinggal kesayangan!"

hahaha!

(malis) jalan2 cari makkulat : siri 1

(aksi akak malis sedang melambung ayam yang baru di masak)

gua bukak satu siri baru diblog gua. bak kata isa "ikut suka aku." ini nak cerita pasal tempat makan yang legend2 yang pernah gua pegi. kalo tak legend pun gua akan tulis gak, supaya lu orang jangan pegi.

o.k kita mula dgn bismillah!

anda pernah ke malis? tak pernah? letaknya di jalan manjalara, taman bunga raya, area setapak, berdekatan dengan kolej tar. tempat yang mana ayan n kulop cuba mengislamkan budak2 cine di sana.

tadi gua, ed, gondol n meor comel dinner di sana. lama sudah kami tidak ke sana. jika dulu ed dan ijok rajin bertandang ke sana untuk melihat awek2 cun penjual nasi lemak dan char ketiau. takat tengok je berani, nama dorang sampai ke sudah tak tau. oleh sebab ijok n ed kini sudah berpunya, aktiviti ke malis ini amat jarang dilakukan. dari lepak malis, baik gua lepak al-ghais, dapat jugak baca surat khabar.

oh ya! nasik lemak ayam rempah mereka serta char ketiau mereka sungguh legend. gua syak dorang letak heroin. gua syak je ek. betul ke tak, gua tak tau!

di sini, jangan perasan anda best atau jika di opis anda dipanggil tuan atau puan kerna anda sorang penolong pengarah atau PTD, di sini pangkat anda itu tiadalah ertinya, sila tinggal pangkat tersebut di pejabat anda bersama sticker PTD di kereta anda. di sini tiada pelayan cun2 hendak melayan anda mengambil order atau tolong anda pass2 no. telefon anda kepada awek meja sebelah.

di sini, jika anda ingin makan char ketiau, anda kena beratur sepanjang 1 kilometer. jika anda memang tengah lapar tahap jahanam, jangan cuba makan di kedai ini. sama juga keadaannya dengan mengorder nasik lemak. barisannya juga panjang. kalo nak cepat, sila makan ketiau cine berdekatan. halal haram gua tak campur.

soalan meor pada gua tatkala melalui tempat ketiau cine tersebut.

"jika kita bau asap babi, idung kita kena samak ke?"

sumpah gua tak tau nak jawap. nanti gua tanya ustat luca.

berbalik pada malis. jangan tak tau, jika anda ingin order air, anda juga kena beratur. huh! tidak berperikemanusiaan bukan? alternatif lain, anda boleh membeli air 100plus di kedai runcit berhampiran. tak payah beratur.

sampai di sini sahaja siri jalan2 cari makkulat ini. jumpa lagi. gua luca tengku sabri melaporkan.

p/s: tak tau apa itu makkulat? jangan harap la dapat cium bau syurga...

Saturday, October 24, 2009

(gua) asslamualaikum, hai! boleh berkenalan

waalaikumsalam, sorry.

gua da ada awek sweet.

p/s: ingat oked je yang bleh dok crite pasal abang ayan dia kat blog?

p/s: *bk plz take note. hahahaha!

Friday, October 23, 2009

(gua) waktu zohor yang tidak konsisten

ustat sekolah gua dulu cakap kalo ponteng solat jumaat 3 kali berturut dengan sengaja boleh jadi kufur.

o.k! gua mengaku. arini gua tak sengaja. tapi belum 3 kali berturut-turut.

selalu2 gua pegi kul 1.30, elok je imam baru baca doa.

nape arini kul 1.30 orang sume da balik?

musykil gua...

(papadom) tiket wayang paling mahal gua beli

ini kisah sabtu minggu lepas. dek terlampau sibuk, baru arini gua bleh wat review ni.

minggu lepas gua di ipoh coz makbapak gua nak pegi mekah. seperti biasa, ipoh amat membosankan. gua mati kutu gile. so gua decide untuk menonton wayang. awek sweet kata crite papadom sangat menarik, tambahan plak ex-gf gua berlakon jadi heroin. hahaha!

gua menonton bersama adik gua dan sepupu gua. semuanya lebih muda dari gua. oh ya! kami menonoton di kinta city, antara shopping kompleks yang ada di ipoh selain yik fong dan ipoh parade. jam 9.30 kami beratur beli tiket. wayang jam 11.45. wah.. lama nye gua nak kena menunggu.

untuk mengisi masa2 lapang sebelum wayang bermula. gua pegi shopping kat jaya jusco. memandangkan gua selalu je kena pakai seluar bola kalo boxer gua abis, so gua nekad membeli boxer yang lebih banyak. 5 helai gua beli. bagi puas ati. harganya RM58.50. dapat point jusko kad lagi. bleh redeem dapat botol air nanti. gua sangat hepi memandangkan hari2 mendatang gua tak perlu pakai seluar bola lagi andaikata boxer gua abis dipakai.

selepas itu gua pegi menonton wayang. benar kata awek sweet crite itu sangat menarik.

pagi besoknya, selepas mandi, gua da bercita-cita nak pakai boxer yang gua beli semalam. lupa nak bagitau, ada boxer kaler pink. ceria bukan? gua niat nak pakai boxer pink tu la. gua cari punye cari, tak jumpe2..

seperti mana cinta gua tertinggal di subang, boxer gua tertinggal di tgv kinta city. sob..sob.. mesti macha2 tgv gembira dapat pakai boxer baru arini. kaler pink lak tu.. sob..sob..

so, itulah tiket wayang paling mahal gua beli. rm10 + rm58.50. oh boxerku!

p/s: aritu gua pakai seluar bola gak coz sume boxer gua masih basah diampaian.

p/sII: gondol penah suggest kat gua, "beli la boxer bundle, 3 sepuluh ringgit je".

Thursday, October 22, 2009

(isa) ruangan mekar sejambak

nama saya isa. saya mempunyai kawan baik bernama zulkaflee zawavi dan oked. saya sayang mereka. x0x0x0!

hobi saya menulis blog. saya sangat rajin menulis sejak dari tahun 2006 lagi. saya tak nak poyo2 tulis pasal idup saya. saya nak tulis pasal kawan2 saya, tapi kalo tibe2 saya tulis pasal diri saya gak, awak semua kena paham dah tentu2 itu kan blog saya, suka ati saya la. saya nak awak semua rilek rilek.

o.klah, selamat berkenalan dari saya untuk semua.

p/sI: saya sudah berkahwin. saya panggil bini saya, "isteri sweet."

p/sII: saya juga mempunyai haiwan kesayangan, yakni seekor beruk bernama jack.

p/sIII: kadang2 saya jadi ustat mengajar agama islam. so, bleh gak panggil saya ustat isa.

Wednesday, October 21, 2009

(ikut suka aku) blog gua kena tiru

gua penah tengok satu crite hindustan tajuk dia "guru". gondol yang suh gua tengok. dia kata crite ni best.

salah satu petikan kata2 hero dalam cerita tu yang gua suka adalah,

"jika orang da berkata pasal kita, kita sudah berjaya."

so, lu org perati betul2 bawah ni? adakah gua sudah berjaya?



kalo lu orang nak tengok lagi jelas, lu orang klik SINI.

p/s: celaka, pengomen dia lagi banyak dari gua. hahaha!

p/sII: eleh! hanis zalikha pikir blog dia saja ja yang kena plagiat? blog gua yang tak letak gambar2 gua pegi kelas, gambar gua pegi toilet, gambar gua amik gambar ngan brad pitt ni pun kena gak la..

(azhan bahakodin) janji2 sorang pencinta

cerita ayan masih belum habis.

semalam dia janji kul 1 pagi dia mau datang.

arini, kul 10.23pagi dia muncul di opis gua.

terbaik bukan janji manis yang ayan berikan?

(azhan bahakodin) orang tengah bercinta semua pendusta!

gua tengah dok kat opis. pukul 1 pagi ayan kol.

"ko katne? kete takde pun?"

gua jawap.

"ada je kat opis. kete ali pinjam balik melaka."

dia pantas menjawap.

"owh! yeke! jap lagi aku datang opis ko."

gua tunggu punye tunggu punye tunggu. skang dah pukul 2.06 pagi.

azhan bahakodin tak muncul2 lagi.

gua syak dia tengah wat phone sex ngan gf dia.

"celaka punye pendusta!"

maki gua dalam ati.

(mak gua) peti ais kesayangannya


ini gambar peti ais mak gua. agak ngeri gak kandungannya.

atas dari kiri: nasi impit, kuah rojak, ikan goreng ntah bila, serunding raya.

layer no.2 dari atas, dari kiri: gua syak limau nipis, buah mempelam, tau fu fa ntah bila.

layer seterusnya: ni komplikated n sofisikated. gua tak tau apa mak gua letak..

p/s: da lama gua geram nak buang barang tak guna dalam ni, sempena mak gua pegi mekah ni, gua akan tunaikan azam gua tersebut.

ini peti ais mak gua. peti ais mak lu orang camne pulak?

Tuesday, October 20, 2009

(gua) gua belajar dari sorang ah so

pagi tadi gua bangun kul 6. bapak gua kejut subuh. gua baru tau, subuh kul 6 da masuk. gua kunci jam memang 6.30 je..

abis solat gua tak tido. gua buka tivi. tengok astro prima. crite citra manusia. crite pasal tentera2 semut yakni orang pengutip barangan recycle. sume nya gua tengok umo 70 lebih. da bongkok 3, tapi still keje cari kotak n paper lama.

gaji dorang seminggu rm100 lebih. so sebulan rm400 lebih. dorang betul2 ajar gua erti bersyukur.
dengan duit banyak tu, dorang bleh terus idup tanpa merungut. salute untuk mereka.

gua belajar dari dorang.

"nasib arini belum tentu lagi, kenapa nak pikir pasal besok?"

thanx ah so coz ajar gua erti bersyukur n ajar gua bagaimana nak jalani hidup!

(gua) monolog tatkala menghantar makbapak gua pegi mekah

2 kali gua malukan makbapak gua.

2 kali gua wat makbapak sedih.

arini, salah satu impian dorang da termakbul.

gua tak menyumbang pape pun. gua da cuba, tapi tak termampu.

gua harap dorang balik ngan selamat, coz gua nak langsaikan utang2 gua pada dorang.

gua nak tebus 2 kesalahan gua tu.

selagi hayat gua dikandung badan, gua bersumpah untuk wat makbapak gua bangga dengan gua.

gua harap semua akan dimakbulkan tuhan!

amen!

Saturday, October 17, 2009

(shasha) selamat hari raya aidilfitri

nama saya shasha. saya adalah anak sedare uncle luca. uncle luca sangat baik hati dan kacak. taun ini uncle luca tak bagi duit raya. mungkin dia da miskin. tak macam taun2 lepas, dia bagi saya duit raya rm2 ribu. walaupun mama saya cakap budak kecik takleh simpan duit banyak2, uncle luca tetap bagi juga.

taun ini saya mempunyai impian. saya mau beli motosikal berletrik. tak perlulah lagi saya dok menolak basikal saya je. letih tau wat camtu. tapi apakan daya, duit saya masih belum cukup lagi rm seribu untuk membeli motosikal tersebut.

jadi jika uncle2 dan auntie2 berbaik ati nak bagi duit raya untuk membolehkan niat suci saya membeli motor berletrik tu termakbul, saya amatlah berbesar hati. tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. lagipun raya belum abis lagi, dari uncle2 atau auntie jolikan duit2 yang ada tu ke tempat2 tak sepatutnya, lebih baik bagi pada saya. dapat pahle.

oh ya! saya dah deal ngan lawyer saya untuk melantik uncle luca selaku pemegang amanah saya. jadi, jika uncle2 atau auntie nak bank-inkan duit raya saya, blehla di bank in kan ke akaun uncle saya tersebut. jangan risau, uncle saya tu amanah orangnya..

segala sumbangan uncle dan auntie2 sume, saya ucapkan berjuta terima kaseh.

**********************************************************************************

p/sI: celaka! camne anak sedare gua bleh hack blog gua ni?

Thursday, October 15, 2009

(gua) gua rasa gua tak makan semut arini, tapi gua lupe gak?

arini, macam biasa lepas subuh gua tido.

luar biasa, ali datang opis kul 7 pagi, pastu ajak gua pegi jogging. gua pun lupe bilamasa gua janji ngan dia nak jogging arini.

malam semalam, kul 12 gua main futsal. letih nak mampos. tido jam 4. nak kena jogging lagi pagi2 ni. ish ali ni, gua suh jogging ngan jack dia taknak.

gua pun lari2 anak la pusing kawasan opis gua 5 round. amik ati ali datang pagi2 coz nak ajak gua jogging.

balik dari jogging, ali hentam makan nasi lemak. serupa takyah beria2 jogging tadi! gua tak makan. gua bajet nak sambung tido bangun kul 1 petang. tibe2 ali kejut gua lagi.

"encik bos, ada meeting ngan MARA kat shah alam kul 8.30."

cilakak! hajat gua terbantut lagi. jam tu 8.30. tapi gua gagah gak pegi, gua tau, 8.30 dorang tu sama dengan 10.30. dan telahan gua benar, gua sampai kul 10.30, dorang baru nak start. terror kan gua?

bla..bla..bla... gua amat gigih keje arini. status fb gua pun gua jarang update. selalunya kalo gua korek idung pun, sure gua tulis "tengah korek idung!" tapi arini gua sempat update pagi je. kalo mentri2 bz macam gua, gua rasa cepat je malaysia ni up jadi negara maju. ni tak, sebok dok berucap je. sume nak pakat2 angkat tangan, macam dalam paper metro gua baca tadi.

walaubagaimanapun gua rasa tak bape sedap ati, gua rasa idup gua ada tak lengkap. macam ada benda yang maha dahsyat gua lupe nak wat. gua check to do note gua, sume keje gua da settle. tip top! ish! apakah ini...

binatang! bilamana mak gua kol, baru gua teringat satu benda.

arini bapak gua buat doa selamat coz dorang nak pegi mekah. kat ipoh plak tu, kalo kat dewan felda, sekejap je gua boleh sampai. celaka! gua lupe betul. nak kena balik ipoh time2 tu gak. gua pandu decpticon gua sket punye laju, takat kancil turbo, memang jangan kau ucap selamat tinggallah..

hasilnya, disaat umah gua penuh ngan orang baca yassin, gua sampai dengan membawa beg, nampak macam anak derhaka lari dari rumah, time2 cmni baru nak insaf balik umah.
bapakku, lain kali buat la kenduri ari cuti, takde la gua konpius..

p/s: mak bapak gua nak pegi mekah, so sape2 nak mintak mak bapak gua doakan dorang, sila emel kan hajat korang pada gua, bagi nama mak sekali. ala, macam bomoh2 selalu wat tu. hahaha!
gua dah suh mak bapak gua doakan agar awek sweet masuk minang gua. bagus kan? kita tunggu je la hasilnya nanti, moga doa makbapak gua dimakbulkan allah. amin!

p/s: sape yang berhajat tu, kalo da e-mel tu, tunggu reply e-mel dari gua. no.a/c maybank gua, lu orang bank in duit pengeras kat akaun tu. lagi mudah tercapai hajat korang. masuk bape pun takpe asal ikhlas.

hahaha!

(ali) semangat eksesais yang membara

kelmarin tengah syok gua layan chat ngan awek sweet, satu msm masuk.

dari ali. ni kalo tak mintak duit, mintak penampo.

"encik bos, besok jogging jom!"

uish! pelawaan yang agak rare.

"lu pegi la jogging ngan jack. gua malas!"

gua reply sambil terus bergembira ngan awek sweet.

Monday, October 12, 2009

(gua) gua rasa berdosa

ni cerita kelmarin. ketika gua memandu, gua test2 diri gua.

doa qunut. gua pass!

doa iftitah. gua pass!

niat mandi wajib. gua pass!

ayat kursi. gua pass!

gua cuba test diri gua paling basic.

baca alif ba ta.

celaka. mengagau gak gua.

so, gua pun balik bukak jakma.

kasi mantap balik maqam gua.




p/s: walau setinggi mana maqam, kalo alif ba ta terabur, tak de makna jugak!

p/sII: pasni ni gua nak test diri gua bulan2 islam plak.

(gua) sarjan misai

arini gua merempit coz decepticon gua budak2 gua pakai. gua tiada moto, jadi gua naik moto ali. moto ali sangat hebat, bleh start sendiri. gua jakun coz gua ingat kete je bleh cmtu.

dari pengalaman gua merempit arini, gua dapati bahwa syarat utama untuk menjadi sorang polis trafik yang berdedikasi ialah dia mestilah bermisai dan memakai spek itam.

sekian, laporan gua.

Sunday, October 11, 2009

(brader love) sandarkan pada kenangan

tapi time brader kemas2 barang2 lama brader love, brader love jumpa kad yang gf brader love bagi time kami bercinta bagai nak rak. kad custom made. alah! time bercinta, sume bleh wat.

notakaki kad tu wat kan brader berpikir. dia tulis:

"love u more than love. love u more than i love myself."

pergh! time tu mana ada google translate, mengagau brader love cari kamus nak terjemahkan ayat tu.

hahaha! manusia ni suke cakap benda yang dia tak mampu nak wat. n mudah lupa dengan ape dia da cakap. hahaha!

kalolah brader love mudah lupa macam dia, kan mudah..

p/s: nasib baik awek sweet ada skang. hahahaha!

p/sII: takde plak kad tu tulis xoxoXO? owh! masa tu tak tau ape2 lagi simbol kot..

(ustat luca) tips cemerlang bahasa arab

ahlan wa sahlan anak2 sume...

sekarang ni musim open house. jadi ustat nak beri sket ayat2 yang anak2 bleh gunakan sewaktu open house bagi nampak sket yang anak2 ni adalah dikalangan ahli syorga. bahasa arab itu kan bahasa syorga?

antara kata2 yang anak2 bleh gunakan adalah:

1. apabila sampai kerumah terbuka, sebut assalaamualaikum.

2. apabila mahu mula makan, mulai dengan bismillah..

3. diikuti dengan doa makan, allahumma barik lana...

4. sesudah melantak, sebut alhamdulillah

5.da nak balik, sebut syukran.

6. dan akhiri dengan assalamualaikum..

o.k anak2. ustat harap tips ustat ni anak2 dapat praktikkan sebaik mungkin. kalo tak dapat ingat tu, ustaz rekemen belilah kismis cap ustat luca. ustat da doa macam2 kat kismis tu. doa pengasih pun ada gak, jadi ustat tak jamin kalo lepas makan kismis cap ustat, anak2 tibe2 rindukan ustat. anak2 perempuan ustat gagah juga nak layan..

o.klah, ingat hadis nabi, "kita adalah kaum yang makan apabila lapar dan jika makan, kita berhenti sebelum kenyang."

Friday, October 9, 2009

(gua) haiwan kesayangan gua

setiap orang mempunyai haiwan kesayangan masing2.

gua namakan dia jack.

gua sayang jack.

dia selalu protect gua bilamana gua dalam bahaya.

o.k. gua tunjuk gambar jack tersebut.



nota kaki: oh ya! jack seekor anjing.

Thursday, October 8, 2009

(gua) entry lucah gua yang pertama

tadi, seperti biasa, gua membaca paper di al-ghais lagi.

seperti biasa juga, gua baca paper sinar harian.

seperti biasa juga, gua jumpa berita menarik.

ikuti di bawah.



p/s: mesti ramai maniac sokong portsmouth pasni.

Tuesday, October 6, 2009

(gua) bleh athma gua kalo cmni...

apa lu rasa bila x-bf atau x-gf lu ajak lu datang kenduri dia atau ajak pegi umah dia?

gua mula2 ingat, gua sorang je yang berkeadaan dilema sebegitu seperti yang gua coretkan di sini. rupenya ada lagi 2 ekor minah yang berdelima seperti gua.

2-2 minah ni, idokla penah gua jumpe. kenal pun tidak. tapi dorang melalui fasa2 seperti gua.

lu orang bleh baca kesah menyayat hati dorang kat

sini

dan

sini

amiklah pengajaran. ingat! barang yang lepas jangan dikenang.

untuk lebih feel, lu baca sambil dengar lagu ni.



p/s: celaka, gua tak tau cmne nak letak video kat blog. sape2 tolong ajar gua.

p/s II: tq pada hafiz coz ajar gua. jasamu dikenang!

(gua) sedang gua lepak2 di al-ghais semalam, gua jumpe ini..

al-ghais adalah kedai mamak dalam jajahan gua.

kadang-kala, jika ayan balik lewat, kami akan beronggeng di sini.

dan acapkali juga, gua gunakan masa tersebut untuk membaca paper kerna gua memang jarang beli paper. tak sanggup gua nak laburkan duit gua untuk beli benda yang banyak mengarut dari bagi berita betul2.

tapi paper semalam gua baca lain macam sket. reporter dia menulis gaya baru. bukan gaya reporter metro yang suke tulis perkataan "seks atau babi" untuk menarik perhatian pembaca. oh ya! gua ada benda nak story pasal metro ni. nanti2 gua cerita.

sambung kisah semalam. paper ni paper sinar harian. paper ni ada utang gua lagi rm800. dia amik duit gua, tapi iklan tak kuar2. takpe. nanti2 gua mintak.

berbalik pada sinar harian. gua terjumpa satu berita yang biasa2 tapi mukadimah dia macam gampang..

lu orang tengoklah sendiri.



perhatikan pembuka katanya. legend bukan?

(gua) teringat pada bekas kekasih gua

gua sunyi.

arini bekas kekaseh gua kawen.

dia ajak gua.

mule2 gua tak tau nak pegi ke tak.

tapi nak dramatik punye pasal, gua pegi gak.

gua nak tengok muke dia time gua tepung tawar dia.

gua nak tukar ringtone hp gua, letak lagu "pelamin anganku musnah" pastu time gua tengah tepung tawar tu, gua nak suh member gua kol. kasi bekas kekaseh dengar ringtone gua tu. lagipun gua da letak maximum volume dia. sure bekas kekaseh gua tu dengar.

nak lagi sadis, gua sambung pasang lagu "cinta 3 segi" (versi saleem, lebih mendayu-dayu) time gua makan nasik.

oh ya! tak lupe, gua pakai t-shirt indie yang gua beli di pasar malam. t-shirt tertulis "awak tinggalkan saya coz awak nak kawen ngan orang lain." tulisan dia kaler warna warni. harga rm 25 tapi gua ayat brader tu, cakap t-shirt ni bawak banyak erti pada idup gua, brader tu bagi rm20 je. bagus bukan?

abis makan balik. tak sanggup gua nak lama2 tengok bekas kekaseh gua dok senyum2 amik gambar. takpe, gua doakan dia berbahagia bersama suami tersayang.

p/s: lauk kurma kenduri itu sangat sedap. gua tambah 3 kali.

Monday, October 5, 2009

(mamat kedah n kelantan) perdebatan bahasa yg seperti binatang..

peristiwa ni berlaku semasa gua study kat itm dulu. kelas belum nak mula, maka terjadilah perdebatan mengenai bahasa antara mamat kelantan dan kedah ni.

nama dorang gua tak ingat sebab baru lepas telan semut. maaf.

mamat kedah: apa la hang ni. dok "mu-mu" je. tak style langsung.

mamat kelantan: mu lagi tak style. eja "punggung", baca "pungkoq."

gua malas nak campur.

(tabib luca) ubat untuk orang athma

ada minah tanya gua.

"luca, ape ubat untuk athma ek?"

gua bukak dokter. gua tabib. so gua bleh bagi ubat herba sahaja.

ini ubatnya:



ubat ini nama dia PANKAJAKASTHURI. lu orang beli di kedai2 herba india. rasa dia sangat tak sedap. nak sedap, makan ubat batuk. harap maklum!

p/s: kalo nak ubat moden, lu tanya dokter aminah.

Friday, October 2, 2009

(ustat luca) zohor masuk kul 1.06 minit

wahai umat muhd.

ketahuilah kalian bahwa mendengar khutbah adalah termasuk dlm rukun jumaat.

jadi jika kalian pegi solat jumaat jam 1.35, nescaya kalian akan ketinggalan khutbah.

bukan takat khutbah, solat jumaat kalian pun bleh burn.

jadi, lain kali, sila makan nasik selepas solat jumaat.

doa ali di dalam kereta selepas gagal solat jumaat arini.

"ya tuhanku, minggu depan kami akan datang awal. ampunkan kami."

(gua) selipar biru luca

gua takde niat nak melawan kasut biru rubina sufian abbas dengan meletakkan tajuk seperti di atas.

sekian lama selepas selipar gua tewas di tangan anjing (klik sini jika anda terlepas), semalam gua bersama ayan berjalan ke mines membeli selipar baru.

masih berpegang pada kata2 erik leong, "hitam adalah warna kemurungan", gua bertindak memilih kaler ini.

sejurus menyarung selipar tersebut, gua rasa dunia gua indah sekali.

kira tak salah lah gua membeli selipar ini.



p/s: kalo lu orang nak beli selipar camni, sila beli di mines. di sana ada outlet, jadi harganya amat murah berbanding tempat lain. kalo nak pegi sana, jangan lupe belikan gua punye satu. jasamu dikenang.

Thursday, October 1, 2009

(ayan) kucing adalah haiwan liar

tengahari tadi gua dan ayan lunch di king.

ada 2-3 van dan pajero jabatan pertanian di situ.

jam menunjukkan pukul 2.30petang.

pakcik2 tu rata2 berpakaian baju batik. oh ya! arini ari khamis.

macam2 dorang sembang, start dari eksiden langgar kura2 hingga ke topik kad kredit.

gua mengeluh tentang sikap pekerja2 kerajaan ini pada ayan.

"kesian gua tengok jabatan pertanian dapat pekerja2 camni" keluh gua.

ayan menambah rencah,

"bukan jabatan pertanian je. masa aku anta kucing aku yang sakit ke perhilitan pun camtu gak. kosong opis takde orang."

gua mematikan perbualan,

"sejak bile pulak kucing ni diiktiraf sebagai haiwan liar. kucing sakit anta jabatan haiwan la."

mood gua nak mengutuk pemalas2 kerajaan terhenti.

(gua) baju bukan murung gua yang pertama

dek kerna terpengaruh dengan erik leong yang berkata,

"hitam adalah warna kemurungan."

gua tanamkan azam untuk tidak membeli sebarang bentuk barang berwarna hitam.

so, semasa gua ke badgermalaysia aritu, gua telah membeli baju bukan murung gua yang pertama..

gua membuat keputusan berdasarkan jika melihat laut kita akan berasa tenang, jadi gua berharap bilamana gua memakai baju ini, awek2 akan tenang melihat gua seraya bertanya pada gua, "jom kawen!" tapi oleh kerna awek sweet kata gua bleh kawen ngan dia lagi 3 tahun, for sure gua menolak pelawaan awek2 lain itu. maaf, gua setia pada yang satu. hahaha!

inilah bajunya.. tenang bukan?

(meor) ralat yang meor betulkan

gua penah menulis pasal orang gila manjung di SINI.

pada satu bahagian itu, gua menulis,

"tengah2 lepak, ada satu mamat india gila berkeliaran mintak rokok. o.k, tokei kedai tu bagi dan suruh mamat gila tu blah."

dan buat pertama kalinya, meor muncul di blog gua dan membuat pembetulan mengenai cerita gua di atas. berikut adalah komen meor.

"bro,mamat gile 2 chinese la...dh legend dh kt manjung...mnkn sbb daki dh tebal seinci 2 psl ko nmpk cm indian...aku pn x perasan dh potong ka blom,tp ade yg bg jwpn dh sunat,x sngke ade yg sempat usha lg brg mamat gile 2...(meolithic)"

o.k, gua betulkan di sini. mamat cine gile.

p/s: tapi kalo lu orang tengok, lu orang pun akan kata india beb!

p/sII: pasni, bangun2 tido je, gua terus mandi, tak nak kasi daki tebal cmtu.

p/sIII: jika melaka terkenal dgn legend hang tuah, langkawi dengan legend mahsuri, manjung plak legendnya orang gile. legend bukan?

(gua) arini ari ape ek?

eh! arini da masuk bulan 10 ar..

gua da janji, nak start wat blog bergambar kecuali warna murung.

satu gmbr pun gua tak amik lagi ni. camno? camno?

gua masih tercari2 kabel nak upload gambar dari hp gua ke laptop.

nanti gua bangun tido, gua start entry bergambar ek.

jangan marah2. nanti tuhan marah.